CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1817|Reply: 0

[Sabah] PPV Dewan Masyarakat Ranau catat 54,426 penduduk lengkap menerima vaksin

[Copy link]
Post time 6-10-2021 02:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 6-10-2021 06:28 AM



VAKSIN: Sebahagian penduduk yang menerima suntikan dos pertama di PPV Dewan Masyarakat Ranau.

RANAU: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Ranau merekodkan seramai 56,573 penerima vaksin dos pertama bersamaan 74.54 peratus daripada penduduk daerah ini setakat 4 Oktober.

Pegawai Perubatan Kesihatan Ranau selaku Ketua Pegawai Penyelaras di PPV Dewan Masyarakat Ranau Dr. Edwaider Kiomon berkata 54,426 orang iaitu 71.71 peratus pula sudah melengkapkan pengambilan dos kedua.

Katanya 10,384 orang iaitu 81.13 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun juga direkodkan menerima suntikan dos pertama dan dos kedua bagi vaksin jenis Pfizer daripada sasaran 12,800 keseluruhan remaja di sini.

Edwaider bagaimanapun memberitahu jumlah itu belum mencapai sasaran daerah 75,900  penduduk dewasa yang layak menerima suntikan di daerah itu termasuk kawasan Kundasang.

"Setakat ini masih ada segelintir individu bersikap anti-vaksin iaitu pihak yang enggan menerima suntikan disebabkan kurang pendedahan berhubung bahaya jangkitan COVID-19 serta kebaikan mendapat vaksin lengkap.

“Saya berharap kepada penduduk yang belum menerima suntikan vaksin agar datang ke PPV terdekat untuk divaksinasi bagi mengekang serta memutuskan rantaian COVID-19 yang masih melanda dunia,” katanya.

Tambahnya beliau juga menasihatkan golongan yang belum menerima vaksin agar tidak berasa gusar atau takut dengan pengambilan vaksin sama ada Pfizer, Sinovac atau Cansino berikutan ianya sudah mendapat pengiktrafan daripada kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengesahkan vaksin berkenaan adalah selamat digunakan.

“Penduduk Ranau dan Kundasang disaran untuk sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi memutuskan serta mengelakkan jangkitan COVID-19 yang memang sukar dilihat dengan mata kasar.

"Amalkan pemakaian pelitup muka, sentiasa melaksanakan penjarakkan fizikal sekurang-kurangnya satu meter antara individu, sering membasuh tangan dengan sabun atau alat pembasmi kuman dan tidak mengunjungi kawasan sesak adalah antara norma baharu yang harus dipatuhi semua orang bagi mengekalkan tahap kesihatan terbaik sekaligus memutuskan rantaian COVID-19,” katanya.



utusanborneo.com.my/2021/10/06

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.529210 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list