View: 2112|Reply: 8
|
Artis BBNU ditahan polis.
[Copy link]
|
|
Penyanyi lelaki yg juga Komposer Lagu berbakat ditahan polis selepas bertindak mencekik seorang pekerja sebuah stesen minyak di Ampang, semalam
Dalam kejadian yg dilaporkan, penyanyi yg dianggarkan berusia 21 tahun itu ditahan anggota polis selepas dimaklumkan oleh pengurus stesen terbabit.
Kejadian itu berlaku ketika artis terbabit muncul di premis tersebut untuk mengisi petrol kenderaan nya, bagaimanapun timbul salah faham ketika mahu membayar air yg mahu dibeli nya dengan menggunakan kad kredit. Namun, kaedah pembayaran tersebut tidak diterima oleh kakitangan stesen terbabit, lalu artis tersebut tidak berpuas hati dan menyerang kakitangan serta mencekik leher mangsa tersebut.
Melihat keadaan tersebut, pengurus stesen bertindak menghubungi polis dan anggota MPV muncul untuk menenangkan keadaan tersebut. Bagaimanapun tindakan itu tidak mendapat kerjasama dari artis tersebut dan enggan menunjukkan Mykad bg tujuan siasatan. Malah, artis tersebut mencabar anggota polis bertugas dan membuatkan polis terpaksa menahan artis tersebut dan dibawa ke IPD Ampang untuk siasatan lanjut.
Artis tersebut difahamkan sudah dibawa ke Mahkamah untuk perintah tahanan reman bagi tujuan siasatan mengikut Seksyen 232 Kanun Keseksaan (mendatangkan kecederaan) dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam melakukan tugas
|
|
|
|
|
|
|
|
kiah_mai_pulak replied at 29-8-2019 01:57 PM
Tred dh ada noksss
Sape pulokk ni chuols
Makan dadah ke sampai beli ayaq seringgit dua pun nak bayar guna kad kredit |
|
|
|
|
|
|
|
nak link chuolls, xjumpa plk dekat thread terbaru, maka nyaa ingt xdk lagi dlm forum
|
|
|
|
|
|
|
|
siapakah |
|
|
|
|
|
|
|
thread dah ade chuol. nah link |
|
|
|
|
|
|
| |
|