CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 910|Reply: 1

Esteban Ocon julang kemenangan sulung F1

[Copy link]
Post time 2-8-2021 08:04 AM | Show all posts |Read mode
BUDAPEST – Pelumba pasukan Alpine, Esteban Ocon melakukan kejutan apabila menjuarai perlumbaan Formula Satu (F1) di Grand Prix (GP) Hungary sebentar tadi meskipun saingan itu dihentikan akibat kemalangan tragis sejurus pusingan pertama.

Kemalangan tersebut membuka peluang pemandu Mercedes, Lewis Hamilton untuk menjuarai saingan tersebut namun kesilapan strategi tayar memberi masalah hingga menyebabkan Hamilton mengakhiri perlumbaan kedudukan podium ketiga.

Bagaimanapun, kesilapan pasukan Mercedes itu digunakan sebaik mungkin oleh Ocon untuk menguasai sepanjang perlumbaan sekali gus menjulang kemenangan pertamanya dalam karier F1 dan juga Alpine.

Pemandu Aston Martin, Sebastian Vettel menaiki podium tempat kedua manakala Carloz Sainz Jr (Ferrari) mengakhiri saingan tempat keempat.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan ini dan tahniah juga kepada Fernando Alonso. Saya rasa kemenangan in juga berkat daripada dia. Kemenangan ini adalah kerja berpasukan dan hari yang hebat bagi saya,” katanya.

Hasil keputusan tersebut, Hamilton kembali memimpin perlumbaan F1 dengan 192 mata dan meninggalkan Verstappen di tangga kedua dengan perbezaan enam mata selepas pemandu Red Bull tersebut sekadar mengakhiri perlumbaan tempat ke-10.

Pada saingan tersebut, sekurang-kurang empat pelumba terkeluar selepas terlibat dalam kemalangan di selekoh pertama akibat keadaan Litar Hungaroring basah akibat hujan.

Pemandu Mercedes, Valtteri Bottas dikatakan menjadi punca utama insiden kemalangan itu apabila gagal mengawal jentera dengan baik sebelum melanggar jentera Lance Stroll (Aston Martin).

Akibat kemalangan tersebut, pemandu Red Bull, Sergio Perez, Charles Leclerc (Ferrari), Bottas serta Stroll (Aston Martin) masing-masing gagal meneruskan perlumbaan apabila jentera mereka mengalami kerosakan cukup teruk. – K! Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2021 08:05 AM | Show all posts

Ocon menjuarai perlumbaan Formula Satu (F1) di Grand Prix (GP) Hungary, sebentar tadi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.056588 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list