CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 889|Reply: 0

[Sarawak] Kastam Sarawak serbu kedai jadi stor rokok seludup

[Copy link]
Post time 31-7-2021 04:27 PM | Show all posts |Read mode
Kastam Sarawak serbu kedai jadi stor rokok seludup




SARIKEI:  Sebuah premis kedai yang dijadikan stor untuk menyimpan rokok yang dipercayai belum lulus kastam di Sarikei Land District telah diserbu oleh sepasukan anggota daripada Cawangan Penguatkuasaan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak, Stesen Kastam Sarikei, Rabu lepas.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak,  Herman Syah Abdullah berkata,  serbuan tersebut telah dilakukan pada jam 12.20 tengahari.
"Hasil serbuan tersebut, pasukan Kastam telah berjaya menjumpai rokok putih yang disyaki belum lulus kastam sebanyak 46,000 batang.
"Rokok yang bernilai RM41,400 tersebut telah disita dengan anggaran nilai duti atau cukai kastam berjumlah RM307,740," katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Berikutan itu, kata Herman, kes telah disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Menurut beliau dalam kes ini, modus operandi yang digunakan  adalah menjadikan premis sebagai stor simpanan sementara sebagai transit untuk menyembunyikan rokok sebelum diedarkan ke pasaran sekitar bandar Sarikei.

"Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak kurang dari 10 kali ganda amaun duti Kastam atau RM100,000 mengikut mana-mana amaun yang lebih besar dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai amaun duti Kastam atau RM500,000 mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, ataupun penjara tidak kurang dari 6 bulan dan tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali," tegas Herman lagi.


utusanborneo.com.my/2021/07/31


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.048750 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list