CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 934|Reply: 0

[Pulau Pinang] Penduduk PPR Taman Manggis jalani saringan Covid-19

[Copy link]
Post time 31-8-2021 07:41 PM | Show all posts |Read mode
Penduduk PPR Taman Manggis jalani saringan Covid-19[size=0.8][size=0.9]Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my


PENDUDUK di Flat PPR Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin, di sini, melakukan ujian saringan. FOTO Zuhainy Zulkiffli




Georgetown: Penduduk Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin, di sini, menarik nafas lega apabila aduan berhubung kebimbangan mereka terhadap peningkatan kes Covid-19 di penempatan itu diambil tindakan.

Sebahagian daripada 2,000 penduduk di PPR itu mula menjalani ujian saringan Covid-19, hari ini.

Penduduk, Mazlina Maula Mydin , 44, berkata, dia antara penduduk terawal hadir bagi menjalani ujian berkenaan yang bermula pada 3 hingga 6 petang.

Katanya, sejak terdapat kes di penempatan itu, mereka sekeluarga bimbang dengan keselamatan ketika hendak keluar dari rumah bagi mendapatkan bekalan makanan.
"Keluarga adik saya di tingkat lapan terdiri daripada tujuh orang termasuk seorang warga emas dan kanak-kanak sedang menjalani kuarantin menyebabkan kami bimbang dengan penularan kes di sini.

"Tinggal di flat, banyak kemudahan dikongsi bersama termasuk lif atau taman permainan dan paling membimbangkan ialah penduduk mudah keluar masuk tanpa pengawasan," katanya ketika ditemui, hari ini.

Semalam, Harian Metro melaporkan keresahan penduduk yang memohon dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di perumahan berkenaan susulan peningkatan kes Covid-19.

Terdapat 360 unit kediaman di kejiranan itu dan kebanyakan penduduk berstatus B40 dengan meraih pendapatan sebagai nelayan pantai, tukang urut dan berpendapatan tidak tetap.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, susulan itu pihaknya bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Timur Laut mengatur program saringan berkenaan selepas terdapat 25 kes positif Covid-19 dikesan di penempatan berkenaan.

Chow berkata, pihaknya tidak mempunyai halangan bagi pelaksanaan PKPD di perumahan berkenaan, namun ia bergantung kepada analisis dan keputusan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) selepas program berkenaan selesai.

"Kita minta pihak kesihatan bagi membuat analisis risiko sebelum keputusan dibuat kerana ada wakil penduduk yang mahu PKPD dilaksanakan.

"Kita tiada halangan (pelaksanaan PKPD), tetapi keputusan itu perlu dibuat JKNPP dan saringan ini akan menilai keadaan menentukan PKPD.

"Kerajaan negeri turut menyumbang dana dan bekerjasama dengan pengurusan surau di perumahan bagi menyediakan bekalan makanan serta bahan mentah kepada penduduk yang menjalani kuarantin," katanya.

Tinjauan Harian Metro mendapati penduduk memberi kerjasama ketika menjalani ujian saringan berkenaan dengan anggaran 300 individu sehari yang akan menjalani ujian itu.





Disiarkan pada: Ogos 31, 2021 @ 5:45pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.057662 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list