CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1402|Reply: 0

[Borneo] TUDM Sarawak lakukan penerbangan hantar vaksin Covid-19 ke Sabah

[Copy link]
Post time 29-8-2021 07:40 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING:Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM) melaksanakan penghantaran vaksin dan peralatan perubatan dari Kuching, Sibu dan Bintulu ke Tawau, Sabah, menggunakan pesawat C-130H.

Jurucakapnya berkata,penghantaran vaksin itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri Sabah dalam meningkatkan pemberian vaksin di kalangan rakyat Sabah bagi mencapai sasaran imunisasi kelompok iaitu 80 peratus rakyat Sabah divaksin pada Oktober 2021.

Menurutnya,pengambilan vaksin itu adalah jenis Comirnaty daripada sumbangan MKN Negeri Sarawak kepada MKN Negeri Sabah.

"Penghantaran vaksin ini adalah bertujuan untuk mencapai hasrat kerajaan dalam melaksanakan pemberian vaksin di PPV Outreach untuk membantu mempercepatkan proses vaksinasi di kawasan-kawasan pedalaman seterusnya menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

"Kesemua vaksin dan peralatan perubatan ini telah dibekalkan oleh Pejabat Farmasi Bahagian Sibu dan antara barang-barang tersebut ialah enam karton syringe, dua karton vaksin, tiga karton sodium chloride injection dan dua karton kad vaksin,"katanya.

Katanya,pesawat C-130H TUDM telah terbang dari Lapangan Terbang Kuching pada jam 12.20 tengah hari dan selamat tiba di Lapangan Terbang Sibu kira-kira jam 1 tengah hari.

"Vaksin dan peralatan perubatan seterusnya selamat tiba di Lapangan Terbang Tawau pada jam 4.45 petang, pesawat telah dikendalikan oleh Kapten Mohamad Zulkarnain Johari TUDM selaku juruterbang, Kapten Owi Wei Lunn TUDM selaku pembantu juruterbang dan dibantu oleh Kapten Muhammad Haikal  Rasdi TUDM selaku navigator penerbangan.

"Kerjasama antara ATM dan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam membantu menjayakan program vaksinasi negara perlu diteruskan agar lebih ramai rakyat berjaya mendapat suntikan vaksin dalam mencapai herd immunity," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.070892 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list