CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2899|Reply: 6

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Dunia vs. Akhirat

[Copy link]
Post time 21-5-2021 04:45 PM | Show all posts |Read mode
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Abu Bakar bin Abu Syaibah, diceritakan oleh Affan,
diceritakan oleh Hammad bin Salamah, diceritakan oleh Tsabit,
daripada Abu Uthman an-Nahdi, daripada Ibnu Abbas,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Penduduk neraka yang seksaannya paling ringan
adalah Abu Talib,

dia memakai dua sandal
yang mana otaknya mendidih
kerana panas kedua-duanya (sandal)."

(Hadith Muslim no. 312)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-5-2021 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by boca120879 at 24-5-2021 11:03 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Al Khalil bin 'Amru, diceritakan oleh Muhammad bin Salamah Al Harrani, daripada Muhammad bin Ishaq, daripada Humaid At Thawil, daripada Anas bin Malik,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Pada hari kiamat,

akan didatangkan seorang kafir
yang paling merasakan nikmat ketika di dunia,
lalu dikatakan,
"Celupkanlah dia ke dalam neraka!"
Maka dia pun ditenggelamkan ke dalam neraka.
Kemudian dikatakan kepadanya,
"Wahai fulan, apakah kamu mendapatkan sedikit kenikmatan?"
Dia menjawab,
"Tidak, saya tidak pernah merasakan kenikmatan sama sekali."

Kemudian didatangkan seorang mukmin
yang paling menderita dan paling berat cubaannya (ketika di dunia),
lalu dikatakan (kepadanya),
"Masukkanlah dia ke dalam syurga!"
Maka dia pun dimasukkan ke dalam syurga. Kemudian ditanyakan kepadanya,
"Wahai fulan, apakah kamu merasakan sedikit penderitaan atau cubaan?"
Dia menjawab,
"Tidak, tidak sedikit pun saya merasakan penderitaan atau cubaan."

(Hadith Ibnu Majah no. 4312)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2021 12:56 AM | Show all posts
MasyaAllah....
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Seronok baca.. Teruskan menulis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2022 08:56 AM | Show all posts
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ
Ketahuilah, bahawa
sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan
dan suatu yang melalaikan,
perhiasan
dan bermegah-megah antara kamu
serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta
dan anak,

كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا
seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani,
kemudian tanaman itu menjadi kering
dan kamu lihat warnanya kuning
kemudian menjadi hancur.

وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ
Dan di akhirat ada azab yang berat
dan keampunan daripada Allah
serta keredhaan-Nya.

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan
bagi orang-orang yang terpedaya.

(Surah Al-Hadid 57:20)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2023 01:08 PM | Show all posts
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Suwaid bin Nashr, diceritakan oleh Abdullah bin Al Mubarak, daripada Ma'mar & Yunus, daripada Az Zuhri, daripada 'Urwah bin Az Zubair,
daripada Al Miswar bin Makhramah, daripada Amru bin 'Auf (sekutu Bani 'Amir bin Lu`ai),

"Amru bin 'Auf turut serta dalam perang Badar
bersama Rasulullah s.a.w.

Amru bin 'Auf  memberitahu
bahawa Rasulullah s.a..w mengutuskan Abu 'Ubaidah bin Al Jarrah.
Lalu Abu 'Ubaidah bin Al Jarrah datang membawa harta
dari Bahrain.

Dan kaum Anshar mendengar kedatangan Abu 'Ubaidah.
Lalu mereka solat Subuh
bersama Rasulullah s.a.w.

Setelah solat,
Rasulullah s.a.w. bergegas pergi.
Lalu kaum Anshar menemui Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. tersenyum
ketika melihat mereka.

Setelah itu Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Aku merasa kalian mendengar bahawa
Abu 'Ubaidah datang membawa sesuatu."

Kaum Anshar berkata,
"Benar, wahai Rasulullah."

Rasulullah s.a.w.  bersabda,
"Bergembiralah
dan berharaplah apa yang menggembirakan kalian.

Demi Allah,
bukan kemiskinan yang aku takutkan pada kalian.

Tapi aku takut dunia (termasuk harta kekayaan) dibentangkan untuk kalian
seperti halnya dibentangkan pada orang sebelum kalian.

Lalu kalian berlumba-lumba mendapatkannya
sebagaimana mereka (orang sebelum kalian) berlumba-lumba mendapatkannya.

Lalu ia membinasakan kalian
seperti halnya mereka (orang sebelum kalian)."

(Hadith Tirmidzi no. 2386)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-3-2023 01:31 PM | Show all posts
Edited by boca120879 at 13-3-2023 05:35 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Sa'id bin Syurahbil, diceritakan oleh Laits, daripada Yazid, daripada Abu Al Khair, daripada 'Uqbah bin 'Amir,

"Nabi s.a.w. pada suatu hari keluar.
Lalu mendirikan solat bagi para syuhada perang Uhud,
iaitu solat jenazah.

Kemudian Nabi s.a.w. menuju ke mimbar.
Lalu bersabda,

"Aku akan mendahului kalian
dan aku bersaksi atas kalian
bahawa aku, demi Allah,
sekarang sedang melihat telagaku (di syurga)
dan sungguh aku telah diberikan kunci-kunci perbendaharaan (kekayaan) bumi.

Dan aku, demi Allah,
sepeninggalanku,
aku tidak takut kalian berbuat syirik.

Tapi yang aku takutkan adalah
kalian berlumba-lumba mendapatkan harta dunia.

(Hadith Bukhari no. 3329)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.042908 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list