CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1039|Reply: 3

[Kedah] Alasan bergaduh dengan isteri, katanya....

[Copy link]
Post time 26-8-2021 10:44 AM | Show all posts |Read mode
Alasan bergaduh dengan isteri, katanya....[size=0.8][size=0.9]Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



Anggota penguat kuasa JAIK menyoal pasangan berkenaan. FOTO Ihsan Jaik





Alor Setar: Seorang lelaki memberi alasan bergaduh dengan isterinya lalu menumpang di rumah rakan wanitanya sebelum mereka dicekup berkhalwat di sebuah rumah di taman perumahan di Teluk Bagan, Tandop, di sini, tengah malam tadi.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, mereka dicekup berkhalwat pada 12.10 tengah malam oleh sepasukan anggota dari Pejabat Agama Daerah Kota Setar yang diketuai Abdul Rahim Abu.

Beliau berkata, serbuan dilakukan berdasarkan maklumat awam yang diterima pihaknya berhubung kegiatan maksiat di rumah wanita berkenaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati mereka gagal mengemukakan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri dan disyaki melakukan maksiat.

"Lelaki berusia 35 tahun itu bekerja sebagai penjawat awam serta dalam proses bercerai dengan isterinya dan mempunyai tiga anak.

"Wanita itu pula masih bujang dan juga penjawat awam berusia 29 tahun," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Radzi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014.

Beliau berkata, sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Disiarkan pada: Ogos 26, 2021 @ 8:35am










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2021 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Huh.... Laki org jgak yg dia nak

""Wanita itu pula masih bujang dan juga penjawat awam berusia 29 tahun," katanya dalam satu kenyataan, hari ini"
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 11:39 AM | Show all posts
Dalam proses bercerai tp ko dh menyedap dgn org lain.
Puak dayus gini selalu suka delay kes cerai, kot dpt yg jenis xberkenan kt batang dia..bleh dia uturn kt isteri balik.

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
dua2 vengappp
ko kawen dengan gf ko tu pun
tak mustahil buat lagi benda sama
pandai2 lerrr dua ekor ni hidup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.475473 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list