CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1110|Reply: 13

[Tempatan] khas untukmu, bomba

[Copy link]
Post time 23-12-2018 12:14 AM | Show all posts |Read mode


bomba, hari2 gadai nyawa tolong orang. hormati la bomba. jgn ada lagi yang pukul bomba. you hit them, we wallop you.




Gondola rosak, dua pencuci bangunan diselamatkan

KUALA LUMPUR 22 Dis.- Dua pekerja pencuci bangunan berdepan detik cemas apabila gondola yang digunakan untuk mencuci sebuah hotel di Persiaran KLCC di sini rosak sehingga seorang daripada mereka tergantung di tingkat 33, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.55 pagi itu, kedua-dua warga Nepal berusia lingkungan 30-an berkenaan dikatakan sedang mencuci bangunan hotel tersebut di tingkat satu dan tingkat 33 namun gondola tersebut tiba-tiba berhenti.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak dikejarkan ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan pada pukul 10.57 pagi.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2018 12:16 AM | Show all posts


Petani maut kereta terhumban ke anak sungai
PITAS: Seorang lelaki maut apabila Perodua Viva dipandunya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terhumban ke dalam anak sungai di Jalan Kampung Rosob di Kampung Dandun di sini, malam tadi.
Dalam nahas kira-kira jam 11.10 malam itu, Jalmen Atang, 34, yang bekerja sebagai petani meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada anggota badan.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2018 12:17 AM | Show all posts


'Jangan potong kaki saya!'
“ABANG bomba jangan potong kaki saya!
Itu jerit seorang kanak-kanak lelaki lapan tahun yang cemas melihat anggota bomba mengeluarkan peralatan khas untuk memecahkan simen longkang bagi membebaskan kakinya yang terperangkap, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa, Muhammad Fairuz Ibrahim terpaksa menahan sakit kira-kira sejam selepas sebahagian kaki kirinya tersepit dalam lubang aliran air pada longkang kecil berhampiran kediaman jirannya di Lot 22 Kampung Pasir, Ulu Yam Baru di Hulu Selangor.
Bomba yang menerima laporan kejadian pada jam 5.49 petang, menghantar dua jentera termasuk Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bersama tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu ke lokasi.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2018 12:31 AM | Show all posts
Dua hari 'tidur' dalam lumpur
SEORANG orang kurang upaya (OKU) hanya terbaring di dalam lumpur selama dua hari sebelum ditemui di Ladang Kelapa Sawit Ulu Remis, Kluang selepas motosikal ditunggangnya terbabas dalam lopak akibat jalan licin, Ahad lalu.
Mangsa, Tan Kek Wah, 79, ditemui pekerja warga Bangladesh dalam keadaan lemah selepas terbaring di dalam lopak berkenaan lebih 48 jam lalu kerana tidak mampu berdiri dan menyelamatkan diri.
Adiknya, Tan Chen Yau, 48, berkata Kek Wah menggunakan kaki palsu sebelah kanan dan tidak dapat bangun selepas terjatuh di dalam lopak itu kerana tiada kekuatan untuk berdiri selain tidak dapat mengangkat motosikalnya.






Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2018 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok Laba....paham..dah paham ..kenapa ko berkabung sekerat hari atas kematian aruah Adib.

Kongsi kong sama sentimen macam kao gak.  Thumbs up.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2018 12:39 AM | Show all posts
PristineOne replied at 23-12-2018 12:35 AM
Ok Laba....paham..dah paham ..kenapa ko berkabung sekerat hari atas kematian aruah Adib.

Kongsi  ...

layannnnnnnn, kasi maximum itu speaker






Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-12-2018 12:44 AM | Show all posts


Walau hanya seekor kucing. Ia mempunyai nyawa yang tidak mampu beli dengan wang ringgit.. Usaha demi usaha.. Akhirnya alhamdulillah kamu selamat jgk..
Kucing tersebut diselamatkan oleh pasukan bomba pelabuhan Klang..









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2018 12:56 AM | Show all posts
Nukilan dari Salah seorang Anggota Bomba

Yang pasti tidak kira siapa ....tidak kira agama , bangsa dan warna kulit aku pasti KAMI (BOMBA MALAYSIA) akan cuba sedaya upaya bantu .....
kerja mulia pada semua agama...

kemalangan jalan raya ...
macam biasa aku dah tau dah kalau kemalangan jalan raya telefon bomba confirm sure of course ....TERUK
kalau tak mati ....ada lah parah tersepit sana sini ....
jadi bergegaslah kami ke tempat kes. sampai sampai ada uncle india tersepit dalam 60 lebih umurnya...tapi nasib uncle ni kuat ....
aku cuba tenangkan uncle ni ..pasang cervical collar ...borak borak .....

uncle
"tq tq tolong "
aku
"eh takpe ...uncle releks la ..uncle take a deep breath ...."

jauh di sudut hati aku bersyukur sebab uncle ni sempat say terima kasih walaupun keadaan dia macam tu....alangkah baiknya jika rakyat malaysia kita bersatu padu tanpa mengira kaum...lepak semeja..sembang sembang ...bertukar pendapat ......
yang pasti tidak kira siapa ....tidak kira agama , bangsa dan warna kulit aku pasti kami (bomba msia) akan cuba sedaya upaya bantu .....

*admin~ Dalam gambar tu bukan uncle deyyy..harap maklum



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2018 01:04 AM | Show all posts
Wira atas gunung


RANAU: Bukan sahaja berhadapan kes kecemasan, malah perlu mengerah segala tenaga jika mangsa diselamatkan mempunyai berat lebih 100 kilogram (kg) untuk dibawa turun dari puncak Gunung Kinabalu yang berketinggian 4,095.2 meter dari aras laut.

Itu antara cabaran dilalui Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Mencari dan Menyelamat di Gunung (MOSAR) yang bertugas
di Gunung Kinabalu, bukan sahaja perlu memiliki kekuatan fizikal dan stamina tinggi, malah ketahanan mental serta emosi sepanjang masa.

Kegigihan anggota PBB MOSAR yang diwujudkan pada 22 Jun 2015, iaitu tidak lama selepas tragedi gempa bumi mengorbankan 19 nyawa di Gunung Kinabalu disaksikan sendiri wartawan Harian Metro bersama jurugambar Ryan Stanley yang mengikuti Pelaksanaan Audit Gerak Kerja PBB MOSAR di gunung berkenaan, baru-baru ini.

Pendakian turut disertai Pengarah Bomba Sabah Kamarulzaman Malik Abdullah, Ketua Zon Kudat Sahidih Mahali serta Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau Jimmy Lagung dan enam anggota PBB MOSAR bagi memantau keadaan keselamatan pendaki.

Pemerhatian mendapati keadaan pendaki baik cuma ada beberapa individu berasa mual dan muntah, namun beransur pulih dengan pertolongan cemas anggota PBB MOSAR.

Anggota PBB MOSAR Harris Gimbad, 34, berkata menjadi anggota pasukan itu sangat mencabar selain memerlukan kesabaran bagi memberi khidmat kepada pendaki yang datang dari setiap pelosok dunia dengan gelagat dan perilaku yang kadangkala boleh mencabar kesabaran.








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2018 01:15 AM | Show all posts
Cik Orly Lieza Omar
Ank saya umur 8 tahun mmg minat ngan Bomba, pantang nmpk balai sibuk nk pergi masuk hahaha tp maknyer yg segan nk singgah .. ada skali Bomba dtg sekolah, dia punya happy 2 3 Hari duk cite tu jer.. selalu ckp bila besar nk jadi Bomba boleh tolong org.. insya Allah semoga ank saya ( Ahmad Lela Afzan ) berjaya mencapai cita2 dia...

Allah yuftah alaikum.. semoga Allah mempermudahkan segala urusan abam2 dan kakak2 Bomba dlm menjalankan tugas seharian .. jasa korang Allah je yg mampu balas..

\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\

Muhammad Hasrul Bahamat
Ehhh ape yg segan nye.. Dtg je balai mne2 isyallah akn dilayan sebaik mgkin.. Kami lg suka klu ad yg dtg melawat balai sbb sekurang2 nye ad la penyeri ckit klu x asik muke yg sme je hadap.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2018 01:23 AM | Show all posts


Bila wife bomba sendiri tengok suami bersiap untuk keluar panggilan kecemasan..tengah suap nasi depan isteri pun terpaksa tinggal je..(ketika majlis hari keluarga)
“Keresahan seorang isteri terhadap suami yang belum pasti akan pulang”






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2018 01:26 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2018 01:29 AM | Show all posts
Mem Jannah
Teringat bulan puasa tahun lepas .. konon nak berbuka dengan suami kat balai 😅 lepas je azan .. baru suami nak suap ke mulut .. bunyik siren , ado kebakaran 😂 xpe kita tunggu sampai dia balik lpas tu sambung makan balik .. kenangan 😁 semoga Allah s.w.t sentiasa melindungi suami dan semua rakan seperjuangan nya ..

\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\

Anis Anisah
Btl tu sis.. Saya pun pernah alami.. Berkejar2 plak nak kejar kes.. Kdg2 ada kes yg sampai 24 jam xde khabar berita mcm operasi menyelamat naik gunung.. Hati kita sebagai isteri bila xdpt khabar berita x dpt la nak digambarkan mcm mana.. Semoga Allah sentiasa melindungi mereka.. Aminn

////////////////////////////////////////////////////////

Mem Jannah
Kan Anis Anisah .. lewat je balik mula fikir jadi apa2 ke kt suami .. sebab kami berkongsi dengan masyarakat jadi kami kena redho
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2018 11:16 PM | Show all posts


"Encik, kami minta maaf pasal bomba Adib, kami minta maaf!"
Rayu seorang makcik India sambil menangis teresak-esak.
Beliau begitu tersentuh melihat kesungguhan dan keikhlasan pasukan bomba yang bekerja keras memadam kebakaran yang hampir meranapkan rumahnya.
Lebih meruntun hati beliau apabila menyaksikan sendiri anggota bomba sanggup membahayakan nyawa masuk ke dalam rumah yang sedang marak dimamah api semata-mata untuk menyelamatkan saudara perempuannya, seorang warga emas kurang upaya.
Semakin lama, tangisan beliau makin kuat dan mengharukan. Jiran-jiran yang berkerumun di situ turut merasa tempias emosi kesedihannya.
Riak wajahnya jelas menggambarkan kekesalan di atas apa yang telah berlaku.
"Takpe akak, jangan sedih. Akak tak bersalah dalam hal ni!" Pujuk anggota bomba menenangkan keadaan.
Nyatalah keikhlasan dan ketulusan budi bisa mematahkan dan menghancur luluhkan sebuah keegoan dan kebencian.
Kasih sayang mula berputik dan mahabbah pun berbunga.
Teruskan berbakti sahabatku, biar jasa jadi kenangan.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.067764 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list