CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1007|Reply: 1

[Pulau Pinang] Pulau Pinang pinjam 200,000 dos vaksin pertama daripada Selangor

[Copy link]
Post time 26-8-2021 02:08 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang pinjam 200,000 dos vaksin pertama daripada Selangor[size=0.8]Oleh Nur Izzati Mohamad - Ogos 26, 2021 @ 1:30pmbhnews@bh.com.my


gambar hiasan





GEORGETOWN: Pulau Pinang meminjam 200,000 dos vaksin daripada Kerajaan Negeri Selangor bagi membolehkan 225,226 populasi dewasa negeri itu menerima suntikan imuninasi pertama COVID-19.

Langkah itu selaras dengan sasaran yang menetapkan 100 peratus populasi dewasa negeri itu mendapat vaksin dos pertama menjelang akhir bulan ini atau minggu pertama bulan depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Norlela Ariffin, berkata Pulau Pinang membuat permohonan untuk meminjam vaksin dos pertama COVID-19 daripada Selangor untuk menyegerakan vaksinasi kepada penduduk negeri itu.

"Syukur apabila permohonan kita untuk meminjam 200,000 dos vaksin itu diluluskan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, semalam.

"Kita berharap dengan usaha ini, sasaran negeri untuk mencapai 100 peratus populasi dewasa mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin pada akhir bulan ini atau minggu pertama bulan hadapan akan berhasil," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya sudah bermesyuarat dengan Selangor Health Care (SELCARE), semalam bagi membincangkan mengenai pakej dan penghantaran vaksin berkenaan.

Norlela berkata, negeri itu sebelum ini menerima 300,000 dos vaksin kedua daripada Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dan bukan dos pertama.

"Oleh itu, kita akan memulangkan semula dos kedua ini dan syukur permohonan pemulangan yang dibuat diluluskan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta CITF," katanya.

Ketika ini, katanya, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pulau Pinang memberikan suntikan vaksin sehingga 47,000 dos sehari.

Dalam pada itu, Norlela berkata, kira-kira 76,000 individu di daerah Seberang Perai Tengah, yang menjadi pusat perebakan COVID-19 di negeri itu, belum divaksin.

Selain itu, katanya, sekitar 80,000 pekerja di daerah itu yang mendaftar dengan Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) juga belum menerima suntikan.

Norlela berkata, 70 peratus daripada jangkitan COVID-19 dan kadar kebolehjangkitan (RO) di negeri itu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 adalah daripada tempat kerja, termasuk kilang.

Selain itu, beliau berkata, walaupun kes harian ketika ini mencecah sehingga 2,500, sebanyak 98 peratus daripadanya tiada gejala atau hanya mengalami gejala ringan.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2021 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut la ramai rakyat Selangor masih belum dapat temu janji utk divaksin.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.053612 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list