CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1986|Reply: 1

Cara Raissuddin ‘Nasihat dengan Rotan’ Anak Siti Sarah Undang Sebak – ‘Kalau Ibu

 Close [Copy link]
Post time 5-9-2021 11:05 PM | Show all posts |Read mode
Cara Raissuddin ‘Nasihat dengan Rotan’ Anak Siti Sarah Undang Sebak – ‘Kalau Ibu Ada Dia Pukul Tak?’


Menerusi video pendek yang dimuatnaik Shuib di Instagram Allahyarham Siti Sarah Raissuddin memaparkan, ketiga-tiga anaknya iaitu Uwais, Talita dan Matin baru sahaja lepas bertengkar antara satu sama lain. Kelihatan mereka bertiga sedang menangis sambil menuruni anak tangga ‘menghadap’ datuk mereka, Raissuddin Hamzah untuk sesi ‘kaunseling’.

Sambil memegang rotan, Raissuddin sempat memarahi dan memberi nasihat kepada cucu-cucunya itu supaya tidak lagi bertengkar antara satu sama lain. Hal itu kerana, pertengkaran adalah satu perkara yang langsung tidak mendatangkan manfaat kepada sesiapa sebaliknya hanya mengeruhkan lagi hubungan baik antara adik beradik.


Tidak terhenti di situ, Raissuddin turut memberitahu cucu-cucunya kononnya ingin memisahkan mereka bertiga untuk dihantar ke Kepong, Klang dan Ulu Klang. Sebaik sahaja mendengar perkara itu, Matin iaitu anak ketiga Shuib dan Allahyarham Siti Sarah menangis sambil merayu kepada datuknya supaya tidak menghantar mereka ke sana. Ketiga-tiga mereka kemudian meminta maaf dan mengakui kesalahan yang dilakukan selain berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2021 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa TT buka the same thread 2 kali.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.057529 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list