CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10813|Reply: 5

tips Cara Membuat Kucing Gemuk

[Copy link]
Post time 11-9-2020 05:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 11-9-2020 08:11 PM



Sesiapa sahaja yang melihat kucing  pasti akan tertarik dek kecomelan dan telatahnya yang mudah mencuit hati manusia. Rasa nak gomol-gomol jer! Abang Jim memang tak boleh tengok kucing, jadi geram. Memang habis laa muka kucing tu kena tenyeh. Nak-nak kalau kucing tu gemuk!

Bercakap pasal kucing gemuk ni, seorang gadis bernama Aisyah Sulaiman sangat gemar membela dan merawat kucing sebagai haiwan peliharaan.


Menariknya, kesemua kucing yang dipeliharanya sangat besar dan comel sehinggakan ia digelar sebagai ‘kucing gergasi’.

Dia ada  berkongsi tips cara merawat haiwan tersebut sehingga menjadi besar dan montel kat FB dia. Sebelum tu korang kena tahu 6 perkara yang wajib diambil kira.

Baka


Baka merupakan antara faktor terpenting untuk menjadikan kucing korang montel dan besar. Awalnya, kucing peliharaan yang sedia ada di rumah gadis tu dikatakan berbaka campuran British Short Hair dan Domestic Cat yang berwarna kelabu.  Kucing peliharaan itu pula kemudiannya dikacukkan dengan haiwan belaan baharunya yang berbaka Persian dan Flat Face. Kacukan ini secara tidak langsung telah menghasilkan generasi kucing baharu yang berketurunan kelabu dan oren.

Pemakanan


Dari segi pemakanan, di peringkat kitten, kucing tu diberikan makanan Royal Canin. Lepas jadi dewasa, bekalan makanan ditukarkan kepada Taste Of The Wild Canyon & Rocky yang mana sangat baik untuk pertumbuhan dan penjagaan bulu serta badan si Meow.

Tapi makanan tu hanya dibekalkan pada waktu siang jer sebab haiwan berkenaan akan dihidangkan dengan ikan selar rebus bersama nasi putih tanpa garam di sebelah malamnya. Pesannya gadis tu lagi, penjagaan makanan bagi kucing yang berbulu lebat merupakan perkara yang tidak harus dipandang remeh. Elakkan daripada beri makanan yang bergoreng, sebaliknya rebus kosong tanpa sebarang garam.

Makanan tambahan


Terpulang kepada individu untuk menggunakan supplement penggemuk atau tidak. Sekiranya enggan, cara tradisional yang paling efektif untuk menjaga bulu si bulus juga boleh dilakukan dengan memberi makan kuning telur.

Pasir


Sekiranya menginginkan kesan yang lebih efektif, pembela kucing digalakkan untuk menggunakan pasir mahal kerana ia lebih cepat menyerap najis dan kurang bergumpal. Untuk mengekalkan keselesaan dan kesihatan si bulus, penjaga disyorkan untuk sentiasa membersihkan bekas pembuangan najis secara konsisten dengan menggunakan peluntur agar tidak mudah terkena jangkitan virus Parvo.

Vaksin


Kucing perlu diberikan suntikan vaksin. Lebih-lebih lagi untuk kucing yang berbulu lebat. Suntikan ini harus diberikan kepada si bulus agar dapat mengelakkan ia daripada terkena penyakit kurap dan gatal-gatal.

Mandul


Kucing peliharaan yang telah disunat atau dikasi merupakan faktor yang mendorong untuk mereka menjadi semakin gemuk. Ini kerana kadar metabolisme si bulus menjadi semakin berkurang selepas ia dimandulkan.

So korang, untuk memelihara si bulus sememangnya tidak mudah ok. Kos pun agak besar. Namun, kecomelan dan telatahnya yang mencuit hati pasti memberikan impak bahagia kat korang. Dah kalau sayang, tak kisah pun nak melabur sikit untuk si comel. Kan?




sumber

-----------


setuju point nombor satu,yang bagi dia selera makan dulu,kalau dah selera
kita bagi makan 'lembu ' sekor pun habis tu,cepat dia gemuk.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2020 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kot iye pun tukar lah bahasa indon tu dulu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2020 08:11 PM | Show all posts
nazzse replied at 11-9-2020 06:23 PM
Kot iye pun tukar lah bahasa indon tu dulu

haha..ingat boleh faham..tak apa..dah edit hehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kucing selepas mandul memang kuat makan kan... kalu 10 kali iolss pi dapur, 10 kali tu la die mintak makan. Xbagi makan, die buat muke kesian pulakk....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2020 09:31 PM | Show all posts
krimkraker replied at 1-11-2020 08:55 PM
Kucing selepas mandul memang kuat makan kan... kalu 10 kali iolss pi dapur, 10 kali tu la die mintak ...

tak mandul pun kuat makan juga haha.

kuat makan =dia sihat

itu saja yang kita nak dari anak bulus,dia sihat
hati kita senang, cuba bagi yang bagi kenyang sikit
kalau tuna tu,agak mahal, mungkin kalau gaul dengan
makanan keras,kenyang sikit dia.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 1-11-2020 09:31 PM
tak mandul pun kuat makan juga haha.

kuat makan =dia sihat

Hahaha....iye la...sebelum mandul pun memang da kuat makan. Lepas mandul, bertambah2 kuat makan. Die punye selera makan mengalahkan tuan nye.
Menu utama dorang wetfood gaul dengan kibbles...menu bonus dapat isi ayam rebus. Tu je la mampu tuk dorang..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.426043 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list