CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1418|Reply: 2

[Kedah] Banjir Yan: Operasi mencari mangsa hilang diteruskan hari ini

[Copy link]
Post time 19-8-2021 11:34 AM | Show all posts |Read mode
Banjir Yan: Operasi mencari mangsa hilang diteruskan hari iniOgos 19, 2021 @ 11:22am



Mayat seorang mangsa yang ditemui di kawasan rekreasi Titi Hayun ditemui malam tadi manakala tiga lagi masih hilang dalam kejadian tanah runtuh dan kepala air semalam.- Foto NSTP/Ihsan Bomba




ALOR SETAR : Operasi mencari dan menyelamat tiga mangsa yang dipercayai masih hilang dalam kejadian banjir akibat fenomena kepala air di kawasan Titi Hayun, Yan petang semalam, diteruskan pada 8.30 pagi ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata tiga mangsa yang belum dikenal pasti identiti itu adalah antara 22 penduduk di kawasan berkenaan yang terjejas akibat bencana itu.

"Kejadian di Titi Hayun ini membabitkan 22 mangsa iaitu 16 mangsa selamat, dua lagi meninggal dunia, seorang cedera parah manakala tiga lagi masih belum dijumpai," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mohamadul Ehsan berkata, seramai 30 anggota dan pegawai bomba terbabit dalam operasi itu selain turut dibantu pasukan keselamatan lain antaranya polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.


Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.17 petang semalam mengenai kejadian banjir di kawasan Titi Hayun itu dan operasi mencari dan menyelamat segera digerakkan sebaik tiba di lokasi 11 minit kemudian.
Selain itu katanya, pihak bomba juga meneruskan operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa yang dikhuatiri hilang dalam kejadian sama di Salak Denai iaitu kawasan sekitar Batu Hampar, Yan dengan melibatkan kekuatan 20 anggota bomba.

Sementara itu, Mohamadul Ehsan berkata seramai 19 kakitangan The Jerai Hill Resort yang terperangkap di puncak Gunung Jerai masih tidak dapat dibawa turun berikutan laluan terhalang akibat tanah runtuh.
– BERNAMA









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2021 04:32 PM | Show all posts
tengok sekali macam tsunami jer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2021 07:10 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.070743 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list