CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 815|Reply: 0

[Pulau Pinang] 15 pasar awam, kompleks penjaja seliaan MBSP rekod 305 kes positif Covid-19

[Copy link]
Post time 4-9-2021 06:55 PM | Show all posts |Read mode
15 pasar awam, kompleks penjaja seliaan MBSP rekod 305 kes positif Covid-19[size=0.8][size=0.9]Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my


Kakitangan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) melaksanakan kerja-kerja sanitasi tapak di Pasar Awam Taman Bagan, Butterworth. FOTO IHSAN MBSP



Bukit Mertajam: Sebanyak 15 pasar awam termasuk sebuah kompleks penjaja seliaan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) merekodkan 305 kes positif Covid-19 setakat ini.

Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali berkata, ia susulan 2,673 peniaga dan pekerja melakukan ujian saringan Covid-19.

Katanya, sehubungan itu pihaknya mengambil langkah menutup sementara operasi perniagaan semua premis terbabit berikutan penularan virus berbahaya berkenaan.

"Sehingga kini, tiga pasar awam iaitu Pasar Awam Kampung Baru, Pasar Awam Permatang Tinggi dalam daerah Seberang Perai Tengah dan Pasar Awam Taman Bagan dalam daerah Seberang Perai Utara sahaja yang masih ditutup dan tidak dibenarkan beroperasi sehingga dimaklumkan.

"Manakala baki yang lain sudah dibenarkan membuka perniagaan seperti biasa apabila kita sudah mendapat keputusan ujian saringan dan mereka sudah selesai menjalani kuarantin," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan berhubung situasi terkini pasar awam kendalian pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Rozali berkata, Pasar Awam Taman Bagan dan Pasar Awam Permatang Tinggi diarah tutup sementara oleh MBSP sebagai langkah pencegahan awal bagi membendung penularan wabak Covid-19 termasuk untuk melaksanakan kerja-kerja sanitasi.

"Arahan ini juga bagi membantu Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk menjalankan siasatan dan membuat penilaian risiko untuk tindakan selanjutnya.

"Bagaimanapun, dimaklumkan tempoh penutupan sementara ini juga tertakluk kepada arahan lanjut oleh pihak PKD kelak.

"MBSP akan memastikan hanya peniaga dan pekerja yang telah membuat ujian calitan dengan keputusan negatif, berisiko rendah serta telah selesai tempoh kuarantin sahaja dibenarkan membuka semula perniagaan mereka selepas dibenarkan," katanya.

Terdahulu, MBSP giat melaksanakan Program Outreach Vaksinasi Peniaga bagi membolehkan peniaga yang belum menerima suntikan vaksin Covid-19 dapat berbuat demikian untuk mengurangkan risiko jangkitan khususnya pasar awam yang kini menjadi tempat penularan wabak.





Disiarkan pada: September 4, 2021 @ 5:58pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.328076 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list