CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1664|Reply: 5

[Sarawak] Remaja Belum Boleh Divaksin

[Copy link]
Post time 1-8-2021 12:51 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Pendaftaran bagi kumpulan remaja berusia 12 hingga 17 tahun sudah diterima sistem MySejahtera, namun tiada janji temu diberikan kepada kumpulan umur berkenaan buat masa sekarang.

Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) menerusi satu kenyataan berkata, sistem MySejahtera akan terus menerima pendaftaran vaksinasi untuk golongan remaja supaya ia boleh digunakan pada masa depan apabila sebarang keputusan dibuat berkenaan hal ini.

Menurutnya, keutamaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah kepada usaha untuk melengkapkan Fasa 2 dan memantapkan pelaksanaan Fasa 3 di seluruh negara termasuk Operasi Lonjakan Kapasiti di Lembah Klang, berikutan peningkatan kes harian di kawasan pusat penularan pandemik COVID-19.

"Kerajaan buat masa ini telah bersetuju untuk tidak memberikan vaksin COVID-19 kepada remaja berusia 17 tahun ke bawah termasuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mengelakkan sebarang risiko kes myocarditis dan pericarditis (radang jantung) selepas individu remaja mengambil dos kedua suntikan vaksin COVID-19 seperti kajian di Amerika Syarikat.

"Bagi pelajar tahun peperiksaan yang telah mencapai usia 18 tahun contohnya calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia, termasuk yang akan memasuki usia 18 tahun pada tahun ini, vaksinasi COVID-19 akan diteruskan mengikut penjadualan dan janji temu yang telah ditetapkan," kata kenyataan tersebut.

Beliau berkata, usaha sedang dilakukan untuk mempergiatkan vaksinasi dalam kalangan guru, kakitangan sekolah dan staf sokongan sekolah sebagai persediaan pembukaan sekolah kelak.

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) juga sedang memuktamadkan garis panduan klinikal pemberian vaksin Pfizer kepada kumpulan remaja yang mempunyai masalah kesihatan kronik dan berisiko tinggi dijangkiti COVID-19.

CITF akan membuat makluman lanjut selepas tarikh pelaksanaan vaksinasi bagi golongan ini diputuskan kelak.


credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2021 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam mn 1 September nanti? Adakah Sarawak masuk Fasa 3 PPN? Kalau dh F3, semua budak turun sekolah.

Risaunya dgn anak2. Skg pun kes delta pun bertambah byk

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2021 03:54 PM | Show all posts
akuchenta replied at 1-8-2021 01:16 PM
Macam mn 1 September nanti? Adakah Sarawak masuk Fasa 3 PPN? Kalau dh F3, semua budak turun sekolah. ...
ramai yang tertanya2 juga ...

harap Sarawak santai2 dulu jangan melompat ke fasa 3


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 05:02 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 1-8-2021 07:54 AM
ramai yang tertanya2 juga ...

harap Sarawak santai2 dulu jangan melompat ke fasa 3

oh ingatkan august ni dorang divaksin
september nak skolah dah
hope bagi dulu yang nak ambik spm dan stpm dulu
mcm tahun lepas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2021 05:11 PM | Show all posts
Vellfire replied at 1-8-2021 05:02 PM
oh ingatkan august ni dorang divaksin
september nak skolah dah
hope bagi dulu yang nak ambik spm ...
kamek pun pikir cam dirik deng ...

pikir dah on dah cdak boleh d vaksin... duhal masih dalam perbincangan ...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 05:36 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 1-8-2021 09:11 AM
kamek pun pikir cam dirik deng ...

pikir dah on dah cdak boleh d vaksin... duhal masih dalam per ...

mcm di parkcity mall Bintulu cuma benarkan
yang sudah divaksin. kena tunjuk kad putih yang dorang bagi masa vaksin
so yg bawah 18thn memang tak dibenarkan masuklah
tak tau esok2 mungkin makin banyak tempat akan buat mcm tu

kalo kat tempat kerja mmg ada buat mcm tu jugak
ala2 permit to work.. kena bagitau rekod staff (user/supplier/cleaner dll) yang masuk kena ambik vaksin


Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.042192 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list