CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1037|Reply: 6

Diaz sumbang emas pertama Filipina

[Copy link]
Post time 27-7-2021 08:09 AM | Show all posts |Read mode
Diaz sumbang emas pertama Filipina

ATLET angkat berat, Hidilyn Diaz melakar sejarah tersendiri apabila muncul atlet pertama Filipina memenangi pingat emas pada temasya Sukan Olimpik.

Diaz yang kini berusia 30 tahun mengucup kilauan emas apabila memenangi kategori 55 kilogram (kg) wanita pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Tokyo International Forum pada Isnin.

Kejayaan itu menyaksikan Diaz berjaya memperbaiki pencapaian peribadi terbaiknya, sekali gus meletakkan pemegang rekod dunia dari China, Liao Qiuyun terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.

Sebelum ini, Diaz muncul atlet wanita pertama Filipina memenangi pingat Olimpik apabila menamatkan kemarau 20 tahun negara itu dengan meraih perak pada edisi Rio 2016.

Kisah Diaz pernah mencuri tumpuan apabila dia 'tersadai' di Melaka gara-gara pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia sejak awal tahun lalu.

Diaz terpaksa tinggal di negara ini sejak Februari tahun lalu kerana pandemik Covid-19, namun situasi itu tidak merencatkan perancangannya untuk persiapan memburu emas Olimpik Tokyo 2020.

Anak pemandu beca yang berkhidmat dengan Tentera Udara Filipina itu gigih berlatih di sebuah rumah di Jasin, Melaka sebagai persediaan menghadapi temasya Olimpik Tokyo.

Pada mulanya, Diaz berlatih di gimnasium berhampiran, namun selepas larangan pergerakan diketatkan, dia memindahkan peralatan latihan ke tempat letak kereta di rumah berkenaan.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... as-pertama-Filipina
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2021 08:10 AM | Show all posts

Diaz menghadiahkan emas buat Filipina.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 08:23 AM | Show all posts
tahniah pilipinas
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 08:31 AM | Show all posts
Tahniah pasukan Filipina!
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 08:46 AM | Show all posts
tt, tulis pasal pemenang emas dari Thailand plak. Katanya dia training di Melaka, terkandas masa pkp
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Training kat jasin melaka je. So maksudnya facilities takde la bermakna sangat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2021 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Congrats Diaz
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.063105 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list