CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 968|Reply: 0

[Pulau Pinang] Henti aktiviti, siasat segera punca tsunami kecil di Gunung Jerai

[Copy link]
Post time 19-8-2021 01:39 PM | Show all posts |Read mode
Henti aktiviti, siasat segera punca tsunami kecil di Gunung Jerai[size=0.8]Oleh Zuhainy Zulkiffli - Ogos 19, 2021 @ 12:58pmbhnews@bh.com.my


Kejadian kepala air di Gunung Jerai petang semalam mengakibatkan banjir meninggalkan kesan umpama tsunami kecil terhadap beberapa kawasan selain kerosakan harta benda penduduk





GEORGETOWN: Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa supaya semua aktiviti dan kegiatan yang merosakkan alam sekitar di kawasan ekosistem rapuh Gunung Jerai, Kedah, dihentikan segera.
Ia susulan kejadian kepala air di gunung berkenaan semalam, hingga menyebabkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.

Presiden SAM, Meenakshi Raman, berkata pihak yang berkaitan juga perlu melakukan penyelidikan mengenai tragedi itu supaya orang ramai dapat mengetahui punca sebenar kejadian.
Katanya, siasatan dan langkah pencegahan perlu dijalankan semula bagi kerja pemulihan terutama jalan yang musnah akibat aliran lumpur, tanah runtuh dan banjir yang dasyat.
"Ia bagai satu amaran dan Menteri Besar Kedah (Muhammad Sanusi Md Nor) perlu bertindak serta tidak memandang kejadian ini sebagai 'kerja Tuhan' kerana ia jelas berpunca daripada aktiviti oleh syarikat yang dibenarkan, bertentangan dengan pelan strukturnya.

"Gunung Jerai adalah kawasan sensitif terhadap alam sekitar yang mesti dilindungi dan tidak dimusnahkan.
"Sebilangan besar kelodak dibawa turun dari lereng, dilemahkan oleh penebangan hutan dan peningkatan aktiviti yang merosakkan," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Kejadian kira-kira 4.30 petang semalam menyebabkan lebih 20 rumah penduduk rosak akibat banjir kilat di lima kampung sekitar kaki gunung.

Penduduk yang terjejas turut menyifatkan kejadian itu umpama tsunami kecil ekoran keadaannya yang berombak kuat sehingga mengakibatkan pokok serta jambatan runtuh dengan sekelip mata.
Muhammad Sanusi menerusi kenyataan mengesahkan bahawa tiada aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Jerai berikutan kawasan itu diwartakan sebagai Hutan Perlindungan.
Pihaknya juga dimaklumkan banjir kilat yang berlaku itu disebabkan fenomena kepala air di puncak Gunung Jerai.


Sementara itu Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader, berkata kejadian itu mungkin bukan berpunca daripada pembalakan tetapi akibat penebangan hutan dan pokok.
Ia susulan kejadian banjir berlumpur yang boleh dilihat menerusi rakaman video tular yang menunjukkan dengan jelas aktiviti pembukaan tanah.

"Kami, bersama-sama penduduk kampung di Bukit Singkir, Yan sudah lama menolak projek kuari di Hutan Simpan Gunung Jerai lebih dari 15 tahun yang lalu dan penggalian ini dibenarkan pemerintah negeri ketika itu walaupun melanggar Rancangan Struktur Yan.
"Seharusnya tidak ada pembukaan hutan di sini tetapi gambar menerusi carian di peta Google menunjukkan banyak pokok sudah dibersihkan dan operasi perlombongan dilakukan di kawasan sensitif terhadap alam sekitar berkenaan," katanya lagi.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.271494 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list