CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3058|Reply: 9

Setia Seorang Suami, Lelaki Menyelam Setiap Minggu Cari Isteri Hilang Ketika Tsu

  [Copy link]
Post time 11-3-2021 02:21 PM | Show all posts |Read mode
Setia Seorang Suami, Lelaki Menyelam Setiap Minggu Cari Isteri Hilang Ketika Tsunami 2011

10 tahun yang lalu, satu gempa bumi berukuran 9.0 skala Richter telah melanda Lautan Pasifik. Ia kemudiannya telah menyebabkan tsunami besar yang pastinya menjadi igauan buruk kepada rakyat mereka.
Dalam kejadian pada Mac 2011 itu, 18,500 nyawa dilaporkan terkorban termasuk mereka yang masih hilang sehinga ke hari ini.
Namun seorang lelaki, Yasuo Takamatsu dari bandar Onagawa di Miyagi, yang telah kehilangan isterinya, Yuko dalam kejadian tersebut enggan mengalah dan masih setia mencari isterinya itu meskipun sudah lebih 10 tahun kejadian berkenaan berlalu.
Malah demi memudahkan pencariannya  Takamatsu yang kini berusia 64 tahun itu, sanggup mengikuti kursus menyelam sehingga berjaya memperoleh lesen menyelam dua tahun selepas kejadian.

Percaya atau tidak, dalam tempoh tujuh tahun, Takamatsu telah melakukan 470 selaman yang sudah menjadi rutin mingguannya di sekitar wilayah berkenaan.
“Saya menyelam untuk isteri saya… jika saya dapat temuinya di suatu tempat. Saya selalu berfikir yang dia mungkin berada di kawasan yang berdekatan.
“Baru-baru ini terdapat laporan yang menyatakan ada mayat yang ditemui, jadi saya rasa amat penting untuk saya teruskan pencarian tanpa putus asa,” katanya.
“Dalam mesejnya yang terakhir dihantar kepada saya, dia mengatakan ‘Adakah awak okay? Saya mahu pulang’. Jadi saya pasti dia masih mahu pulang ke rumah. Saya mahu bawa dia pulang,” katanya lagi.

Yasuo bersama isterinya, Yuko dan dua anak mereka. Foto : Hiromi Tanou via BBC
Selain melakukan selaman solo lelaki ini turut menyertai pencarian bersama pihak berkuasa dimana mereka setakat ini sudah berjaya menemui 2,500 jasad di wilayah itu.

Kehilangan insan tersayang terutamanya pasangan hidup pasti memberi kesan kepada sesiapa sahaja. Lebih menyedihkan sekira
Kehilangan seseorang yang kita sayangi bukan lah satu perkara mudah. Lebih-lebih orang pemergiannya tanpa khabar berita tanpa diketahui apakah nasib.

Sumber : Buzzkini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2021 02:23 PM | Show all posts
wasap je bomoh kelapa suruh dia setelkan
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2021 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 02:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedinyaa...tetap meletakkan adanya harapan
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 02:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2021 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
sedihnyer
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Beza dgn kisah di Indo...bila dh jumpa, tp hilang ingatan...sedih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2021 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesihnya.. tak kenal putus asa. Mudah2han akan bertemu juga ‘isteri’ tercinta nanti!
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Bgusnya diea..sdgkn ade sesetengah pasamgan kubyr isteri bru merahh dh kawen lain..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.365925 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list