CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7190|Reply: 28

Tanda Badan Anda Beracun

  [Copy link]
Post time 9-1-2020 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Penggunaan racun dalam kehidupan sehari-hari memang tidak bisa dihindari, zat-zat beracun ini dapat ditemukan di berbagai tempat, dari makanan, produk perawatan, hingga kawasan persekitaran. Meskipun tidak selalu berbahaya, tapi ketika racun berkumpul di dalam tubuh, tanpa sedar mungkin hal itu dapat memengaruhi tubuh.

Seperti yang dikatakan oleh Nasimeh Yazdani, M.D., Seaside Medical Technologies kepada Bustle, racun adalah zat berbahaya yang dapat mengganggu DNA dan merusak fungsi sistem badan manusia. Misalnya, formaldehida yang merupakan zat yang biasa digunakan dalam produk kosmetik, diketahui dapat menyebabkan cacat lahir pada bayi.

Penting bagi kita semua untuk mengetahui tanda-tanda ketika terdapat racun di dalam tubuh agar kita lebih waspada dan berhati-hati dengan apa yang kita makan atau sentuh. Mengutip dari beberapa sumber, berikut indikasi nyata bahwa tubuh sudah terlalu banyak toksin.

#1 Sembelit
Sistem usus setiap hari bantu tubuh untuk membasmi kandungan toksin.
Apabila seseorang diserang sembelit (kesukaran membuang air besar), ini bermakna tubuh kita secara senyap sedang mengumpul toksin sehingga menyebabkan tubuh memberi reaksi negatif llau mengundang sembelit.

Perut juga akan terasa pedih malah akan mempengaruhi penyakit lain timbul seperti sakit kepala, sakit dan lenguh-lenguh badan serta kepenatan yang melampau.

Antara punca utama menyebabkan toksin terkumpul adalah rutin pengambilan makanan proses yang sebenarnya dipenuhi kimia, bahan perosakk serta pengawet.

#2 Keletihan Melampau
Dah tidur awal secukupnya pun masih berasa letih keesokan paginya? Ini mungkin merupakan tanda bahawa tubuh anda sukar membebaskan toksin. Setiap hari toksin terkumpul tanpa dikeluarkan membuatkan tubuh anda semakin letih dan kesilapan yang anda lakukan adalah mengambil lebih banyak makanan manis dan minuman kopi untuk terus mengekalkan tenaga. Walhal… makanan sebegitulah yang akan merosakkan hormon dan sistem imunasasi lalu menyebabkan tubuh dilimpahi toksin berbahaya.

#3 Sakit Kepala
Apabila seseorang mengalami tekanan, tubuhnya akan melepaskan sejenis hormon ke dalam saluran darah untuk menstabilkan kembali fungsi normal tubuh (supaya berasa lebih relaks). Tetapi, andainya individu berkenaan terus-menerus berasa tertekan untuk jangka masa yang panjang, hormon itu akan terkumpul lalu menjadi toksin sehingga menyebabkan sakit kepala serta migrain.

Saat berasa tertekan, lekas cari ruangan yang gelap untuk lelap dan berehat menenangkan diri.

#4 Lidah Berwarna Kuning/Putih
Lidah berwarna kuning lazimnya berpunca daripada keadaan organ hati yang terjejas. Sebaik kulit dan bebola mata juga sudah berubah menjadi kuning, sila lekas berjumpa doktor kerana hati dan hempedu anda mungkin sudah berada dalam keadaan kritikal.

Manakala, lidah berwarna putih yang dikaitkan dengan simptom toksin bisa menandakan jangkitan atau kondisi prabarah.

5# Masalah Kulit
Masalah kulit beruam dan berjerawat adalah angkara yang sering dikaitkan dengan toksin dalam badan.

Untuk pengetahuan umum, jerawat biasanya timbul disebabkan kandungan toksin yang terdapat dalam makanan serta rangkaian penjagaan kulit. Adakalanya, keadaan mata sembab berkantung dan ekzema atau psoriasis juga merupakan simptom tubuh anda mengandungi toksin berlebihan.

#6 Perut Berlemak (Buncit)
Badan kurus tapi perut buncit? Sebuah kajian terbaharu dari Sweden mendapati toksin jenis PCB (polychlorinated biphenyl) mempunyai hubung kait dengan lemak perut. Toksin ini akan menggalak tubuh untuk menyimpan lemak berlebihan pada kawasan sekitar perut.

Cara terbaik untuk membebaskan toksin jika anda mengalami perut buncit sebegini adalah bersenam secara kerap, mengambil makanan sihat, makan dalam kuantiti kecil dan tidur secukupnya.

#7 Sering Berasa Panas
Seseorang lebih kerap akan berasa panas kerana kandungan toksin dalam tubuh yang semakin meningkat. Cara terbaik untuk menyelesaikan permasalahan ini adalah dengan berpuasa. Ini akan mengurangkan had diri anda untuk makan makanan yang berasaskan lemak tepu serta bergula. Tapi hati-hati kerana kadang-kala apabila berpuasa tubuh akan terdedah kepada masalah dehidrasi.
*****

Minumlah banyak air kerana itu akan bantu mengeluarkan toksin dari tubuh dan boleh makan banyak yogurt serta tempe untuk melancarkan sistem penghadaman.

Dalam masa yang sama, jangan lupa untuk memberus sekali lidah semasa memberus gigi kerana pada bahagian lidahlah banyak sisa makanan yang tertinggal seterusnya menjadi toksin kerana tidak dibersihkan secara rapi.

Menghirup udara dalam-dalam sebelum melepaskan juga dapat membebaskan toksin menerusi paru-paru.

Semoga bermanfaat.

Sumber:wanista.com

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2020 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
T.kasihhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2020 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak info, tq


Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2020 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhhh..sy sering berasa panas..nak2 kalau tmpt tertutup..hihihi..

Masalah sy ni,at least kena rasa angin..kalau xde rasa angin,mcm2 boleh jd..hahaha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2020 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Sering rasa panas tu..mmg iye
Nk nak skang ni...huhuuu
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2020 12:43 AM | Show all posts
tq share info..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2020 12:56 AM | Show all posts
Nice info...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2020 02:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Keletihan melampau dan pening kepala
Mungkin ka bdn beracun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2020 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
ok..lepas ni makan tempe byk2.
tp tempe dari soya kan...
maknanya tauhu pun leh lah gak kan..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2020 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
I jenis suka sendawa kuat gileeee.. Dlu sendawa biasa je tp lately ni makin teruk plk.. X kn abb angin eh? I ada google ckp sendawa pon blh jd tanda penyakit .. Risau plk

Esk nak g amik result health screening.. Tlg doakan semua nye baik ye.. Nak amik result pon seriau ni..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2020 10:04 AM | Show all posts
Nak sihat, jaga makan, jangan malas, badan mesti bergerak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2020 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok...info yg bagus...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2020 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadang2 sembelit dengan sakit kepala. Ntah2 toksin dah berkumpul dalam badan aku ni. Makan pun tak berapa nak jaga sangat dah mana dan ja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2020 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
ikanmasin replied at 10-1-2020 12:43 AM
tq share info..

Welkam ikan masin..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2020 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kakalongmu at 12-1-2020 12:59 PM
kotakbaju replied at 10-1-2020 03:10 PM
Kadang2 sembelit dengan sakit kepala. Ntah2 toksin dah berkumpul dalam badan aku ni. Makan pun tak b ...


Kakalong pun hadap masalah sama. Selalu dok jumpa dokter sbb migraine dan sembelit. One day jumpa satu MA yg prihatin.selain bagi ubatan heols bagi tips utk kurangkan serangan migraine dgn menolak semua produk makanan berasakan Koko Dan kafien. Well, kakalong hantu cekelat dan nescafe nih..mula2 mcm naik hantu gak la asyik minum nestum dan teh...lelama ok pla nak nak migraine kakalong datang jarang2 dah...sebulan skali payah nak jumpa. Alhamdulillah...
Untuk sembelit best uols makan pisang pada kakalong it's d best solution...kalu dah 2@3 hari tak mai makan 3@4 bijik pisang esuk dah lari ke jamban

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2020 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
mishungu replied at 10-1-2020 10:04 AM
I jenis suka sendawa kuat gileeee.. Dlu sendawa biasa je tp lately ni makin teruk plk.. X kn abb ang ...

Macamana uols punya result test.kakalong harap2 all is well...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2020 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kakalongmu replied at 12-1-2020 01:01 PM
Macamana uols punya result test.kakalong harap2 all is well...

Alhamdulilllah ok cuma kolesterol je.. Hehe iols mmg ada prob kolestrol.. a bit high dr sepatut nye.. Tq kaklong sbb bertanye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2020 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
mishungu replied at 12-1-2020 01:08 PM
Alhamdulilllah ok cuma kolesterol je.. Hehe iols mmg ada prob kolestrol.. a bit high dr sepatut ny ...

Sama2... kakalong baru2 ni check jugak, detect kolesterol kat jantung...lain2 semua ok. Saranan dokter kurangkan makanan bergoreng dan berminyak serta senaman. Kakalong baru jer start around
8-9 days...berat turun sikit la asyik makan bakar2 jer. Harap2 next appointment will show some progress. Doa2 Kan kakalong ya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2020 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kakalongmu replied at 12-1-2020 01:16 PM
Sama2... kakalong baru2 ni check jugak, detect kolesterol kat jantung...lain2 semua ok. Saranan do ...

Ye mari la sama2 amal kn gaya hidup sihat sempena 2020 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2020 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kakalongmu replied at 12-1-2020 12:57 PM
Kakalong pun hadap masalah sama. Selalu dok jumpa dokter sbb migraine dan sembelit. One day jump ...

Cadangan yang bagus. Nanti saya cuba.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.091243 second(s), 59 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list