CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1321|Reply: 6

[Pulau Pinang] Meninggal dunia ketika cuci rumah

[Copy link]
Post time 19-8-2021 08:21 PM | Show all posts |Read mode
Meninggal dunia ketika cuci rumahOgos 19, 2021 @ 7:49pm



Banjir kilat di Kampung Sulup, Teluk Kumbar, Pulau Pinang berikutan hujan lebat semalam. - NSTP/MIKAIL ONG



BALIK PULAU: Seorang buruh binaan meninggal dunia selepas dipercayai tergelincir ketika mencuci rumahnya yang dilanda banjir di Pulau Betong di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata Mohd Zailan Zainuddin, 35, dibawa ke Hospital Balik Pulau sebelum doktor yang merawatnya mengesahkan lelaki itu meninggal dunia pada 12.15 tengah malam tadi.

"Sebelum kejadian, mangsa dan isterinya mengemas rumah mereka yang dilanda banjir berikutan hujan lebat pada sebelah petang.
"Lelaki itu dikatakan terjatuh di pintu bilik dan disedari isterinya yang kemudian dibantu adik angkatnya untuk mengangkat mangsa ke atas katil," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, pihak polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian lelaki itu.

Semalam, hujan lebat lebih tiga jam menyebabkan ratusan rumah di Teluk Kumbar, Balik Pulau dan Teluk Bahang di sini ditenggelami hingga setengah meter.
Hujan lebat sejak jam 12.30 tengah hari itu turut menyebabkan beberapa jalan raya terutama di Pulau Betong, Balik Pulau tidak boleh dilalui kenderaan ringan. - BERNAMA










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2021 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya juga cuci rumah ni.. Tambah2 time banjir.

Takziah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 08:44 PM | Show all posts
sarah82 replied at 19-8-2021 08:35 PM
Bahaya juga cuci rumah ni.. Tambah2 time banjir.

Takziah.

paling risau ular, elektrik. dua2 ni mmg ada musim banjir
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainailaihirojiunn
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 19-8-2021 08:44 PM
paling risau ular, elektrik. dua2 ni mmg ada musim banjir

Tu la.. Ular berbisa tu bahaya..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya.dugaan banjir dan suami meninggal
Semoga urusan keluarga ini dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2021 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainailaihirojiun.. kesiannya.. duk x duk…
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.060133 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list