"Jangan isi masa bosan dengan perkara sia-sia."
Pendakwah bebas dan Pencetus Ummah (PU) Amin menerusi Instagram menasihati orang ramai supaya tidak terlalu berseronok ketika waktu bencana sebegini.
Kredit foto: IG
PU Amin menyarankan umat Islam supaya mengisi masa lapang dengan zikir, ibadah, selawat dan membaca Al-Quran.
"IshaAllah rasa nak berTikTok pun hilang. Jaga diri dari benda sia-sia," katanya.
Kredit foto: IG
Tegasnya lagi, tidak salah merekod video joget. Tetapi, jangan dipertontonkan kepada khalayak.
"Kita saling berpesan kerana waktu bencana bukan waktu berseronok," tulisnya.
Ramai pengikutnya bersetuju dengan saranan PU Amin itu. Tidak kurang juga yang menyindir seorang menteri menggalakkan penyertaan pertandingan TikTok. - CARI
|