CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2637|Reply: 9

[Borneo] [VAKSIN] Remaja 18 tahun kebawah bakal menerima suntikan vaksin bermula minggu d

[Copy link]
Post time 5-9-2021 07:42 AM | Show all posts |Read mode
Berita berkaitan :
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1269551


Remaja berusia 18 tahun ke bawah bakal menerima suntikan vaksin COVID-19 bermula pada minggu hadapan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin
Inisiatif itu akan dimulakan di Sarawak susulan kelancaran pemberian vaksin di negeri itu yang kini sudah mencapai kadar sasaran lebih 80 peratus populasi dewasanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-9-2021 07:45 AM | Show all posts
Sarawak vaksin remaja
bawah 18 tahun minggu depan

KUALA LUMPUR : Remaja berusia 18 tahun ke bawah bakal menerima suntikan vaksin COVID-19 bermula pada minggu hadapan.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, inisiatif itu akan dimulakan di Sarawak susulan kelancaran pemberian vaksin di negeri itu yang kini sudah mencapai kadar sasaran lebih 80 peratus populasi dewasanya divaksin.

"Kita akan mulakan dengan remaja di Sarawak memandangkan negeri berkenaan sudah melepasi sasaran 80 peratus populasi dewasanya divaksin," kata beliau dalam sesi temu bual bersama media.

Untuk rekod, setakat ini, kerajaan hanya meluluskan penggunaan vaksin jenis Pfizer-BioNTech buat remaja berusia 12 ke 17 tahun.

Kementerian Kesihatan dalam masa sama akan melaksanakan pemberian vaksin tersebut di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khas yang ditetapkan, klinik serta menerusi program outreach yang dijalankan di sekolah-sekolah.

Khairy berkata, tetapan sasaran bagi remaja yang divaksin akan dibuat berdasarkan jumlah bekalan vaksin yang diterima.

"Lebih ramai golongan remaja mendapat vaksinasi dalam tempoh 100 hari akan datang.

"Apabila bermulanya penggal persekolahan baharu pada tahun hadapan, semua remaja telah melengkapkan suntikan vaksin mereka," katanya.

Mengenai langkah untuk menangguhkan pembukaan semula sekolah pada Oktober hadapan selagi pelajar belum lengkap divaksinasi, beliau berkata, perkara berkenaan akan dibincangkan bersama Kementerian Pendidikan.

"Kita akan mengadakan satu perbincangan dan meneliti risiko pelaksanaannya," tambah beliau.







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2021 07:46 AM | Show all posts
kira nya ...
percubaan mula kat Sarawak ...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2021 08:11 AM | Show all posts
terbaca ni pula ...

LONDON, Sept 3 (Reuters) - Britain's vaccine advisers said they were not recommending the vaccination of all 12- to 15-year-olds against COVID-19, preferring a precautionary approach in healthy children due to a rare side effect of heart inflammation.

The advice could see Britain pursue a different approach to the United States, Israel and some European countries, which have rolled out vaccinations to children more broadly.

However a final decision has not been taken, as the British government said it would consult medical advisers to look at other factors, such as disruption to schools.

Many politicians and some scientists have spoken out in favour of vaccinating more children amid concern that COVID-19 could spread in schools that are re-opening after summer holidays, further disrupting education.


Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2021 09:29 AM | Show all posts
anak kwn aku kat bahrain, umur 12 dah lama vaksin pfizer

2-3 bulan lepas
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2021 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
raxief replied at 5-9-2021 09:29 AM
anak kwn aku kat bahrain, umur 12 dah lama vaksin pfizer

2-3 bulan lepas

Acano keadaan dia? Okay x?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2021 10:53 AM | Show all posts

ok je, takde pape pun

sedara mara aku kat sgpore pun yg mana 12 tahun ke atas dh vaksin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2021 07:48 PM | Show all posts
raxief replied at 5-9-2021 10:53 AM
ok je, takde pape pun

sedara mara aku kat sgpore pun yg mana 12 tahun ke atas dh vaksin
lega baca ...

alhamdulillah takde apa2 ...
sebab dier rang muda lagi ...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2021 10:01 PM | Show all posts
yg bawah 17 thn ramai xdpt kemana2
nak masuk mall/supermarket dll pun tak boleh
kedai runcit pun complete vaksin jer boleh masuk
so budak2 ni stress ooo duk rumah aje

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2021 11:31 PM | Show all posts
Program vaksinasi individu bawah 18 tahun bermula Rabu ini di Sarawak - Uggah



KUCHING: Sarawak kini sedang membuat persiapan akhir untuk memvaksin mereka yang berusia di bawah 18 tahun bermula Rabu ini agar mendapat perlindungan daripada COVID-19, demikian kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurutnya, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin semalam telah mengumumkan bahawa program di seluruh negara itu akan bermula dengan Sarawak pada Rabu ini.

"Ia berikutan hasil capaian sasaran vaksinasi untuk rakyat dewasa Sarawak yang telah mencecah 80 peratus," katanya.

Uggah menambah, setelah selesai semua persediaan berkenaan, perincian mengenainya akan diumumkan kemudian.

Beliau pada masa sama merayu agar sekumpulan kecil rakyat yang layak namun masih enggan divaksin untuk segera berbuat demikian.

"Adalah diingatkan esok (6 September) merupakan hari terakhir untuk mendapatkan suntikan dos pertama vaksin COVID-19.

"Mereka boleh terus datang ke PPV atau klinik kesihatan berdekatan tanpa memerlukan janji temu," tegasnya lagi.

Sebanyak 62 buah pusat pemberian vaksin (PPV) awam dan klinik kesihatan masih aktif beroperasi di seluruh negeri.

PPV berkenaan adalah Klinik Kesihatan Petra Jaya, Klinik Kota Sentosa, Klinik Kesihatan Jalan Masjid, Klinik Kesihatan Tanah Puteh, Klinik Kesihatan Batu Kawa untuk daerah Kuching.

Sementara bagi daerah Bau, PPV berkenaan adalah Klinik Kesihatan Singai, manakala daerah Lundu pula di Dewan Suarah Lundu.

Bagi bahagian Samarahan, orang ramai boleh berkunjung ke PPV Klinik Kesihatan Kota Samarahan (Samarahan), Klinik Kesihatan Asajaya (Asajaya), KKIA Simunjan Bandar, Klinik Kesihatan Sebuyau, Klinik Kesihatan Munggu Lalang, Klinik Kesihatan Gedong dan Klinik Kesihatan Sebangan di daerah Simunjan.

PPV di bahagian Serian pula adalah di Dewan Masyarakat Serian, Klinik Kesihatan Siburan dan Klinik Kesihatan Tebedu.

Sementara bagi bahagian Sri Aman, PPV adalah di Klinik Kesihatan Lingga, Klinik Kesihatan Skrang, Dewan Suarah Sri Aman dan Dewan Sri Pantu (daerah Sri Aman) dan daerah Lubok Antu di Dewan Kompleks Sukan Majlis Daerah Lubok Antu dan Dewan Serbaguna Engkelili

PPV di bahagian Betong pula di Dewan Panglima Rentap (Betong), Dewan Sri Krian (Saratok), Dewan Masyarakat Kalok, Pusa, Dewan Al Amin Kampung Beladin (Pusa) dan Dewan Balai Polis Kabong (Kabong).

Bahagian Sarikei pula, PPV adalah di Dewan Suarah Sarikei (Sarikei), Dewan Masyarakat Meradong (Bintangor) Dewan Masyarakat Julau (Julau) dan Dewan Masyarakat Pakan (Pakan).

PPV di bahagian Sibu disediakan di Hospital Kanowit (Kanowit), Klinik Kesihatan Selangau (Selangau), Klinik Kesihatan Sibu Jaya dan Klinik Kesihatan Jalan Lanang (Sibu) dan dalam bahagian Kapit disediakan Dewan Sri Balleh (Kapit), Klinik Kesihatan Song (Song) dan Klinik Kesihatan Sungai Asap di Belaga.

Sementara bahagian Mukah pula di KKIA Mukah (Mukah), Klinik Kesihatan Daro (Daro), KKIA Dalat (Dalat), Klinik Kesihatan Tian (Matu) dan Klinik Kesihatan Belawai (Tanjung Manis).

Bagi bahagian Bintulu, PPV terletak di Pusat Sukan BDA Kidurong (Bintulu), Klinik Kesihatan Tatau (Tatau) dan Klinik Kesihatan Sebauh (Sebauh) sementara bahagian Miri di Dewan Eastwood Valley, Dewan Masyarakat Sepupok Niah, Curtin REC Hall, Universiti Curtin Malaysia (Miri).

PPV juga diwujudkan di Dewan Masyarakat Marudi (Marudi), Dewan Terbuka Long Lama (Telang Usan), Dewan Masyarakat Bekenu (Subis) dan Dewan Masyarakat Beluru (Beluru).

Untuk bahagian Limbang, PPV adalah di Dewan Suarah Limbang dan Dewan Masyarakat Medamit, sementara daerah Lawas disediakan di Institut Latihan Islam Malaysia, Dewan Masyarakat Long Lama Tuma, Dewan Masyarakat Zon Ulu Merapok, Lawas Dewan Masyarakat Sundar dan Dewan Masyarakat Trusan di daerah Lawas.

Uggah turut mengingatkan mereka yang telah menerima dos pertama vaksin berkenaan untuk hadir semula ke tempat sama 21 hari kemudian untuk mendapatkan dos kedua.

Tegasnya, mereka yang belum mendapatkan vaksin COVID-19 bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah orang sekeliling.

"Apatah lagi Sarawak masih merekodkan banyak kes positif serta varian Delta yang kian menular dan lebih membahayakan kerana boleh membawa maut," katanya.

Golongan ingkar itu juga akan kehilangan banyak keistimewaan, dan kelebihan ditawarkan kepada mereka yang lengkap divaksin.

Uggah menambah, sehingga hari ini, sejumlah 3,716,143 dos vaksin telah diberikan kepada orang yang layak di Sarawak.

"Ini termasuk 1,883,698 iaitu (91,2 peratus) untuk dos pertama dan 1,832,445 (88,7 peratus) bagi dos kedua," tambahnya.


utusanborneo.com.my/2021/09/05
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.365589 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list