CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ctcheery

"Beauty With Brain Mummy," - Anzalna Dan Suami Rai Birthday Eidrees De

  [Copy link]
Post time 3-6-2021 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
pendapat aku mungkin sedikit berbeza. aku kalau jd anak yatim tu mungkin termenung jap memikir kalaulah aku ada mak ayah yg boleh sambut birthday mcm tu...kalaulah mak ayah aku ada lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2021 08:57 PM | Show all posts
violetungu replied at 3-6-2021 04:59 PM
yup i pun terpikir benda yg sama..mesti bertambah sedih kan??

Teringat zaman skolah kekecik dulu.
Kat sekolah, selalu classmate yang mak pak yang kaya2 sikit, akan hantar kek besar2 celebrate
kat dalam kelas anak dia. Bagi goodies kat kawan2 anaknya. Sebelah hati, rasa seronok ada extra makan,
party2, tapi sebelah hati rasa sayu sikit. Seronoknya dia, mak dia belikan kek besar2.
Ni, aku yang ada mak pak lagi.

Jadi aku dok pikir yang dah takde mak pak ni. Apa yang terlintas?


*Tapi aku syukur time tu, mak pak aku celebrate anak2 cara lain. Tak mewah tapi bahagia tu rasa.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
misslinkpk85 replied at 3-6-2021 08:26 PM
pendapat aku mungkin sedikit berbeza. aku kalau jd anak yatim tu mungkin termenung jap memikir kalau ...

Kalau aku buat kek extra sambut sekali la dgn mana2 budak yg lahir bulan sama dgn anak or dr jan -june
Boh la 5-6  kek potong ramai2
Rasa jugak diraikan
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 09:04 PM | Show all posts
ctcheery replied at 3-6-2021 05:02 PM
Tak sedih sangat kot sebab birthday boy xde kat situ hehe. Tapi gembira jgk sebab ada Majlis umpam ...


Kalau tak mco, depa pi juga tu. Rasa depa ni celebrate tetiap tahun birthday si eidress ni dgn anak2 yatim ni tak salah aku. Ke selebriti lain?

Kalau nak jaga hati anak2 ni. Buat kenduri doa selamat lebih sesuai.Bukan celebration birthday specific utk satu orang, melainkan tukang sponsor majlis nak celebrate sekali birthday anak2 yatim tu.
Mungkin ok la kot kalau nak buat birthday party.

*Tau je anak2 yatim ni biasanya hati depa kental. Tapi kita la kot, tak payah la nak uji depa.


Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 09:06 PM | Show all posts
Cekgushilla replied at 3-6-2021 09:03 PM
Kalau aku buat kek extra sambut sekali la dgn mana2 budak yg lahir bulan sama dgn anak or dr jan - ...

ang betui. rasa diraikan sekali. ini yang kita mau
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 09:08 PM | Show all posts
humble brag... tapi iols nak pura2 puji dia sebabnya nak bagi dia dapat limelight mengalahkan Jah si hihahiha...

wahhh bagusnya anzalna... baik betul siap post tunjuk dia raikan ulang tahun anak dengan anak yatim dan asnaf....

semoga murah rezeki anzalna untuk dia post dan tunjuk menunjuk lagi dia buat amal kebaikan di dunia ini...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2021 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
takott tgk rambut dia. macam hantu je, tinggal nak sauk abaya putih. baik potong rambut paras bra line anzel oii. buat kepok2 sikit. cun dah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 09:16 PM | Show all posts
Over la haih topik. Kalau ber brain kenapa tak jadi housewife.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2021 09:24 PM | Show all posts
birthday anak sambut dgn anak2 yatim. masa akikah anak, ada buat majlis dgn anak yatim x?

dr dulu sampailah sekarang ramai je rakyat marhaen yang aku kenal buat mkn2 dgn anak2 yatim ni. besday sendiri, famili, akikah anak2 etc

so kira rakyat marhaen dr dulu ada brain
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2021 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Cekgushilla replied at 3-6-2021 09:03 PM
Kalau aku buat kek extra sambut sekali la dgn mana2 budak yg lahir bulan sama dgn anak or dr jan - ...

Setuju..bln yg Sama kan
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
esbok replied at 3-6-2021 02:15 PM
aku kekadang confuse sikit bab sambut birthday kat rumah anak-anak yatim ni

aku tertanya-tanya ap ...

Sebagai orang yang pernah pi volunteer kat orphanage home, benda ni mungkin akan makan hati diorang.

Time aku pi dulu, project company, ada sorang yindia ni pi announce kat rumah tu, sorang budak ni muka mcm anak dia yang dia tak jumpa 2 tahun sbb anak dia kat india. Orphan girl tu sentap teresak esak, terus lari masuk bilik tak mau keluaq.

Pada aku tak salah nak celebrate makan makan kat rumah anak yatim, tapi jgn la poyo sangat nak tunjuk anak hang special sangat. Anak hang sorang the only one, and get the other 30 kids see with envy, diorang takda priviledge org raikan specific mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 11:55 PM | Show all posts
esbok replied at 3-6-2021 07:57 AM
Teringat zaman skolah kekecik dulu.
Kat sekolah, selalu classmate yang mak pak yang kaya2 sikit,  ...

Kena buat cam my daughter playschool kat Canada ni, private playschool tapi birthday, muffin tawar aje sekolah offer.
Tak peduli dorang camana parents, tu aje masa birthday. Awal awal dukacita sebab me plan birthday anak sambut kat sekolah nak buat itu ini, rupanya tak boleh sebab sekolah tak mau bebudak makan benda apa apa manis tu semua.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2021 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
KucingBiru replied at 3-6-2021 11:50 PM
Sebagai orang yang pernah pi volunteer kat orphanage home, benda ni mungkin akan makan hati dioran ...

Aku setuju. Yelah kau ajak budak budak yang tak ada parents ni sambut birthday anak kau which diaorg pun tak dapat celebrate macam tu. Tak dengki pun cuma bagi aku lah. Boleh je hantar food ke toys ke or every month celebrate birthday anak anak yatim sana ikut bulan diorg lahir. Sbb cousin aku pernah buat birthday anak dia kat rumah anak yatim, sekali dia terdengar budak tu cakap bestnya birthday.. ada cake. Terus monthly dia bagi cake/makanan kat tempat tu, tak ramai pun situ. Ok la dalam kemampuan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2021 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 3-6-2021 09:08 PM
humble brag... tapi iols nak pura2 puji dia sebabnya nak bagi dia dapat limelight mengalahkan Jah si ...

Haha ye tak ye kan.. kena puji anzalna baru hihahiha makan hati.

Kot mana pun anzalna lebih bijok dan wangi dari hihahiha.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2021 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
singgah replied at 3-6-2021 01:48 PM
Harapnya contoh yang baik ini menjadi ikutan. Cuma, tolonglah lepas2 ni sesiapa yang ingin bagi bant ...

Aku teringat masa kat u dulu...tahun 2006 rasanya...anjurkan majlis berbuka puasa kat rumah anak yatim..time ambik gambar ramai pakat2 keluar handphone canggih buat ambik gambar..aku pulak krik2 sorokkan hp murah sebab segan ngan diorang..konon2 nak beramas mesra..aku tanya time lapang diorang buat apa..budak tu cakap main playstation..lepas tu hanya kedengaran bunyi cengkerik
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2021 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku ingat dua tiga tahun lepas kut founder itik buat birthday celebration jemput anak2 yatim pastu dia siap peluk cium mak dia depan anak2 yatim dlm majlis tu.  
Nampak sweet kan but for me,  macam no empathy.

Utk tak lari topik, stop la gunakan beauty with brain kat retis ni.
Overused sangat.
Brainy people takkan jadi retislah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2021 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
misslinkpk85 replied at 3-6-2021 08:26 PM
pendapat aku mungkin sedikit berbeza. aku kalau jd anak yatim tu mungkin termenung jap memikir kalau ...

Saya penya idea iaitu jika ada sesapa yg berkemampuan, membiayai atau mensponsori birthday anak2 yatim trs. Rangkumkn satu hari untuk majlis hari lahir anak yg sama bulan, umpamanya anak2 yg lahir dlm bulan April, raikn bersekali. Punca majlis mereka Sama2 memotong kek atau kek pulut kuning, kemudian ada goodies kecil, di hulurkn oleh the birthday Boys/girls pada teman2 di situ. Dgn itu, tiap2 bulan Kanak2 trs dpt merasakn majlis hari lahir di kalangan mereka dn merasakn makanan yg enak. That will make them happy.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2021 02:58 PM | Show all posts
faraway1 replied at 3-6-2021 11:55 PM
Kena buat cam my daughter playschool kat Canada ni, private playschool tapi birthday, muffin tawar ...

Bagus nya jaga pemakanan bebudak.

Sini ada juga tadika/taska yang buat sama rata ja semua, setiap kali birthday sesapa.
Semua orang dapat goodies kasih sayang sama rata. Gitew.
Tapi tang gula tu je la belum beratkan lagi agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2021 03:31 PM | Show all posts
KucingBiru replied at 3-6-2021 11:50 PM
Sebagai orang yang pernah pi volunteer kat orphanage home, benda ni mungkin akan makan hati dioran ...

Bebudak ni paham tau, walau muka cam polos innocent je macam tak paham menda.Lagi kalau budak, depa terasa, depa pendam dalam je.

TT izin tumpang share cerita juga:
Penah aku volunteer juga satu projek anak2 yatim/asnaf. Setiap anak2 ni dapat voucher bernilai dalam rm150-200 or lebih, aku lupa. Diaorang boleh beli baju raya. Aku dan member aku, selagi boleh kami suruh bebudak ni beli sesuatu yang boleh pakai habis voucher tu.

Kalau ada balance, rugi tak boleh claim cash. Bebudak ni ada yang takde parents, ada yang ada ayah sahaja atau mak sahaja.

Aku tersentuh dengan satu scene ni
Satu budak perempuan ni umur 7-8 tahun, dia dah pilih baju raya dia semua. Member aku cakap, jom kita pegi cari barang belajar. Dia excited bukan main, tak percaya dia boleh beli barang dia banyak-banyak. Dia excited sangat2, dia cari buku2 dia, alat tulis, pensel warna, pencil case dan banyak lagi lah. Dalam dia tengah melompat seronok sangat ke sana ke mari pilih-pilih barang dengan barang penuh dalam pelukan dia.

Tiba-tiba dia stop. Macam termenung kejap. Perlahan-lahan tangan dia susun semula apa dia ambil. Satu-satu barang dia ambik tadi, dia letak balik semuanya.

Dia cakap "Saya tak jadilah beli semua ni"
Kami dah "Eh kenapa tak jadi? Ada banyak lagi voucher awak ni. Rugi nanti"
Dia balas bersahaja "Takde apa lah. Tak apa. Saya tak nak lah semua barang ni"

Dia tak endah kan kami, dia pegi satu rak lain yang ada buku-buku catatan, fail2. Sambil terjengket-jengket. Dia ambil buku catatan, pen, bekas pensel, fail kosong. Sambil dia susun barang tadi atas lantai.

"Saya nak belikan untuk ayah saya"

Budak ni takde mak. Kami lari jap lorong rak lain. Lap air mata.

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2021 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
esbok replied at 4-6-2021 03:31 PM
Bebudak ni paham tau, walau muka cam polos innocent je macam tak paham menda.Lagi kalau budak, dep ...

Nangis aku baca ni. Mmg budak nampak je mcm belum matang tapi diorang memahami benda depa pun ada feeling.

Sama jugak org selalu persoalkan apsal anak yatim yg masuk rumah anak yatim ni, bila keluar nanti dia cari balik bapak/mak tagune yg pernah abuse diorang, sbb under pengaruh dadah etc..

Aku pnah tanya budak kat rumah ank yatim tu, dia kata "kak, perasaan nak ada mak/ayah tu, melebihi perasaan sakit kena pukul dulu".

Aku baru paham anak mak ayah ni bukan sekadar bond. Tapi feel you belong somewhere, walaupun mak ayah tak sayang. Depa still nak buat the best just utk rasa sikit kasih sayang mak ayah.

Back to majlis birthday anak Anzalna ni utk tak OT. Tak kisah nak buat, bagus alhandulillah merasa bebudak anak yatim tu makan sedap sehari, fun time. Just jangan la jadikan trend berlebihan nak tayang over over kasih sayang anak ko dapat depan these unfortunate kids.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.065863 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list