CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1402|Reply: 2

[Sabah] Suspek utama kes bakar rumah disahkan meninggal dunia

[Copy link]
Post time 22-4-2021 06:38 AM | Show all posts |Read mode


BELURAN: Suspek utama kes membakar rumah pekerja ladang yang menyebabkan kematian seorang lelaki terbakar, telah disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Duchess Of Kent Sandakan.

Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan Kasim Muda berkata, suspek berumur 34 tahun telah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital kira-kira jam 5.30 petang Isnin.

Sebelum itu, beliau berkata, suspek dilaporkan dalam keadaan kritikal akibat terbakar di bahagian badan dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi pada Ahad.

Beliau berkata, seorang lelaki berumur 29 tahun yang turut terbakar dalam kejadian itu juga disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 malam Ahad semasa menerima rawatan di hospital yang sama.

"Suspek dan mangsa ada kaitan keluarga dimana mangsa merupakan pakcik kepada suspek. Kedua mereka merupakan pekerja ladang di tempat kejadian," katanya.

Pada 18 September lalu, seorang lelaki maut akibat terbakar akibat tindakan suspek menyimbah minyak petrol di dalam rumah sebelum membakarnya.

Kasim berkata, kejadian di rumah pekerja ladang di Beluran itu telah menyebabkan suspek dan mangsa mengalami kecederaan melecur teruk sebelum dikejarkan ke hospital.

Beliau berkata, kebakaran itu berjaya dipadamkan oleh pekerja ladang yang tinggal berhampiran.

"Polis menerima laporan daripada penolong pengurus ladang berkenaan berhubung kejadian itu jam 1.02 petang hari sama," katanya.

Kasim memberitahu kejadian itu disaksikan oleh isteri mangsa yang terselamat.

"Sehingga kini, pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung motif kejadian. Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.


Yusop Teppo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-4-2021 06:38 AM | Show all posts
main bakar .. akhir nya sendiri terkena sekali...

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2021 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn bermain dengan api..nnti terbakar diri sndiri..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.068409 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list