CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1796|Reply: 3

Wanita memang hebat - Mekanik wanita pertama Pakistan

[Copy link]
Post time 14-11-2018 11:19 AM | Show all posts |Read mode
Edited by auntyaya at 14-11-2018 11:20 AM

When you are living in a men's cruel world !!




Mencabut tayar, memeriksa enjin dan mengendalikan peralatan bukanlah satu perkara biasa dilakukan wanita di Pakistan.
Namun, Uzma Nawaz, 24, berjaya meruntuhkan stereotaip di negara konservatif itu apabila terjun ke bidang didominasi lelaki iaitu sebagai mekanik wanita pertama.
Ia ternyata bukan laluan yang mudah baginya terutama apabila negara berkenaan berpegang dengan norma hidup wanita seharusnya berkahwin muda dan menjaga keluarga bukannya berkerjaya.
Keputusan Uzma itu sememangnya mengejutkan masyarakat sekitar namun ada juga yang memandang tinggi pilihannya.
Pelbagai halangan dilalui untuk mendapatkan segulung ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal terutama dari segi kewangan sebelum ditawarkan bekerja di garaj membaiki kereta di timur bandar Multan.
“Saya melihatnya sebagai satu cabaran terhadap segala kemungkinan dan sumber kewangan yang terhad daripada keluarga.
“Mereka terkejut apabila melihat saya melakukan pekerjaan seperti ini.
“Tidak ada kesukaran yang dapat menggagalkan keinginan dan motivasi dalam diri saya,” katanya kepada AFP.
Berasal dari bandar miskin dan kecil di timur Pakistan, Dunyapur, Nawaz bergantung kepada bantuan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dan terpaksa mengikat perut demi mencapai impiannya itu.
Pengorbanannya itu dianggap berbaloi apabila berjaya mendapat pekerjaan tetap di syarikat pengedar kenderaan jenama Toyota sebaik menamatkan pengajian.
Selepas setahun bekerja, dia dinaikkan pangkat ke bahagian pembaikan am dan melakukan kerja seperti mencabut tayar, memeriksa enjin serta mengendalikan pelbagai peralatan.

RUTIN harian Uzma di tempat kerja.

Gelagatnya itu menyebabkan kebanyakan pelanggan yang datang terkejut apabila menganggap kerja berat itu hanya mampu dilakukan lelaki.
“Saya terkejut melihat seorang wanita muda mengangkat tayar berat dan memasukkannya kembali selepas dibaiki,” kata seorang pelanggan, Arshad Ahmad.
Menurut portal Propakistani, kebolehan dan kemahiran dimiliki Uzma tidak dapat dinafikan lagi, malah wanita muda itu amat berkeupayaan melaksanakan tugasnya dengan baik.
Rakan sekerja turut berbangga dengan pencapaiannya selain melihat dia berupaya melakukan lebih daripada apa yang dikatakan.
“Apa saja tugas diberi, dia melakukannya seperti lelaki selain amat rajin serta dedikasi,” kata rakan sekerja, M Attaullah.
Ketika mula memilih jalan itu, keluarga Uzma juga tidak bersetuju namun akhirnya mereka menghormati keputusan berkenaan.
“Dalam masyarakat kami, wanita tidak perlu bekerja di bengkel kereta. Ia nampak tidak elok namun itu minatnya,” kata bapanya, Muhammad Nawaz.
Dia yang bekerja sebagai penternak lembu di kampung bagaimanapun tetap berbangga dengan pencapaian anaknya itu.
“Dia kini boleh mengendalikan mesin dan bekerja dengan baik. Saya sangat gembira melihatnya,” katanya.

  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2018 11:49 AM | Show all posts
bagus la.. nampak tangan pon dah berurat..  moga ramai lagi pompuan pakistan kluar berkerja.. takde la terperap je kat umah.. hujung2 kluar berita ditetak keluarga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2018 11:51 AM | Show all posts
whadda replied at 14-11-2018 11:49 AM
bagus la.. nampak tangan pon dah berurat..  moga ramai lagi pompuan pakistan kluar berkerja.. takde  ...

i takut Taliban tembak dia jer
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2018 12:10 PM | Show all posts
auntyaya replied at 14-11-2018 11:51 AM
i takut Taliban tembak dia jer

tu la yang susah nak ubah mentaliti puak2 mereka ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.056890 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list