CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1257|Reply: 1

[Sabah] Warga emas maut dihempap pokok

[Copy link]
Post time 22-4-2021 06:25 AM | Show all posts |Read mode



PENAMPANG: Seorang lelaki warga emas maut selepas dipercayai dihempap dahan pokok semasa menjalankan kerja-kerja pembersihan kebun miliknya di Rugading Kibambangan di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata kejadian jam 10 pagi membabitkan mangsa berumur 69 tahun yang sedang menebang dahan kayu bersama anaknya.

“Sebatang dahan kayu terjatuh secara tiba-tiba sebelum terkena kepala mangsa menyebabkan mangsa menjerit kesakitan meminta tolong.

"Anak mangsa kemudian segera menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan.

“Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang yang menerima panggilan kecemasan terus bergegas ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan kecemasan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika cuba dibawa keluar daripada kebun berkenaan.

Sementara itu Ketua Operasi Pegawai Bomba Tinggi I Jamaludin Husin berkata panggilan kecemasan diterima jam 10.46 pagi sebelum menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang digerakan ke lokasi kejadian dengan jarak 13 kilometer dari balai bomba.

"Setiba di lokasi pasukan membuat pemerhatian awal seterusnya menggunakan laluan pejalan kaki sejauh satu kilometer ke lokasi mangsa dihempap pokok.

"Pasukan EMRS melakukan rawatan awal dan mangsa di bawa ke lokasi selamat dengan menggunakan pengusung sebelum diserahkan kepada pihak perubatan untuk tindakan lanjut.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan di lokasi kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya sambil menambah operasi keseluruhan ditamatkan jam 2.35 petang.


Vivi Olviana Najurus

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-4-2021 06:28 AM | Show all posts
agak jauh juga berjalan kaki nak bawa arwah keluar ...

kesian nya ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.678903 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list