CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 637|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lima negeri catat penggunaan ICU lebih 100 peratus

[Copy link]
Post time 3-9-2021 09:35 PM | Show all posts |Read mode
Lima negeri catat penggunaan ICU lebih 100 peratus[size=0.8][size=0.9]Noor Atiqah Sulaiman
am@hmetro.com.my


GAMBAR hiasan. FOTO Aswadi Alias.




Putrajaya: Lima negeri mencatatkan penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU) melebihi 100 peratus iaitu di Sabah, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata selain itu tiga lagi negeri mencatatkan penggunaan katil di ICU melebihi 90 peratus di Selangor, Johor dan Kelantan.

"Kedah menjadi negeri tertinggi mencatatkan kadar penggunaan katil di wad ICU iaitu sebanyak 104 katil, dan daripada jumlah itu 128 peratus sudah digunakan manakala di Sabah yang mempunyai 145 unit katil pula sudah menggunakan 110 peratus fasiliti berkenaan.

"Selain itu Perak dengan 90 katil dan kadar penggunaannya sudah mencecah 106 peratus, diikuti Pulau Pinang yang mempunyai 69 unit katil dan menggunakan fasiliti berkenaan sebanyak 101 peratus.

"Negeri terakhir ialah Perlis iaitu sejumlah 11 unit katil di wad ICU serta penggunaan lebih 100 peratus," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kapasiti dan penggunaan katil Covid-19 di negara ini yang dinyatakan itu adalah sehingga 5 petang, semalam.

Dalam pada itu, tiga negeri yang mencatat kadar penggunaan katil ICU melebihi 90 peratus ialah masing-masing mencapai kadar 99 peratus iaitu di Selangor dan Kelantan.

"Selangor mempunyai 337 unit katil manakala Kelantan pula sejumlah 77 katil. Selain itu Johor yang mempunyai 108 unit katil kini sudah menggunakan 98 peratus kadar fasiliti berkenaan," katanya.





Disiarkan pada: September 3, 2021 @ 8:58pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.174821 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list