CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1533|Reply: 2

[Kedah] KPDNHEP periksa 704 peniaga ayam di Kedah

[Copy link]
Post time 20-9-2021 08:33 PM | Show all posts |Read mode
KPDNHEP periksa 704 peniaga ayam di Kedah
ROSHILA MURNI ROSLI | | 20 September 2021


Shamsul Nizam (kanan) memeriksa harga ayam di Pasar Besar Alor Setar.

ALOR SETAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjalankan pemeriksaan terhadap 704 peniaga ayam di seluruh negeri bagi memastikan kenaikan harga dapat dikawal.


Timbalan Pengarah Penguatkuasa (Operasi) KPDNHEP, Shamsul Nizam Khalil berkata, pemeriksaan dilakukan bersama Pegawai Penguat kuasa dari KPDNHEP Alor Setar pada jam 10 pagi Ahad.


Katanya, hasil pemeriksaan mendapati peniaga di Pasar Besar Alor Setar yang menjual ayam standard pada harga RM7.90 sekilogram dan sejuk beku RM7 sekilogram.


"Peniaga ini mengambil keuntungan margin yang sedikit bagi membantu lebih ramai pengguna membeli ayam pada harga yang munasabah.


"Peniaga di lokasi lain turut menawarkan harga ayam terendah seperti di Pasar Besar Kuala Nerang dengan harga RM8 sekilogram, Pasar Besar Sungai Petani menawarkan harga RM 8.30 sekilogram manakala Pasar Awam Jitra dengan harga RM 8.50 sekilogram dan Pasar Awam Kuala Ketil pula RM 9.00 sekilogram," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.


Menurutnya, KPDNHEP Kedah melaksanakan pemeriksaan harian secara konsisten di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 di setiap rantaian pengedaran ayam termasuk penternak, pemborong dan peruncit bagi memastikan tiada berlaku manipulasi harga.


"Sehingga Ahad, sejumlah 21 premis telah diberikan Notis Bertulis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.


"Kegagalan tidak mematuhi arahan ini merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 21(5) dan boleh dikenakan penalti di bawah Seksyen 57," katanya.


Shamsul Nizam menambah, KPDNHEP turut mengambil pendekatan baharu iaitu penggunaan Surat Pemberitahuan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 sebagai ‘Soft Approach’.


"Hasil pendekatan ini, kita mendapati sebanyak 12 peniaga di negeri ini (25 peratus) telah menurunkan harga ayam di bawah paras RM9.50 sekilogram dan didapati pendekatan ini sangat berkesan untuk menstabilkan harga ayam di pasaran secara seimbang kepada peniaga dan pengguna.


"Selain itu, kita juga menyarankan pengguna membuat pilihan yang bijak dan perbandingan harga ketika berbelanja," katanya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... niaga-ayam-di-Kedah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2021 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kjaan suruh beli kat pasaraya.td aku pgi ayam sekilo rm8,90 gak.sama jah dgn kdai runcit
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
KL selangor 9.50 ke 10 hinggit sekilo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.234948 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list