CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 812|Reply: 0

[Pulau Pinang] Waspada beli ubat dalam talian, pesanan pos - CAP

[Copy link]
Post time 1-9-2021 08:03 PM | Show all posts |Read mode
Waspada beli ubat dalam talian, pesanan pos - CAP[size=0.8][size=0.9]Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my


Mohideen Abdul Kader





Georgetown: Pengguna disaran supaya berhati-hati ketika membeli ubatan secara dalam talian atau menerusi pesanan pos yang semakin menjadi pilihan ketika pandemik Covid-19 ini.

Ia berikutan sesetengah ubat mungkin menjadi tidak selamat atau tidak berkesan akibat pendedahan kepada suhu melampau atau kelembapan ketika transit daripada peruncit kepada pengguna.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, kebanyakan pil dan kapsul perlu disimpan jauh daripada haba, udara, kelembapan dan cahaya matahari kerana ia boleh rosak atau kehilangan kemampuannya.

Beliau berkata, tambahan pula jika nyawa bergantung kepada dos yang sepatutnya daripada ubat khusus, ia boleh memberi kesan serius.

"Variasi suhu dan kelembapan boleh mempercepatkan penuaan ubat dan menjejaskan kestabilan, contohnya ubat tiroid apabila kekurangan kestabilan baik serta boleh menyebabkan perubahan besar dalam tindak balas tubuh dengan hanya perbezaan amat kecil dalam jumlah ubat.

"Bagi pesakit kronik seperti diabetes atau penyakit jantung, dos ubat penting yang rosak seperti insulin atau nitroglycerin boleh mengancam nyawa," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Terdapat lebih 70 penarikan balik oleh Pentadbiran Ubatan dan Makanan Amerika Syarikat (USFDA) bagi produk levothyroxine (ubat tiroid) antara 2007 dan 2012 bagi alasan berkenaan.

Antibiotik seperti penisilin dan cephalosporin mudah lemah atau tidak berkesan di bawah keadaan suhu tidak sempurna manakala ubat biasa boleh rosak dengan potensi kesan berbahaya.

Mengulas lanjut, Mohideen berkata, ubat yang rosak boleh mendatangkan kesan sampingan dan berbahaya, misalnya antibiotik reput mampu menyebabkan kerosakan perut atau buah pinggang.

Beliau berkata, aspirin rosak walaupun dalam persekitaran kelembapan rendah boleh menyebabkan gangguan perut lebih daripada biasa.

"Sesetengah ubat, jika dibungkus semula sama ada bagi dijual dan penggunaan di rumah dan tidak simpan dengan sebaiknya, melalui perubahan kimia dan boleh menjadi bahaya jika dihadam.

"Dalam persekitaran panas, sesetengah ubat mungkin berubah bentuk dan menjadi sukar bagi digunakan.

"Misalnya kapsul gelatin lembut, salap dan krim mungkin menjadi berair (seperti krim hydrocortisone) serta menjadi tidak berguna dalam kepanasan dan supositori mungkin cair," katanya.



Disiarkan pada: September 1, 2021 @ 5:02pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.301202 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list