View: 1661|Reply: 3
|
[Sarawak]
Fadillah tegur kontraktor Pan Borneo
[Copy link]
|
|
KUCHING: Menteri Kanan Kerja Raya Dato' Sri Fadillah Yusof telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya Sarawak (JKR Sarawak) untuk memastikan penegasan kepada pematuhan undang-undang dan garis panduan keselamatan pengurusan trafik di tapak pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak oleh kontraktor.
Menurutnya, kontraktor telah diberi peringatan dan penekanan tentang akauntabiliti mereka dalam memantau dan menguatkuasakan peraturan keselamatan serta amalan baik berhubung kesmatan dan keselamatan di tapak pembinaan.
"Penguatkuasaan undang-undang sedia ada oleh JKR Sarawak bersama agensi yang berkaitan akan dilaksanakan segera bagi mengekang sebarang tragedi daripada berlku di tapak pembinaan supaya kontraktor yang terlibat akan lebih berakauntabiliti terhadap tanggungjawab mereka menjaga keselamatan pekerja dan orang awam," katanya dalam kenyataan media.
Beliau mengulas kenyataan media berhubung pengabaian dan ketidakpatuhan pengurusan keselamatan trafik di beberapa lokasi lencongan oleh para kontrakor Lebuhraya Pan Borneo Sarawak (LPBS) seperti dinyatakan Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing baru baru ini,
Fadillah berharap, sehubungan ini, usaha bersepadu oleh antara JKR Sarawak, agensi-agensi lain dan para kontraktor LPBS ini menambahbaik penguakuasaan dan pemantauan keselamatan di tapak pembinaan di sepanjang jajaran Lebuhraya Pan Borneo Sarawak bagi menzahirkan usaha-usaha dalam memastikan keselamatan pekerja dan orang awam.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kontraktor pun .bukan tu benda basic ke?
xkan la asik gomen nak kena tegur je, cuba buat keje elok2.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
konsep ...
selagi boleh jimat la kot ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|