Pelakon 'gila-gila' dan 'sempoi', Sharifah Sakinah menegaskan dirinya enggan mengadakan majlis pernikahan secara maya.
Kredit foto: Kosmo!
"Tak mahulah kahwin virtual! Tak seronok, rasa tak meriah. Lepas kahwin mestilah nak pegang-pegang tangan. Kalau virtual nanti, lepas kahwin nak buat apa? Tengok TV?
"Teringin juga nak pakai baju nikah cantik-cantik. Tapi apa pun tengok dulu keadaan sebab kalau keluarga sebelah sana (Sweden) nak datang sini, mereka perlu kuarantin selama 14 hari," jelasnya kepada Kosmo!.
Berkongsi kisah kali pertama bertemu dengan jejaka di sebuah gimnasium yang berjaya menambat hatinya, Sakinah akui dia yang 'menggeletis' dan terus rasa nak berkahwin dengan Michael Hansen.
Kredit foto: IG
"Terus saya kenalkan diri sebagai artis siap tunjuk Instagram sebab takut kehilangan dia," selorohnya.
Katanya, dia tertarik dengan jejaka dari Sweden itu kerana duda dua anak berusia 42 tahun berkenaan memiliki perwatakan 'bapa-bapa'.
"Saya takut nak keluar berjanji temu berdua. Jadi saya bawa sampai 40 orang kenalan (pengurus, jurusolek dan teman terdekat termasuk rakan sekolah rendah) untuk menemani sampai Michael pening kepala sebab ramai sangat.
"Sedangkan dia datang seorang diri ketika itu. Tapi dia okey sahaja,??? ujar Sakinah sambil ketawa barangkali geli hati tatkala mengenang memori lucu tersebut.
Kredit foto: IG
Ditanya soalan mengapa ingin berkahwin lagi, jawabnya kerana ingin menambah zuriat.
???Saya nak ???baby??? baharu. Tak sabar nak beranak. Memang nak kahwin sebab mahu tambah anak. Teringin nak ada anak nombor dua. Michael pun teringin nak ada anak lagi,??? katanya jujur.
Sakinah kata, dapat tambah seorang lagi anak pun dah cukup. - CARI |