CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Pennywise84

*V15* SHAM STRUCK LAND ~DREAM WITHOUT FEAR LOVE WITHOUT LIMITS

   Close [Copy link]
Post time 18-3-2020 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Lab6700 replied at 18-3-2020 11:30 AM
share ig name dia chuols. #donekepochi
in return nnt iols bagi maklumat rahsia hahahhahaahahhahah ...

Iolls nak maklumat tu jugak. Tp iolls tak tau nak tukar apa? Milik? Hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2020 12:17 PM | Show all posts
TeropongGirl replied at 18-3-2020 12:01 PM
Iolls nak maklumat tu jugak. Tp iolls tak tau nak tukar apa? Milik? Hahahaha

hahahah sebelum ramai yg mintak, iols takde info rahsia. saje jek pancing penny. semua yg berkaitan iols dah dh share warga yistana, kalau private iols pm chuols2 semua. sharing is caring gituh...

sis teropong, chuols lagi banyak. info sv n jumpa dedi real life. weols sekadar mengintai dari tirai kamar jek gituhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2020 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Lab6700 replied at 18-3-2020 12:17 PM
hahahah sebelum ramai yg mintak, iols takde info rahsia. saje jek pancing penny. semua yg berkaita ...

Tunggu hikhok masuk mengadap...busy yach heols detim dgn bell
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2020 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Only Bell & Akiko je yg petik vid iv daddy kt yt f8buzz w1...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2020 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Lab6700 replied at 18-3-2020 10:29 AM
Ada sesapaer lom jumpa or tgk rumah dedi tepi laut tu roger. I pm links.  Taknak tepek sini sbb pr ...

nak jugakkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2020 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Lab6700 replied at 18-3-2020 11:20 AM
hikhokz, chuols dpt kat mana ni eh?

dekat FB f8buzz still ada interview dedi AME tp week 1 tu t ...

Kat youtube channel deols, macam ada masalah copyright ke cane tah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2020 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Pennywise84 replied at 18-3-2020 11:26 AM
Hikhok adakah chuols yg rqst nk follow iols kt ig? Herlok kemain...#donespeku

Apooo iols takkan dedahkan yach ig iols wakakakakka
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2020 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Pennywise84 replied at 18-3-2020 01:32 PM
Only Bell & Akiko je yg petik vid iv daddy kt yt f8buzz w1...

Dah terbukti la bell = akiko wakakakakak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2020 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
hikhokz47 replied at 18-3-2020 02:10 PM
Kat youtube channel deols, macam ada masalah copyright ke cane tah

Ooo ni subscriber je boleh tgk. Iols tak subscribe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2020 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
hikhokz47 replied at 18-3-2020 02:12 PM
Dah terbukti la bell = akiko wakakakakak

Kantoi busuk sheols...patutlah senyap sunyi novel toksham pn takde
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2020 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Belbelly at 18-3-2020 02:57 PM

EP52: Untukmu Selamanya

Azar tergamam. Kaku dia berdiri disitu. Di amati wajah Dato Sham yang memandangnya bersahaja. “Dia dah ingat siapa aku ke..?” Getus hati Azar.

“Kenapa? Nama penuh awak kan?” Tanya Dato Sham apabila melihat Azar seperti terkejut dia menyebut nama itu.

“Emm..” Azar hanya mengangguk perlahan sambil tersenyum kelat. Dia menghembus nafas yang dari tadi ditahan.

“Mane Dato tahu nama penuh saya?” Tanya Azar meminta kepastian.

“Entah.. “ Jawab Dato Sham bingung. Dia juga keliru bagaimana dia tahu nama itu.“Saya agak je..”

“So suami awak tak kisah la awak kerja sini jaga orang tua macam saya? Yela.. kadang-kadang sampai malam.” Sambung Dato Sham lagi.

“Dia ok..” Balas Azar ringkas perlahan.

Dato Sham amati wajah Azar. Perasaannya seperti merasakan sesuatu pada wanita itu. “Takkanlah aku suka kat dia.. isteri orang ni” Bisik hati Dato Sham cuba menafikan apa yang dirasakan.Sejak dia keluar hospital, wanita ni menjaganya dengan sempurna. Wanita itu juga seperti mengetahui segala tentangnya, apa yang disukai dan tidak.

“Kenapa Dato tengok saya macam tu?” Tanya Azar apabila melihat Dato Sham merenungnya.

“Ahhh.. nothing..” Dato Sham terkejut apabila mendengar soalan Azar. Dia menghela nafas panjang malu apabila tertangkap memandang wanita itu begiu.

“Adam buat apa.?” Tanya Dato Sham cuba mengalih topik.

“Dia tidur…” Balas Azar tersenyum memandang Dato Sham. Dia tahu lelaki itu sengaja mengubah topik.

Dato Sham hanya mengangguk mendengar jawapan Azar, Dia mengalih pandangannya kembali ke bukunya cuba mengelak dari terus memandang wanita itu.

“Ok Dato saya keluar dulu. Jangan lupa makan.” Pesan Azar kemudian berlalu meninggalkan Dato Sham yang hanya mengangguk kepala.

Dato Sham duduk tegak selepas melihat Azar keluar dan menutup pintu bilik itu. Dia tersenyum sambil mengeleng kepala malu dengan dirinya sendiri. Dia bergerak perlahan menuju ke meja tulis dimana Azar meletakan makanan dan ubatan yang harus dia makan.

Dato Sham mengunyah makanan perlahan. Kepalanya ligat memikirkan sesuatu yang dia sendiri tidak pasti. Sesekali dia menarik dan menghembus nafas hampa kerana persoalan yang bermain difikiran tidak terjawap. Dia memicit-micit dahinya perlahan apabila kepalanya mula sakit. Secara tidak sengaja tangannya terlanggar gelas penuh berisi air dan mengakibatkan air tumpah membasahi meja tulis itu

“Allah…” keluh Dato Sham lantas berdiri sambil melibas-libas seluarnya yang basah dek kerana tumpahan air. Dia membuka laci meja satu persatu untuk mencari tisu, tetapi matanya terpana dengan bungkusan berwarna ungu seperti lipatan beg kertas di dalam laci itu. Dato Sham lalu mengeluarkan beg kertas itu. Perasan ingin tahunya menebal.

“Habib Jewels..?” Bisik Dato Sham apabila melihat jenama di beg kertas itu. Dia lantas mengeluarkan kotak dari dalam beg dan membukanya. Terlihat Seutas rantai emas berloket hati didalamnya. Dato Sham membelek teliti rantai itu. Jantungnya berdegup kencang apabila melihat nama Azar terukir dibelakang loket itu.

“Azar…” bisik Dato Sham.

Tiba-tiba Dato Sham terasa kepalanya sakit yang teramat, namun sedaya upaya cuba melawan kesakitan itu sambil kedua-dua tangannya memegang kepala. “Arghhhh!!” Dato Sham mengerang.

Azar yang berada ditingkat atas rumah berlari mendapatkan Dato Sham apabila mendengar suara lelaki itu.

“Abang… abang..” Panggil Azar panik apabila melihat Dato Sham terbaring menahan kesakitan disebelah meja tulisnya. Di usap kepala lelaki itu yang berpeluh.

Dato Sham memandang Azar sekilas sebelum matanya terpejam dan dunianya gelap tidak berdaya lagi melawan rasa sakit itu.

______________________________________________

“Alhamdulillah Dato ok.. mungkin dia kepenatan. Memang kadang-kadang sakit kepala tu boleh datang bila dia stress. So elakkan buat Dato berfikir tentang perkara yang berat-berat. Dia perlu banyak berehat.” Terang doktor kepada Azar. Azar menelefon doktor peribadi Dato Sham itu selepas melihat Dato Sham seperti pengsan tidak sedarkan diri

Azar hanya mengangguk faham. Dia melirik kearah Dato Sham yang terbaring lemah dikatilnya.

“Terima kasih doktor” Azar hanya memberi senyum kelat kepada doktor itu. Hatinya masih bimbang dengan keadaan Dato Sham.

“Ok.. kalau ade apa-apa just call je saya” pesan doktor itu sebelum berlalu.

Selepas menghantar doktor itu ke muka pintu bilik, Azar kembali mendekati Dato Sham. Dia membetulkan selimut lelaki itu. Wajah tenang lelaki itu dipandang sayu.

“Erghhh..” kedengaran Dato Sham mengerang perlahan seperti kesakitan dalam tidurnya. Kepalanya ke kiri dan kanan tiba-tiba terlihat gelisah. “Sayang.. sayang..” sekali lagi Dato Sham mengigau memanggil seseorang.

“Dato... Dato...” Panggil Azar cemas  cuba mengejutkan lelaki itu. Dato Sham membuka mata lalu tangannya memegang kepala yang sakit.

“Dato sekejap saya panggil balik doktor tu..” Ucap Azar apabila melihat Dato Sham yang seperti masih dalam kesakitan. Tetapi Azar tergamam apabila lelaki itu mencapai tangannya tanda meminta dia supaya jangan berbuat begitu.

“Takpe... saya ok, just pening sikit” tutur Dato Sham perlahan sambil tangannya masih mengenggam erat tangan Azar

“Tapi Dato...”

“Better awak just picitkan kepala saya” Pinta Dato Sham

Azar tidak menjawap hanya mengikut kehendak Dato Sham. Dia lantas duduk dibirai katil lalu mengurut perlahan kepala lelaki itu. Dato Sham hanya diam mendekatkan posisi baringannya ke arah wanita itu dan memejamkan matanya membiarkan tangan Azar mengurut kepala yang masih berdenyut.

“Doktor cakap apa tadi..?” Tanya Dato Sham memecah sunyi. Matanya masih terpejam.

“Emm.. doktor cakap Dato tak boleh stress-stress. Jangan paksa diri nak ingat benda yang berat-berat....” jelas Azar cuba mengulang kembali nasihat doktor tadi.

“Kalau macam tu sampai bila-bila pun saya tak ingat.” Sampuk Dato Sham perlahan

“Apa yang Dato nak ingat..?” Tanya Azar sambil tangannya masih mengurut lembut kepala lelaki itu

Dato Sham membuka mata. Di tatap wanita itu redup.

Azar terkedu Dato Sham menatapnya begitu “Aku salah cakap ke? “ bisik hatinya.

Bunyi deringan telefon bimbit mematikan lamunan Dato Sham. Dia hanya memerhatikan Azar yang bangun mendapatkan telefon itu di afas meja sudut tepi katil bilik. Dia lantas bangun dari baringan dan duduk bersandar dibirai katil menyambut telefon itu dari tangan Azar. Dato Sham melirik sekilas dan melihat nama Syafiq tertera di skrin.

Azar melihat jam di dinding sudah menunjukkan pukul 6 petang. Dia lantas berlalu untuk melihat Adam. Dato Sham yang masih bercakap dengan Syafiq ditelefon hanya memerhatikan Azar yang berjalan keluar meninggalkan biliknya.

“Haa Dato macam mana? Ok?”Tanya Mak Jah apabila melihat kelibat Azar menuruni tangga.

“Ok... just pening-pening..” Jawap Azar ringkas. “Sayang mommy.. sian dia haus ye..” kata Azar apabila melihat anaknya. Dia menyambut Adam dari Mak Jah.

“Saya rasa harini saya stay sinilah Mak Jah. Risau kalau ada apa-apa dengan Dato nanti.”

“Eloklah... tengok-tengokkan suami kamu tu..” Balas Mak Jah tersenyum.

——————————————————

Selepas Adam tidur, Azar naik semula ke atas untuk melihat keadaan Dato Sham. Lelaki itu senyap sahaja sewaktu makan malam tadi. “Mungkin masih sakit kepala” fikir Azar.

Azar mengetuk pintu bilik Dato Sham perlahan. Dia lantas membuka pintu bilik itu apabila tiada sahutan dan melihat Dato Sham berdiri di balkoni bilik tu.

“Dato tak tidur lagi? Tanya Azar

“Belum.. belum ngantuk lagi” balas Dato Sham sambil berjalan masuk dan duduk dibirai katil.

“Dato dah makan ubat?”

“Dah..” Balas Dato Sham pendek tersenyum memandang Azar

Azar tersenyum melihat senyuman manis lelaki itu. Senyuman yang dirindukan. Dia menarik nafas lega melihat Dato Sham yang terlihat sihat. “Oklah..” Balas Azar ingin berlalu.

“Adam dah tidur?” Tanya Dato Sham tiba-tiba apabila melihat Azar ingin melangkah keluar.

“Dia awal-awal dah tidur.” Jawap Azar ringkas.
“Dato pun please tidur, jangan fikir berat-berat nanti sakit kepala lagi” Pesan Azar tersenyum mengingatkan lelaki itu sebelum berlalu.

Namun langkahnya terhenti apabila Dato Sham memeluknya dari belakang. Jantungnya berdegup kencang cuba menghadam situasi itu.

“Dato...?” Panggil Azar bingung. Mash kaku berdiri dipeluk lelaki itu

“Abang... panggil abang..” tutur Dato Sham lembut ditelinga Azar rangkulannya dieratkan

Azar menoleh memandang Dato Sham terkejut dan bingung. Air matanya berlinang. Di amati wajah lelaki tu meminta kepastian. Dato Sham tersenyum menyakinkan wanita itu.

Melihat senyuman lelaki itu, airmata Azar tidak dapat ditahan dari terus mengalir. Dia menangis lantas memeluk lelaki itu erat. Hatinya tidak henti mengucap syukur.

Dato sham memeluk isterinya erat. Sesekali dia mengucup kepala Azar cuba menenangkan wanita itu yang menangis teresak-esak dalam dakapannya. Tanpa sedar airmata lelakinya mengalir. Menangis gembira kerana ingatannya sudah kembali mengingati Azar dan momen-momen bersama isterinya itu. Bahagia kerana isteri yang dicintainya itu berada dekat dengannya saat dan tika ini.

Sambung......
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2020 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Pennywise84 replied at 18-3-2020 06:29 AM
Adik daddy si hery yg comel2 tu tahun 85...heols & kwn iols satu sekolah...bff gituuu #doneinfo

Hery tu bongsu..?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2020 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Pennywise84 replied at 18-3-2020 01:32 PM
Only Bell & Akiko je yg petik vid iv daddy kt yt f8buzz w1...

Halahh bese la chuolss karatsss mmg slalu great minds think alike... macam x biasheee..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2020 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
hikhokz47 replied at 18-3-2020 02:12 PM
Dah terbukti la bell = akiko wakakakakak

Apooo bukti.. iolls nope no no no..iols bukan akiko yach..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2020 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Belbelly replied at 18-3-2020 02:26 PM
EP52: Untukmu Selamanya

Azar tergamam. Kaku dia berdiri disitu. Di amati wajah Dato Sham yang mem ...

Berdebar iols baca sekerat tadi ingatkan nak selisih bahu kat katil hospital wakakakkakakak yeay toksham dah sihat adam dapat adik la lepas wkakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2020 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Lab6700 replied at 18-3-2020 02:21 PM
Ooo ni subscriber je boleh tgk. Iols tak subscribe

iols pon tak subsribe chuols, tapi iols tekan kat community deols keluar benda ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2020 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Pennywise84 replied at 18-3-2020 02:22 PM
Kantoi busuk sheols...patutlah senyap sunyi novel toksham pn takde

Buat kali yg sejuta plus plus

Novel dh hupdate tu chuollsss..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2020 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Pennywise84 replied at 18-3-2020 02:22 PM
Kantoi busuk sheols...patutlah senyap sunyi novel toksham pn takde

Dan2 sheols terus tepek novel wakakakakkak
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2020 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Vassss replied at 18-3-2020 09:44 AM
Novel dh ade sambungan lom?
Bru nk beklog

Dah ade tu chuolss.. sory lambertttt
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2020 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Lab6700 replied at 18-3-2020 10:26 AM
Sedihnyaaaa ada tak irg dload vid tu reupload plssss. Ala apsal f8 ni. Kena saman ke. Bankrupt ke. ...

Sedihkan chuollssss.. sygnya video2 daddy tuuuu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.069900 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list