CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kentang.Goreng

[Jenayah] [Update #1: Laki bini SUDAH kena TANGKAP depan kedai DURIAN Cap Kaki] BERANG ana

  [Copy link]
Post time 1-1-2019 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodo. Anak kecik keding makan ko pi siram air panas. Ko balik tengah malam buta makan la siap2 sebelum balik tu. Bini pon bodo. Asingkan siap2 or wa je laki tu cakap awal2 nasi abis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2019 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
PICes_Boy replied at 31-12-2018 04:30 PM
Aku cukup pantang dgn mak bapak camni..kat rumah aku ada jgk 2ekor mcm ni..anak pompuan balik sekola ...

Sialnya.. Bagilah kunci spare ke ape pandai2 la budak tu masuk rumah dari dok kat luar or merayap tak tentu hala.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2019 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
pumpkingirl replied at 31-12-2018 10:59 AM
Caption n profile FB bukan main islamik lagi...tapi perangai astaghfirullahalazim..
Ni org panggil  ...

Sbb tu aku geli org yg tulis konon konon islamic....berdoa pun kat fb, kat socmed....
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2019 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 1-1-2019 04:20 PM
CupuCupu replied at 31-12-2018 11:47 AM
Aku ada sorang kawan mcm ni..sebijik cam babi ni..bhutang dgn aku 700.pya la merayu mintak ngam2 7 ...


Aku pun ada kenal sorang rupa sebijik mcm ni.....perangai memang siyalll....

Kata ada 7org dlm dunia ni mula yg sama...aku rasa byk je muka mcm ni...lebih lebih lg kat belah tjg karang & kola selangor....byk betul rupa mcm ni...peramgai tak sama kot....

@Malaysia.Doom
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2019 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
minguk replied at 31-12-2018 01:27 PM
dah anak tu duduk dengan siapa kalau kedua duanya melarikan diri?

Dengan nenek minguk.....
Mak isteri dia.....

Minguk tak baca habis ke minguk.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2019 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 31-12-2018 02:52 PM
Nampak sgt miskin si eddy ni
Pasal 10 ringgit, sanggup sakitkan ank sdr
Maknya pun bodoh

Budak tu habiskn makanan sbb dorang lapar.....

Budak tu curi duit rm10 sbb dia tak de duit nk beli jajan.....

Apa lg yg blh nk ckp.....memang dia tak lauak jd bapak.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-1-2019 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 1-1-2019 03:32 PM
Budak tu habiskn makanan sbb dorang lapar.....

Budak tu curi duit rm10 sbb dia tak de duit nk b ...

Mmg fail jd bapa
Elok la nnt masuk dlm lelama skit
Semoga xakan beranak lg
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2019 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 tgh membesar umur2 gitu mmgla byk makan. Da tu anak2 tu keding2 je. Mak bapak elok plk berisi, bawak2 kurangkan makan. Dah tau makan tak cukup usah beranak byk2. Menyusahkan anak2. Susah btl kalau otak kat tutttt ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2019 04:47 PM | Show all posts
elok keduanya dikembiri ...jgn ada zuriat dah lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2019 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 1-1-2019 03:27 PM
Aku pun ada kenal sorang rupa sebijik mcm ni.....perangai memang siyalll....

Kata ada 7org dl ...

Sis...Meols di daerah Sabak Bernam, bukan daerah Kuala Selangor mahupun Ulu Bernam di Hulu Selangor.

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2019 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 1-1-2019 09:48 PM
Sis...Meols di daerah Sabak Bernam, bukan daerah Kuala Selangor mahupun Ulu Bernam di Hulu Selango ...

Ala....sabak dgn tjg karang tu bkn jauh mana.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2019 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 1-1-2019 11:57 PM
Ala....sabak dgn tjg karang tu bkn jauh mana.....

Jauh la jugak ye sister....puncak Alam tu lagi dekat dengan Tg Karang malahan 1 daerah dengan Tg Karang iaitu Daerah Kuala Selangor

Sister fail geografi ke?

Jangan sister taram seluruh negeri Perak tu Sabak Bernam udah le
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2019 04:51 PM | Show all posts
Edited by Kentang.Goreng at 2-1-2019 04:54 PM

Suspek simbah air panas terhadap anak diminta serah diri
02 Januari 2019 2:31 PM

KECEDERAAN yang dialami kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun akibat disimbah air panas oleh bapa mangsa dalam satu kejadian di Flat Kampung Melayu, Air Itam, Pulau Pinang. - UTUSAN ONLINE/ MEDIA SOSIAL

PULAU PINANG 2 Jan. - Bapa kepada kanak-kanak yang melecur akibat disimbah air panas di Flat Kampung Melayu, Air Itam di sini diminta menyerah diri bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, polis sudah mengenal pasti lokasi lelaki berusia 41 tahun itu yang dikatakan melarikan diri selepas kejadian tersebut.

Menurutnya, lelaki itu dikesan berada di luar Pulau Pinang berdasarkan beberapa petunjuk bersama isteri dan anak bongsunya.

“Kita minta bapa kepada mangsa supaya menyerah diri untuk kita dapatkan keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian malam Khamis lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun melecur di beberapa bahagian badan dipercayai disimbah air panas oleh bapa kandungnya.

Mangsa dikatakan diperlakukan sedemikian selepas bapanya berang kerana makanan yang disediakan isterinya habis dimakan empat anaknya termasuk mangsa selepas pulang dari bekerja.

Akibatnya, mangsa yang merupakan anak kedua melecur di lengan, rusuk serta dada kanan.


Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. - UTUSAN ONLINE


Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2019 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kentang.Goreng replied at 2-1-2019 04:51 PM
Suspek simbah air panas terhadap anak diminta serah diri
02 Januari 2019 2:31 PM


Tengok warna dinding dengan lantai dia pon dah stress.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2019 11:14 AM | Show all posts
jazaa100 replied at 1-1-2019 03:29 PM
Dengan nenek minguk.....
Mak isteri dia.....

baca sekali imbas je...
lepastu yang viralkan ni anak dia dengan bini 1st kan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2019 01:09 PM | Show all posts
ummah pprt ke ni? sampai makanan habis pun nak dera anak? bini apa guna? masaklah baru. goreng telur ke masak maggi ke. ke miskin sangat sampai itu jer makanan? kalau parents normal, anak2 makan biarlah dia makan.  Kita  yang tua ni boleh jer puasa tak makan, anak2 didahulukan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2019 01:37 PM | Show all posts
mak ayah hanat sgt dua2 ni    

buat anak pandai pstu konon2 tak mampu nk jaga

sggup tgk laki dia dera anak... pstu ikut sekali lari

malangnye anak2 dia dpt mak ayah mcm dua ekor ni  
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2019 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
bapak dia ni aku mintak dah ditangkap besok di pelupuh banduan2 Kat dalam.  dapat air panas ko siramkan ramai2.  dasar manusia berhati kan binatang  .  Kucing pun tahu sayangkan anak.

Babi  .
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2019 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
minguk replied at 3-1-2019 11:14 AM
baca sekali imbas je...
lepastu yang viralkan ni anak dia dengan bini 1st kan?

Yup....

Ank 1st wife dah puas kena dera dulu...skrg dera ank dgn 2nd wife....yg mak tu pun...sanggup ikut laki lari tgalkn anak anak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2019 10:04 PM | Show all posts
Edited by Kentang.Goreng at 6-1-2019 10:14 PM

Lelaki simbah anak air panas ditahan
SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI | 06 Jan 2019


GEORGETOWN - Lelaki yang menyimbah anak perempuannya dengan menggunakan air panas di Flat Kampung Melayu, Air Itam ditahan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan bersama isterinya di hadapan sebuah kedai menjual durian di Paya Terubong.

Menurutnya, dia ditahan bersama isteri yang berusia 34 tahun pada jam 10 pagi tadi oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

"Bertindak maklumat yang diperolehi, sepasang suami isteri itu ditahan di hadapan kedai durian Cap Kaki di Paya Terubong.

"Polis sedang mendapatkan perintah reman bagi membolehkan soal siasat dijalankan. Kedua-dua suami isteri itu tiada rekod jenayah manakala ujian saringan air kencing juga negatif," katanya ketika dihubungi tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 13(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Dalam kejadian pada malam 27 Disember lalu, seorang kanak-kanak perempuan melecur di beberapa bahagian badannya dipercayai disimbah air panas oleh bapa kandungnya.

Mangsa berusia lapan tahun itu dikatakan disimbah air panas di badan selepas bapanya berang kerana makanan yang disediakan isterinya habis dimakan empat anaknya termasuk mangsa.

Akibat daripada itu, mangsa melecur di lengan, rusuk serta dada kanan namun tidak memerlukan pembedahan plastik.

Ia berikutan peratusan melecur pada badan mangsa hanya tiga peratus dan dikategorikan sebagai 'mid-dermal burn'.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, suspek yang bekerja sebagai ejen jualan kad prabayar di sebuah pasaraya di Bayan Baru baru pulang daripada bekerja dan dalam keadaan lapar.

Bagaimanapun, suspek mendapati makanan yang disediakan isterinya telah dihabiskan lalu bertindak mengejutkan keempat-empat anaknya yang sedang tidur dan memukul mereka.

Selepas memarahi dan memukul mereka, suspek menyimbah semangkuk air panas dari mesin penapis air minuman ke arah mangsa.

Susulan daripada itu, suspek bersama isteri dan anak bongsunya telah melarikan diri kerana bimbang ditahan polis.

Mangsa merupakan anak kedua daripada empat adik beradik lelaki itu dikatakan sering diabaikan oleh kedua ibu bapa mereka.

Anak sulung kepada sepasang suami isteri itu berusia sembilan, ketiga enam dan yang bongsu berusia tiga tahun.

Menurut jiran, kesemua mereka diabaikan ibu bapa dan sering dilihat berkeliaran di kawasan kediaman tanpa pengawasan orang dewasa.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.092310 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list