CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4346|Reply: 25

Mohon pencerahan :((

[Copy link]
Post time 13-8-2019 04:45 PM | Show all posts |Read mode
Hi, selamat petang

Liya hanya nak berkongsi cerita dan memohon pencerahan, pendapat, pandangan serta nasihat dari rakan forumer yang lain. Maaf jika thread ni membosankan tapi Liya buntu untuk mengorak langkah seterusnya. Liya berumur 30 tahun dan berniat untuk mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati Liya yang sudah dikenali sejak zaman belajar (hampir 10 tahun). Kami menjalani kehidupan sama seperti pasangan bercinta lain. Ada pasang surut dalam hubungan. Tetapi kami tidak pernah mempunyai masalah berkenaan orang ketiga dan seangkatan dengannya. Keluarga kami alhamdulillah menerima pilihan kami dengan hati terbuka walaupun belum bertemu secara rasmi (seperti merisik or bertunang). Kami saling mengenali hati budi masing2. Selama 10 tahun, jatuh bangun kami lalui bersama. Si dia seorang yang baik walaupun ada sedikit baran (tapi bagi Liya normal kot lelaki ada baran). Liya terima dia seadanya kerana sifat baran itu tidak sampai ke tahap naik tangan hanya cakap kasar sahaja. Kami saling menghubungi setiap hari berkongsi hari2 kami bersama. Dia juga seorang yang selalu menjalankan aktiviti riadah bersama rakan2 yang saya kenal dan sedia maklum. Tetapi nasib tidak menyebelahi dia memandangkan dia sering bertukar pekerjaan dan sukar mendapat pekerjaan tetap. Ada kalanya dia menganggur buat seketika. Tapi Liya tidak menjadikan itu punca untuk Liya meninggalkan dia walaupun Liya bekerja. Ada juga cakap2 belakang meminta Liya meninggalkan si dia tapi Liya abaikan cakap2 orang. Lama kelamaan dia mendapat pekerjaan tetap atas cadangan Liya. Setelah 2-3 bulan dia berkerja, dia membuat keputusan untuk meninggalkan Liya kerana dia dah ada pilihan hati yang lain. Liya rasa diri Liya teraniaya kerana bertahan dan setia selama kami berhubungan. Selepas hari tersebut, dia langsung tidak menghubungi Liya dan tak reply tiap message Liya. Liya mengambil keputusan untuk berjumpa kawan baiknya. Kawan baiknya juga tidak sangka akan perbuatan si dia membuat saya macam tu. Kawan baik tu kenal saya dan dia juga tidak bersetuju dengan perbuatan si dia pada saya. Liya ada meminta bantuan ibu kepada kawan Liya untuk 'scan' si dia. Resultnya, ada benda tak kena pada si dia. Logik ke si dia terus jatuh sayang pada seseorang yang baru dikenalinya sekelip mata? Si dia sempat menyatakan rasa sayang tu sudah melebihi dari apa yang dia rasa sebelum ini. Ada sorang ustaz juga mengatakan benda yang sama si dia 'terkena'. Liya buntu. Mohon forumer bantu Liya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2019 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak letak kat bod masalah peribadi or yg berkaitan perhubungan? Masalah kena buatan org tu mungkin juga. Tapi lelaki ni kdg mmg perasaan boleh berubah mcm tu je. Dah 10 tahun dan you all pun dah masuk 30s tapi die tak de ke arah nk kahwin maybe sbb die pun tak rase nk kawin dgn u Sorry ye i ckp direct. Kalau u rase betul kena buatan org, usaha lah bawak berubat. I doakan moga dipermudahkan urusan you ye.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Hurm. Kuatkan semangat dan move on jela tt. Kalau lepas g berubat dia elok dah jadi laki esok2 ada je segala mala saka yg buat dia berubah. Tapi siapa la iols nak mempengaruhi tt bilamana cinta tu sememangnya buta
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Meaning perempuan baru tu ke yg kenakan bf tt? Try la ajak g berubat gitu
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Misteri betul citer TT
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2019 08:40 PM | Show all posts
ni masalah hati ni sis bukan masalah buatan org.. sekadar pandangan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2019 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan pandang mudah kesan buatan orang. My friend dah terkena, dia sanggup outus tunang sebab seorang lelaki yang selama ini dia benci sangat2. Lelaki tu selalu kacau dan ganggu dia. Bila dia putus tunang, orang ingat dia dah berubah hati, hanya abang sulung dia je yang perasan. Abang dia bawa pergi berubat diam2, bila dia tahu, dia lari dari rumah. Akhirnya terpaksa juga kahwinkan dia dengan lelaki yang dia tak suka tu. Kesian tunang dia. Sekarang dia dah sedar, dan asyik marahkan family sebab tak bawa dia berubat. Laki dia panas baran dan selalu perah duit gaji dia. Kesian dia.
Kalau TT sayangkan si dia, bawak bincang ngan keluarga dia dan carilah jalan penyelesaian, jangan menyesal di kemudian hari.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2019 08:13 AM | Show all posts
Minami2013 replied at 13-8-2019 06:18 PM
Kenapa tak letak kat bod masalah peribadi or yg berkaitan perhubungan? Masalah kena buatan org tu mu ...

Liya konfius sekarang. kalau tnya liya apa jadi dalam tempoh hubungan, sejujurnya liya cakap banyak masa dia tak bekerja dari bekerja. nasib tak menyebelahi dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-8-2019 08:14 AM | Show all posts
missinpiece replied at 13-8-2019 06:25 PM
Hurm. Kuatkan semangat dan move on jela tt. Kalau lepas g berubat dia elok dah jadi laki esok2 ada j ...

saya dah cuba.. tapi makin lama makin ingat.. susah nak lupakan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2019 08:25 AM | Show all posts
lilbub replied at 13-8-2019 07:11 PM
Meaning perempuan baru tu ke yg kenakan bf tt? Try la ajak g berubat gitu

nampaknya macam tu la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2019 08:27 AM | Show all posts
Zeatyisaac replied at 13-8-2019 09:28 PM
Jangan pandang mudah kesan buatan orang. My friend dah terkena, dia sanggup outus tunang sebab seora ...

sayaa memang nak pulihkan dia. tapi saya tak tahu caranya. boleh ke buat tanpa pengetahuan dia?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2019 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
ruffboyz replied at 13-8-2019 08:40 PM
ni masalah hati ni sis bukan masalah buatan org.. sekadar pandangan

saya pun susah nk cakap.. tapi logik ke dia berubah hati sekelip mata mcm tu? rasa sayang tu melebihi dari saya? hanya nampak keburukan saya.. sedangkan saya terima dia seadanya sebelum nie..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 09:59 AM | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan TT.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
erk i ingat citer hantu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2019 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
awanysss replied at 14-8-2019 09:59 AM
semoga dipermudahkan urusan TT.

insyaallah.. terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2019 02:53 PM | Show all posts
liyamai replied at 14-8-2019 09:28 AM
saya pun susah nk cakap.. tapi logik ke dia berubah hati sekelip mata mcm tu? rasa sayang tu meleb ...

tu yg sy ckp psl hati.. hati dia dah berubah kat org lain, lelaki mmg mcm tu sng berubah hati sbb mungkin dah jumpa jenis perempuan yg mmg type dia suka.. sbelum ni mungkin dia tak jumpa type mcm tu.. ntah la kena tny dia jugak secara jujur knp buat mcm tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2019 03:54 PM | Show all posts
dah move on ke belum?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2019 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
I feel u liya.. Saya pun pernah alami situasi macam ni..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2019 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin dia dah bosan dengan tt, bertahan sebab tt setia. Lagipun takde keje tetap sebelum ni, jadi dia pergunakan tt. Dah dapat keje stabil,income masyuk carik girl yg dia idam2kan. Banyak je laki macam ni. Tt pun baru 30thn belum tua lagi, cari lah laki lain. Tt tak payah buang masa berubat, patut family dia lah yg usaha berubatkan dia. Anggap je lah tiada jodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2019 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
amyza replied at 17-8-2019 11:44 AM
Mungkin dia dah bosan dengan tt, bertahan sebab tt setia. Lagipun takde keje tetap sebelum ni, jadi  ...

salam.. saya sokong.. anggap tiada jodoh dan redha dgn ketentuan illahi.. mungkin ada yg lagi terbaik buat tt..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.048548 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list