CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1863|Reply: 8

'Tolong saya, apa nak jadi ni...' - Sherie Merlis

[Copy link]
Post time 23-8-2021 07:36 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: "Saya nak tanya sesiapa yang tahu dan boleh tolong, selain Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mana lagi tempat untuk minta ambil adik saya dan kuarantinkan dia dengan anak kecilnya yang masih menyusu.

"Tolonglah. Saya tak tahu nak buat apa. KKM 'hopeless' (tiada harapan). Nak marah saya, marahlah tapi ini kenyataan,".

Demikian rayu pelakon Sherie Merlis kepada pengikut media sosial di Instagram, pagi ini berkenaan kebuntuan yang dilaluinya.

Ia berikutan adik perempuannya disahkan positif Covid-19, namun belum diambil oleh KKM untuk menjalani kuarantin di mana-mana lokasi yang disediakan.

Menurut Sherie, adiknya demam tiga hari lalu dan selepas menjalani ujian calitan di klinik kerajaan, akhirnya disahkan positif Covid-19. Bagaimanapun adiknya disuruh balik ke rumah.

"Saya dan dua anak yang berumur sembilan tahun dan tujuh tahun terkandas di rumah adik. Malah, di dalam rumah ini ada juga ibubapa kami. Bapa sakit jantung dan baru keluar hospital.

"Emak ada alzheimer kronik dan hanya terbaring di tempat tidur. Adik pula balik ke rumah dengan keadaan positif dan dia juga ada empat anak berusia tujuh tahun, enam tahun, empat tahun dan 10 bulan termasuk, suaminya.

"Keadaan rumah sesak kerana hanya ada dua bilik, iaitu bilik ibu bapa dan satu lagi saya gunakan," katanya.

Sherie berkata, dia menghubungi KKM untuk bertanyakan mengenai kedudukan mereka dan pihak terbabit berjanji akan datang secepat mungkin untuk melakukan ujian calitan kepada mereka semua kerana bimbang berjangkit.

"Tapi, KKM tak datang ke rumah kami. Mereka cuma hubungi dan kata kena tunggu sampai Isnin (esok). Memang tak masuk akal nak tunggu sampai Isnin.

"Saya dah risau dan hubungi lagi KKM tanya apa yang patut dibuat. Sekurang-kurangnya mereka ada saranan apa yang patut saya buat dengan ada ramai kanak-kanak dan warga emas yang kurang sihat di rumah.

"Pagi tadi, suami adik pula demam panas. Dia, saya dan bapa dah lengkap dua dos vaksin. Malah, anak adik yang berusia empat tahun dah mula sakit tekak," katanya.

Ujar Sherie, kini hanya dia seorang saja yang masih sihat untuk ambil berat semua orang yang ada di dalam rumah berkenaan.

Saya tak tahu nak buat apa dalam rumah ini. Kalau saya sakit siapa nak jaga budak-budak ini dan ibu bapa saya yang terlantar? Siapa nak ambil kisah?

"Minta tolong sesiapa apa yang patut saya buat? Adik saya dalam bilik tapi kalau suaminya positif tak tahu nak letak mana.

"Saya akan buat yang terbaik untuk anak-anak saya dan anak-anak adik yang masih okey dengan tumpangkan mereka semua di dalam bilik ibubapa. Sampai bila pun tak tahu. KKM kata Isnin, dan adik saya pun bersetuju untuk dikuarantinkan di mana-mana lokasi yang sesuai," katanya.

Perkongsian dibuat Sherie berkenaan menerima banyak maklum balas daripada pengikutnya serta rakan-rakan artis yang bersimpati dengan situasi dihadapi pelakon itu.

Bahkan, ada juga yang cuba memberikan cadangan dan jalan penyelesaian untuk Sherie.

HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2021 07:37 AM | Show all posts

Sherie Merlis
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 07:57 AM | Show all posts
Sherie Merlis dah dibantu, adiknya dan suami dibawa ke pusat kuarantin Covid-19
18

Kuala Lumpur: Selepas membuat pendedahan berhubung keadaan adiknya yang positif Covid-19, akhirnya pelakon Sherie Merlis dan keluarga mendapat bantuan segera.

Menerusi hantaran video di Instagram pengguna akaun @nafidzrazak berkongsikan kisah bantuan dihulurkan kepada Sherie dan keluarganya yang sudah membuat ujian calitan di kediaman pelakon itu, siang tadi.

"Bila ramai yang tag tentang @sheriemerlis, abang long dan pasukan @kumpulan_megaklinik_zahran terus bergegas untuk melihat sendiri keadaan keluarga Sherie.

"Alhamdulillah, semua telah menjalani ujian saringan Covid-19 dan kini dipantau rapi oleh Megaklinik Zahran. Adik Sherie juga telah dibawa ke pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 bersama suami dan anak-anaknya yang positif kerana keadaan rumah yang tidak berapa sesuai untuk kuarantin kendiri.

"Terima kasih juga kepada Datuk @fizzfairuzofficial yang pantas menghubungkan abang long dan Sherie. Terima kasih juga kepada pasukan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah memudahkan segala urusan," tulisnya.


Terdahulu, dalam laporan Harian Metro melaporkan Sherie merayu kepada pengikut media sosial di Instagram, untuk membantunya berkaitan kebuntuan yang dihadapi apabila adik perempuannya disahkan positif Covid-19.


Dalam perkongsian video berdurasi empat minit dan 42 saat itu, Sherie yang kelihatan sugul jelas sangat risau mengenai keselamatan ahli keluarga terutama ibu bapanya berserta enam kanak-kanak yang berada di dalam rumah itu.

"Adik saya demam tiga hari lalu dan selepas menjalani ujian calitan di klinik kerajaan, akhirnya dia disahkan positif Covid-19. Bagaimanapun adik saya disuruh balik ke rumah untuk menjalani kuarantin kendiri.

"Saya dan dua anak yang berumur sembilan tahun dan tujuh tahun terkandas di rumah adik. Malah, di dalam rumah ini ada juga ibubapa kami. Bapa sakit jantung dan baru keluar hospital.

"Emak ada alzheimer kronik dan hanya terbaring di tempat tidur. Adik pula balik ke rumah dengan keadaan positif Covid-19 dan dia juga ada empat anak berusia tujuh tahun, enam tahun, empat tahun dan 10 bulan termasuk, suaminya.

"Keadaan rumah sesak kerana hanya ada dua bilik, iaitu bilik ibu bapa dan satu lagi saya gunakan. Pagi tadi, suami adik pula demam panas. Malah, anak adik yang berusia empat tahun dah mula sakit tekak," katanya.

Di dalam rumah berkenaan, hanya Sherie, bapa dan suami adiknya, saja sudah lengkap dua dos vaksin. Justeru, dengan situasi berlaku itu Sherie seorang saja yang masih sihat dan wajar untuk dia ambil berat kepada ibu bapa dan beberapa anak kecil yang ada di dalam rumah itu.

Berita berkaitan

'Tolong saya, apa nak jadi ni...' - Sherie Merlis [METROTV]

Disiarkan pada: Ogos 22, 2021 @ 11:24pm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2021 08:04 AM | Show all posts
Syd replied at 23-8-2021 07:57 AM
Sherie Merlis dah dibantu, adiknya dan suami dibawa ke pusat kuarantin Covid-19
18

viral ni bagus sebab tindakan dan bantuan cepat smp
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 08:31 AM | Show all posts
xpdckelate replied at 23-8-2021 08:04 AM
viral ni bagus sebab tindakan dan bantuan cepat smp

kat malaysia ni kena viral dulu baru dihujani bantuan sbb tu kibar bendera putih last option rakyat malaysia lakukan. realiti pahit untuk ditelan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 09:07 AM | Show all posts
kalau ko dikenali, senang la viral...  dan senang la dapat bantuan...  ramai lagi yang cuba viral tapi tak berjaya, mohon pakai bendera putih pun tak dapat bantuan...  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2021 09:07 AM | Show all posts
tu lh kna viral baru lh cepat2 smpai bantuan.. funahh
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
retis, viral, berdesup bantuan sampai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2021 12:23 PM | Show all posts
nakkomenjugak replied at 23-8-2021 10:15 AM
retis, viral, berdesup bantuan sampai

kalau kita baca betul2 yang bg immediate respond tu kawan dia sendiri... dato fizz fairuz..
jadi bukan la sbb dia retis sangat yg buatkan dia dapat bantuan cepat... yg penting ada kawan
yg perihatin & cepat hulur bantuan....  dato fizz hubungi clinic tu supaya datang  buat swab test.
Kita yg bukan retis ni pun kena sama2 perihatin dengan kawan2 & jiran sekeliling.. mana tau ada
yg terdesak & terkandas mcm sheriel ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.382788 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list