Sarawak bakal perolehi banyak manfaat dalam projek hijau hidrogen
KUCHING: Perbincangan secara maya antara Kerajaan Sarawak dengan konglomerat dari Australia berhubung potensi membangunkan projek hijau hidrogen berskala besar di negeri ini.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang menghadiri perbincangan itu berkata, Sarawak memiliki banyak kebaikan bagi menyokong pembangunan industri hidrogen.
Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan berkata, Sarawak juga memiliki banyak sumber air sungai yang menjana tenaga hidro.
Pembangunan hidrogen merupakan suatu industri mesra alam sejajar dengan Strategi Pembangunan pascaCovid-19 2030 yang fokus kepada pembangunan sektor strategik untuk memacukan Sarawak mencapai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2030, tegas beliau.
“Sarawak mengalu-alukan pelaburan dan industri terbabit kerana diyakini berupaya mewujudkan banyak peluang ekonomi dan faedah sosial kepada Sarawak,” tambahnya.
Perbincangan secara maya itu turut dihadiri Menteri Utiliti, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Muda PKS dan Pembangunan Usahawan, Datuk Mohd. Naroden Majais, Menteri Muda Pembangunan Perindustrian, Datuk Malcolm Mussen Lamoh dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion.
sarawakvoice.com/2021/07/31
|