CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2488|Reply: 0

BULETIN ATM: Kumpulan Pertama Malaysian Battalion 850-8

[Copy link]
Post time 6-12-2020 09:54 PM | Show all posts |Read mode


SUBANG, 1 Okt 20 - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Beret PBB, penyerahan Bendera Malaysia dan Penghantaran Kumpulan Pertama MALBATT 850-8 di Cabang Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang.

MALBATT 850-8 telah menjalani latihan penyesuaian selama 3 bulan yang merangkumi sebulan latihan perkhidmatan tunggal dan 2 bulan latihan integrasi atau Force Integration Training (FIT) di bawah kawal selia Markas Angkatan Bersama bertempat di Perkampungan MALBATT, Port Dickson, Negeri Sembilan. MALBATT 850-8 telah bersedia untuk diaturgerakkan ke Lubnan bagi menggantikan MALBATT 850-7 yang akan menamatkan misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL)  setelah berkhidmat 12 bulan.

Keseluruhan pegawai dan anggota ATM yang terdiri dari 80 pegawai dan 770 anggota lain-lain pangkat (LLP) termasuk 3 pegawai dan 27 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta seorang Pegawai Awam Kewangan dari Kementerian Pertahanan.

MALBATT 850-8 diaturgerakkan ke Lubnan secara berperingkat melibatkan 4 peringkat penghantaran. Penghantaran Kumpulan Pertama melibatkan seramai 215 orang dan akan diketuai oleh Komander MALBATT 850-8, Kol Azudin bin Hassan bersama 53 Pegawai dan 162 anggota lain-lain pangkat.

MALBATT 850-8 akan meneruskan misi UNIFIL di bawah kawalan operasi Markas Sektor Barat UNIFIL. MALBATT 850-8 akan ditempatkan di 2 penempatan tetap iaitu Kem Ma’rakah serta Kem Tibnin dan akan melaksanakan tugas-tugas operasi yang diberikan oleh UNIFIL khususnya di kawasan tanggungjawab yang ditetapkan.

Penghantaran Kumpulan Ke-2 MALBATT 850-8 akan dilaksanakan pada 15 Oktober 2020 ini, Kumpulan Ke-3 pada 29 Oktober 2020 dan penghantaran Kumpulan Ke-4 pada 15 November 2020. Manakala Kumpulan Pertama MALBATT 850-7 dijangka sampai ke Malaysia pada 2 Oktober 2020 jam 5.00 petang.

Majlis pemakaian beret PBB diadakan secara simbolik dan dipakaikan kepada Komander MALBATT 850-8, wakil ketiga-tiga perkhidmatan (TD,TLDM, TUDM), wakil ABDB, wakil anggota wanita dan anggota lain-lain pangkat (LLP) ATM.

Kerajaan Malaysia telah meluluskan penglibatan ATM dalam misi UNIFIL sejak tahun 2007 bagi membantu pasukan pengaman dari lain-lain negara anggota PBB menguatkuasakan Resolusi 1701 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Buat pertama kalinya majlis penghantaran Kontijen MALBATT 850-8 tidak dihadiri oleh ahli keluarga pegawai dan anggota bagi mematuhi SOP sepertimana yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Malaysia Airlines telah diberi tanggungjawab oleh ATM dan Kementerian Pertahanan bagi 2 tahun berturut-turut untuk menerbangkan Kontijen MALBATT 850-8 ke Lubnan dan penerbangan pulang Kontijen MALBATT 850-7 ke tanah air. Syarikat penerbangan negara ini menyediakan beberapa penerbangan khas menggunakan pesawat Airbus 330-200 dengan 3 Juruterbang dan 10 orang kru kabin untuk setiap penerbangan.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM, Panglima Angkatan Tentera, Pesuruh Jaya Tinggi Kedutaan Brunei Darussalam, Panglima-Panglima Perkhidmatan, Pegawai-pegawai Kanan ATM dan ABDB serta Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.064627 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list