CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 672|Reply: 0

[Pulau Pinang] KPDNHEP keluarkan 839 kompaun RM4.5 juta

[Copy link]
Post time 21-8-2021 07:08 PM | Show all posts |Read mode
KPDNHEP keluarkan 839 kompaun RM4.5 juta
| | 21 Ogos 2021


Hasnol Zam Zam Ahmad

BATU KAWAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan 839 kompaun kesalahan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) membabitkan nilai RM4.5 juta dalam pemeriksaan di seluruh negara sejak 13 Mei lepas.

Ketua Setiausahanya Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata, tindakan kompaun diambil dalam pemeriksaan penguatkuasa KPDNHEP di 732,893 premis di seluruh negara sehingga semalam.


"Saya ingin tekankan bahawa mengeluarkan kompaun bukanlah keutamaan KPDNHEP. Ia tindakan terakhir selepas advokasi yang diberikan terlebih dahulu tidak dipatuhi,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pemantauan dan pemeriksaan premis perniagaan di Design Village pada Sabtu.

Beliau berkata, sepanjang tempoh sama, pihaknya turut memberi amaran dan nasihat kepada pemilik 8,410 premis perniagaan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan semasa pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).


Menurutnya secara dasar, rata-rata peniaga di negara ini amat mematuhi SOP norma baharu yang ditetapkan dengan kadar pematuhan sehingga 98.7 peratus.

Bagaimanapun, Hasnol Zam Zam mengakui terdapat lebih satu peratus golongan yang masih berdegil dan culas dalam mematuhi SOP itu walaupun telah berkali-kali dinasihatkan.- Bernama


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... 9-kompaun-RM45-juta
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.065136 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list