CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 7905|Reply: 100

[Tempatan] [UPDATE 2021: Edisi Petani Urban] PENJANA: Lebih ramai disasar ceburi pertanian bandar, Pand

   Close [Copy link]
Post time 23-6-2020 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by sharlenetexas at 23-11-2021 02:30 PM

Berita baik untuk petani urban semua

* Panduan Permohonan Projek Pertanian Bandar di bawah Pelan PENJANA: Sila tengok post #37

* Borang permohonan kategori individu - post #42

Sumber pautan: https://www.bharian.com.my/berit ... ri-pertanian-bandar

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyasarkan peruntukan RM10 juta di bawah Pakej Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) akan memanfaatkan 800 komuniti dan 12,000 penyertaan individu baharu dalam program pertanian bandar.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata kementerian akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak berkaitan untuk menggerakkan lebih ramai menyertai program itu.

Beliau berkata golongan B40 terutama di Projek Perumahan Rakyat (PPR) digalakkan menyertai program itu secara berkumpulan dengan mengusahakan tanaman jangka pendek terutama sayur-sayuran.

"Saya berharap kejayaan yang dicapai Komuniti Perumahan Awam Perlis 2, Kampung Datuk Keramat ini akan menjadi pendorong kepada komuniti lain untuk menceburi perusahaan tanaman sayuran secara kecil-kecilan... bukan sahaja untuk kegunaan sendiri tapi juga untuk dijual di pasar," katanya.

Kiandee berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau projek pertanian bandar di Perumahan Awam Seri Perlis 2 di sini, hari ini.

Beliau turut menyampaikan bantuan RM50,000 di bawah PENJANA serta sumbangan sarang kelulut daripada Jabatan Pertanian bagi komuniti itu.

Melalui PENJANA, kerajaan menawarkan pakej sumbangan barangan dalam bentuk bantuan input pertanian seperti benih, baja, infrastruktur, peralatan, khidmat nasihat dan latihan kepada individu dengan nilai RM500 (maksimum) dan RM50,000 (maksimum) bagi setiap komuniti.

Sejak 2014 sehingga kini, seramai 124,988 orang termasuk dari sekolah, institusi, individu dan komuniti di 5,065 lokasi seluruh negara telah terbabit dalam program pertanian bandar.

Seorang daripada peserta program itu, Hamidah Ibrahim, 69, yang mengusahakan tanaman bayam brazil dan pegaga, berkata pada mulanya dia mengeluarkan modal sendiri dan terpaksa berdepan dengan risiko penyakit menyebabkan ada tanaman yang tidak menjadi.

"Namun selepas mendapat bimbingan daripada Jabatan Pertanian, hasil tanaman telah menampakkan kejayaan dan telah dapat digunakan komuniti serta juga dijual di pasar sekali gus dapat menjimatkan perbelanjaan barangan dapur," katanya. – BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2020 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2020 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
KEJAYAAN PROJEK PERTANIAN BANDAR

Komuniti Perumahan Awam Seri Perlis 2, Dato’ Keramat, Kuala Lumpur adalah contoh terbaik kejayaan projek pertanian bandar apabila menerima peruntukkan sebanyak RM50,000 dari Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) serta sarang kelulut daripada Jabatan Pertanian Malaysia.

Peruntukan sebagai penyuntik semangat peserta dalam meningkatkan sumber pendapatan disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan turut sama Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah.

#myDOA #FoodSecurity #FoodSafety #OurFoodOurFuture #PENJANA #PertanianBandar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2020 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols dah ada menanam sikit2. Perancangannya nak buat pagar untuk elakkan makhluk perosak dan buat sistem tadahan air hujan untuk siram pokok.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2020 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 24-6-2020 12:41 AM

Buat masa sekarang iols tanam sayur2 yang senang membiak dan senang jaga seperti ulam raja, labu dan pucuk kacang. Cili, kacang soya hijau, honeydew, kemangi, selasih, roselle, tomato, bendi, halia, serai, kunyit, bunga2 pun ada.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2020 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Antara perancangan bila dah stabil nanti nak mengusahakan madu lebah kelulut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2020 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2020 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2020 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
16 Jun 2020 - Walkabout YB Menteri Pertanian dan Industri Makanan Ke Program Pertanian Bandar Komuniti  Perumahan Awam Seri Perlis 2 Keramat. Terima kasih Komuniti Seri Perlis 2, Keramat atas komitmen yang diberikan sepanjang program, bermula dengan persiapan sehingga majlis selesai. Tahniah juga di ucapkan atas kejayaan mengusahakan kebun pertanian bandar sehingga berjaya meraih pendapatan sampingan selain memberi ruang pekerjaan. Diharapkan insentif yang diberikan pada hari ini dapat di manfaatkan sebaiknya, dan teruskan komitmen dalam mengusahakan pertanian bandar.

#myDOA #OurFoodOurFuture #urbanfarming #pertanianbandar

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
Dr Ronald Kiandee
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2020 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Rumah kita kat bandar nie ..tnm bertnah,risau kucing jiran berak kat pasu.terpaksa pakai sabut ,tak kacau tapi jenuh nak kawal dia tak ditumbangkan pulak dek ringan...akhirnya yg kat umah pasu gantung je lah.Kita tak suka tanam pakai medium sabut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2020 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
glump replied at 24-6-2020 12:31 AM
Rumah kita kat bandar nie ..tnm bertnah,risau kucing jiran berak kat pasu.terpaksa pakai sabut ,tak  ...

Kat sini ayam ganas2. Kat bawah lembah tu pulak babi hutan migrate ke bandar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2020 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Belum lagi tanam sayur-sayuran berdaun seperti kobis, sawi, pak choi, daun sadri dan lain2 sebab iols rasa leceh skit dan memerlukan penjagaan lebih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2020 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2020 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 24-6-2020 12:44 AM





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2020 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols suka tengok landskap edible garden mbak bule. Macam garden disco

  


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2020 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts

  


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2020 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
  


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2020 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Setiap ruang tanah dimanfaatkan penuh dengan tanaman. Nak tanam markisalah juga

  


Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2020 07:24 AM | Show all posts
semoga kaka sharlene dipermudahkan usaha...

http://www.doa.gov.my/index/resources/aktiviti_sumber/aktiviti/pengumuman/ua_penjana/panduan_permohonan_projek_pertanian_bandar.pdf
nanti bila dah membuahkan hasil, jgn lupa buka benang dan tag iols.. iols suka sgt tgk garden2 ni... walopon iols tak mampu nak berkebun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2020 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Setakat ni tanaman iol yang paling berjaya ialah pisang monyet,pandan n bayam brazil...lain2 mati kering
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

23-1-2022 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.084321 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list