View: 7852|Reply: 19
|
Rupanya Ibu Terlanjur Masa Ayah ‘Outstation’
[Copy link]
|
|
35 Tahun Hidup, Baru Tahu Bukan Anak Kandung… Rupanya Ibu Terlanjur Masa Ayah ‘Outstation’
Sekadar gambar hiasan
Remuk hati seorang anak apabila mengetahui bahawa dirinya bukan anak yang sah hasil perkahwinan kedua ibu bapanya. Lebih menyedihkan perkara tersebut hanya diketahui selepas 35 tahun apabila dia nekad melakukan ujian DNA.
Ujian DNA sahkan dia hanya anak ibunya
Sekadar gambar hiasan
Menerusi perkongsian seorang individu yang tidak mahu dirinya dikenali di Kisah Rumah Tangga Fans, dia meluahkan rasa kecewa apabila mendapat tahu bahawa dirinya merupakan anak hasil daripada hubungan sulit ibunya bersama orang lain ketika bapanya keluar outstation.
Saya nak luahkan perasaan yang tersangat sakit, keliru, takut, sedih, kecewa semua bercampur.
Wanita ini menyatakan bahawa dia telah berkahwin selama 10 tahun dan mempunyai dua orang cahaya mata berumur lapan dan enam tahun. Apa yang membuatkan dirinya sedih adalah selama 35 tahun hidup rupanya dia bukanlah anak kandung bapanya seperti yang tertulis dalam surat lahirnya.
Abah yang azankan waktu saya lahir ke dunia dan abah juga yang walikan semasa saya nikah. Saya sebenarnya anak hasil ibu saya berzina semasa abah saya outstation.
Ujarnya lagi, dia mendapat tahu perkara ini apabila mereka sekeluarga membuat ujian DNA dan hasil daripada keputusan ujian berkenaan mendapati bahawa dia hanya anak kepada ibunya sahaja.
Saya dapat tahu sebab Allah nak bagi saya petunjuk dan saya ajak abah dan ibu pergi check DNA hasilnya saya cuma anak ibu tapi bukan anak abah.
Buntu nak jelaskan pada suami
Sekadar gambar hiasan
Walaupun perit untuk ditelan, namun wanita berkenaan terpaksa menyembunyikan perkara tersebut kerana bapanya sedang sakit dan tidak mahu menjejaskan kesihatannya.
Si ibu terdiam dan hanya mampu menangis kerana tidak tahu bagaimana hendak jelaskan perkara tersebut. Sehubungan itu, wanita tersebut mendakwa pernikahannya menjadi tidak sah dan anaknya pula berstatus seperti anak luar nikah.
Sekarang ni saya jadi sangat kecewa dan marah kerana selama ini pernikahan saya tidak sah. 10 tahun kahwin ibarat berzina, anak pula status macam anak luar nikah ya Allah.
Sekarang ni nak bagitau suami tapi takut suami marah dan kecewa. 10 tahun bukanlah jangka masa yang pendek, anak semua dah besar.
Sumber : Kisah Rumah Tangga Fans
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kena rujuk pakar2 agama ni if kena nikah balik semula ke apa.
If anak2 both boys tben maybe tak perlu kot nak explain kat anak2 dah besar nanti kalau ulama kata nikah asal tak sah.
Laa taqrobuzzinaa.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian nye dia...psl mak nye tu, dont know wht to say la |
|
|
|
|
|
|
|
kawen balik la ngn shuben tu..
birahnya mak pun |
|
|
|
|
|
|
|
org lain buat angkara, org lain menanggung sakitnya ... |
|
|
|
|
|
|
|
Keji Dan selfish Nye mak kau..dh dia sdiri berzina sanggup dia biar kau unknowingly 'berzina' dgn suami sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Bak kata sis changa, birahnya mak ko dik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Makcik birah ni bajet akan selamat rahsia sampai kiamat. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mana dia ni tau bukan anak sah taraf? Macam mana terkantoi?
|
|
|
|
|
|
|
|
Birah hari ni, kantoi kemudian
Benda camni takkan dapat tutup lamaaaa
akan ada jalan untuk rahsia tu bukak jugak nanti
So close your legs to strangers yach |
|
|
|
|
|
|
|
so.. agaknya mcm mna terlorong lak dia nak wat test DNA ek.. agaknya skandal mak dia kot dtg carik balik?
mampus la makcik.. ko tanggung lah segala dosa berlapis2 anak ko berzina berkali2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Adoiii..kalau betul kisah ni, berat sungguh ujian yg puan ni hadapi..bukan salah dia pun..kesian si 'ayah' juga..anak yg dibelai, diberi makan pakai rupanya anak skandal |
|
|
|
|
|
|
|
Ada ustaz kata kena nikah semula tapi anak2 mereka itu sah dan bukan anak haram sebab mereka tidak tahu.
Mak mereka yang tanggung dosa sebab tidak ceritakan perkara sebenar. |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 15-9-2021 09:18 PM
Bak kata sis changa, birahnya mak ko dik.
Changa ke....
Tau tu memang MN otai....tapi tak terpikir changa pulak |
|
|
|
|
|
|
|
kes mcm ni kena nikah balik,
10 tahun kira zina tu,yg tanggung dosa mak dgn skendel dia la,
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg xsah pun,kena nikah balik,
cuma anak2 dia la,kesian jd anak x sah taraf,sijil lahir cmne kira tu,
pastu nk kawin balik kena cari wali hakim,borang kena isi status sepatutnya,
|
|
|
|
|
|
|
|
copy_paste replied at 1-12-2021 03:43 PM
mmg xsah pun,kena nikah balik,
cuma anak2 dia la,kesian jd anak x sah taraf,sijil lahir cmne kira ...
Itulah kan
|
|
|
|
|
|
|
|
uda replied at 23-9-2021 01:32 PM
Ada ustaz kata kena nikah semula tapi anak2 mereka itu sah dan bukan anak haram sebab mereka tidak t ...
Betul. Saya setuju. Anak mereka sah. Sebab perkahwinan Disahkan oleh Pejabat agama dalam keadaan mereka tidak tahu.
Untuk lebih afdhal bila dah tahu. Buatlah majlis dalam keadaan tertutup. Tapi sebelum buat tanya pejabat agama dulu. Sebab takut nanti suami tahu, aib ibu.
Selepas pejabat agama syarat kan nikah semula baru nikah. Jangan jump into conclusions bahaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Mestilah suami kena tahu sebab kena nikah semula berwalikan hakim.
Aib ibu - terpaksa lah dia tanggung. Berani buat, berani tanggung.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|