CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 839|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 03/5/2021

[Copy link]
Post time 4-5-2021 08:18 AM | Show all posts |Read mode
Kes harian COVID-19 di Sabah seperti 'yo-yo': Masidi


KOTA KINABALU: Rekod turun naik kes harian COVID-19 di Sabah masih berterusan dengan 57 kes baharu dilaporkan hari ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun yang melihat rekod kes harian itu umpama pergerakan 'yo-yo' tetap berkongsi kelegaan dengan penurunan kes baharu.
Namun katanya, tiada siapa tahu apa yang akan berlaku esok dengan jumlah kes baharu di negeri ini.
Beliau menerusi ciapan di akaun Twitternya sebentar tadi menjelaskan, Tawau merekodkan kes tertinggi sebanyak 22 kes diikuti Kota Kinabalu 14 kes.
"Enam kes baharu di Kalabakan kebanyakannya berkaitan dengan kluster sedia ada dan tiada kes baharu dilaporkan di 17 daerah lain," katanya.

Selain itu, daerah Lahad Datu dan Kunak masing-masing merekodkan empat kes baharu manakala satu kes masing-masing dilaporkan di Beluran, Kota Belud, Tuaran, dan Putatan.
Daerah yang tidak merekodkan kes baharu termasuklah Telupid, Sandakan, Tongod, Kinabatangan, Semporna, Kudat, Pitas, Kota Marudu, Ranau, Papar, Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau, dan Tambunan.
Semalam Sabah merekodkan sebanyak 115 kes iaitu peningkatan sebanyak 51 kes berbanding hari sebelumnya dengan 64 kes baharu dilaporkan.

kredit : utusan borneo 03/05/2021


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.191990 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list