CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3973|Reply: 8

Bahaya Pemakaian Seluar Dalam yang Ketat

[Copy link]
Post time 11-3-2021 01:39 PM | Show all posts |Read mode
Bahaya Pemakaian Seluar Dalam yang Ketat



Kita jarang membicarakan tentang seluar dalam walaupun pada hakikatnya ia merupakan benda penting dalam kehidupan seharian kita (melainkan anda memilih untuk tidak memakainya). Seluar dalam memainkan banyak peranan seperti menjaga kesopanan, menjaga kebersihan pakaian luar dan mengurangkan geseran pada alat sulit.

Seluar dalam sebenarnya bukan sesuatu yang baru dicipta dan ia mempunyai sejarah yang panjang dan digunakan sejak ribuan tahun yang lalu lagi.

Sejarah seluar dalam
Seluar dalam yang terawal dikenal pasti adalah sejenis cawat yang dipakai oleh masyarakat Mesir kuno. Cawat yang dikenali sebagai schenti ini diperbuat daripada bahan tetunan seperti kapas dan jerami. Cawat ini biasanya dipakai oleh golongan pertengahan dan atasan termasuklah Firaun.

Pada zaman Rom purba pula, lelaki dan wanita memakai sejenis seluar dalam yang dipanggil subligaculum. Para wanita pula mengenakan sehelai kain atau kulit haiwan di dada mereka yang dikenali sebagai strophium. Seluar dalam ini biasanya dipakai oleh gladiator, pelakon dan tentera.




Seluar dalam ‘drawers’ yang popular pada kurun ke-19

Seluar dalam menjadi popular pada pertengahan abad ke-19 apabila drawers diperkenalkan di Eropah. Drawers (seluar dalam bercabang dengan kaki terpisah yang digantung dari pinggang sehingga lutut) ini lebih selesa dan mudah dipakai. Seluar dalam terus berkembang sehingga hari ini di mana terdapat pelbagai jenis yang ada dalam pasaran.


Pemilihan seluar dalam
Seluar dalam adalah pilihan peribadi. Terdapat pelbagai pilihan seluar dalam di pasaran seperti briefs (biasanya kita kenali secara tidak rasmi sebagai spenda), trunk, boxer, thong atau bikini.

Tidak kira apa pilihan anda sekali pun, anda mungkin tertanya-tanya adakah seluar dalam yang ketat itu baik untuk kesihatan walaupun ia memberikan rasa yang selesa.



Dalam artikel ini, kita akan membincangkan sama ada seluar dalam yang ketat itu memberi kesan buruk atau tidak sama ada bagi kaum lelaki atau wanita.

Cara seluar dalam yang ketat mempengaruhi tubuh anda sebenarnya bergantung kepada jantina pemakainya. Seluar dalam ketat seperti briefs, bikini atau thongs seharusnya muat dengan baik tetapi tidak seharusnya meninggalkan kesan pada kulit.

Kesan kepada lelaki
Satu kajian yang dilakukan pada 2018 mendapati bahawa lelaki yang memakai seluar dalam ketat mempunyai jumlah sperma yang lebih rendah berbanding mereka yang memakai seluar dalam yang longgar.

Pemakaian seluar dalam ketat akan meningkatkan suhu pada skrotum (kantung buah zakar), sekali gus mempengaruhi pengeluaran sperma. Keadaan ini sama seperti anda mandi air panas atau meletakkan komputer riba di pangkuan anda.



Para penyelidik mendapati bahawa lelaki yang memakai briefs mempunyai jumlah sperma 25% lebih kurang berbanding mereka yang memakai boxers. Walaupun kurang, jumlah sperma itu masih lagi berada dalam tahap sihat.

Pemakaian boxers mungkin pilihan yang lebih baik bagi mereka yang berusaha untuk mempunyai anak pada masa akan datang. Jumlah sperma yang banyak bermakna peluang persenyawaan juga lebih tinggi.

Kesan kepada wanita
Satu kajian pada 2014 mendapati bahawa pemakaian seluar dalam yang ketat boleh menyebabkan jangkitan kulat (yis) pada kemaluan. Seluar dalam ketat akan menyebabkan kelembapan dan udara boleh terperangkap antara kulit dan kain sekali gus mewujudkan persekitaran untuk kulat berkembang. Keadaan ini juga boleh menjurus kepada jangkitan saluran kencing.





Selain itu, pemakaian seluar dalam yang sangat ketat seperti spandex atau shapewear (pakaian dalam yang berfungsi seperti bengkung) berpotensi memperlahankan peredaran darah dalam badan.

Wanita yang memakai spandex atau shapewear juga mungkin jarang ke tandas kerana pakaian ketat ini sukar dibuka. Jika anda menahan kencing dengan kerap, ia boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan lain seperti masalah ginjal atau batu karang.

Petua memilih seluar dalam dan penjagaan kebersihan
Berikut adalah beberapa petua dalam memilih seluar dalam yang sesuai dan penjagaan kebersihan umum yang dapat membantu meningkatkan kesihatan alat kelamin daripada terkena jangkitan tertentu.



  • Sentiasa memilih bahan kain semula jadi seperti kapas yang mampu menyerap kelembapan dengan baik.
  • Sekiranya anda berada di antara saiz M dan L, pilihlah saiz yang lebih besar.
  • Tukar seluar dalam anda sekurang-kurangnya sekali sehari bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria.
  • Apabila bersenam, pilih seluar dalam yang mampu menyerap kelembapan bagi mengelak peluh memasuki alat kelamin anda. Ia juga mampu mengurangkan geseran dan pertumbuhan bakteria.
  • Bagi lelaki yang sedang berusaha mendapat zuriat, boxers merupakan pilihan yang lebih sesuai kerana ia membantu menjaga skrotum agar tetap sejuk.
  • Elakkan memakai seluar dalam poliester, renda (lace) atau yang terlalu ketat untuk jangka masa yang panjang.
  • Cuba untuk tidak memakai seluar dalam ketika tidur pada waktu malam. Ia dapat meningkatkan peredaran darah dan udara dengan lebih baik.
  • Basuh pakaian dalam anda dengan sabun yang tidak menimbulkan alahan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-3-2021 01:42 PM | Show all posts
mod salah bod sila transfer.. ya
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2021 03:36 PM | Show all posts
rikishi joget kat atas tu kejap sangat,
ni full move dia.

btw, gue memang pakai boxer dari dulu lagi.
lagi selesa.
tido dan kat dalam bilik pun pakai boxer jew.




Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2021 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
aku tak pernah pakai pun spender
pernah jugak try tak selesa langsung
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2021 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
curious dengan pemakaian c string??
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2021 10:19 AM | Show all posts
Jitu replied at 11-3-2021 04:37 PM
aku tak pernah pakai pun spender
pernah jugak try tak selesa langsung

ko x tersepit ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2021 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Raline replied at 21-3-2021 10:19 AM
ko x tersepit ke?

tak pun
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
iols pun kadang2 jer pakai seluar dlm. bukan org tahu pun pakai ke x pakai benda dekat dalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2021 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
apakah ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.168322 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list