CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1137|Reply: 0

Mahu jual Lamborghini untuk beli gerai mi ayam

  [Copy link]
Post time 3-9-2021 09:02 PM | Show all posts |Read mode

Foto dimuat naik Hotman Paris yang mendapat perhatian netizen. - Instagram

Mahu jual Lamborghini untuk beli gerai mi ayam

JAKARTA – Peguam terkenal di Indonesia, Hotman Paris baru-baru ini menjadi bualan selepas berkata bahawa dia mahu menjual kereta mewah Lamborghini miliknya untuk membeli 1,000 unit gerai menjual mi ayam, lapor laman Suara.com semalam.

Hotman Paris menerusi hantaran di laman sosial Instagramnya memuat naik foto dia bersandar pada kenderaan mewah itu berserta komen:  ‘Dijual Lamborghini ini untuk beli 1,000 gerai  mi ayam’.

Peguam berusia 61 tahun itu juga sebelum ini pernah memuat naik foto dirinya sedang menjual mi ayam di sebuah gerai. Bukan hanya menjual mi ayam, dia juga pernah memuat naik video sedang menggoreng pisang di sebuah gerai menjual menu tersebut.

Foto dirinya bersandar pada  Lamborghini itu mendapat lebih 22,000 tanda suka dengan hampir ratusan komen netizen.

“Saya mahu satu gerai mi ayam, saya mahu berniaga selepas suami meninggal akibat Covid-19,” tulis seorang netizen.

“Belikan pakaian seragam untuk kanak-kanak yang sudah mula bersekolah ya bang,” tulis seorang lagi netizen.

“Semoga Tuhan memberkati anda,” tulis netizen lain. – Agensi

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 1.030951 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list