CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 971|Reply: 8

[Tempatan] BALA menunggu

[Copy link]
Post time 23-10-2018 11:51 PM | Show all posts |Read mode


dah bagi warning awal awal, masih degil kali, hadap la bala tu.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-10-2018 11:53 PM | Show all posts


nak tunggu berapa orang mati baru nak sedar???


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2018 11:53 PM | Show all posts
Edited by tokmuda at 23-10-2018 11:55 PM


tanah paroi tu

Pakar Tanah Runtuh Pengurusan Bencana dan Hakisan Tanah dari Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Habibah Lateh.






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2018 11:54 PM | Show all posts
tak sesuai bikin projek.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2018 11:55 PM | Show all posts
Jika diteruskan, boleh cetus malapetaka besar - Pakar

GEORGE TOWN: : Projek pembinaan Lebuhraya Berkembar di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong dekat sini dikenal pasti sebagai berisiko berikutan jenis tanah di kawasan itu yang peroi dan tidak sesuai untuk sebarang pembinaan.
Pakar Tanah Runtuh Pengurusan Bencana dan Hakisan Tanah dari Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Habibah Lateh berkata jika projek itu diteruskan, ia sangat bahaya berikutan kemungkinan akan berlaku runtuhan yang menyebabkan malapetaka besar.
"Hari ini, saya datang ke tapak tanah runtuh untuk melihat sendiri keadaan di situ dan saya sangat terperanjat kerana bentuk muka bumi dan topografi di situ tidak sesuai untuk pembinaan sebarang projek.
"Malah, bukan sahaja tanah yang ditambak di situ jenis peroi sebaliknya batuan induk di kawasan bukit itu merupakan jenis granite dan apabila diluluhawakan ia akan bertukar menjadi peroi juga," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di tempat kejadian di sini, hari ini.
Beliau berkata tanah peroi itu tidak sesuai bagi sebarang pembangunan projek kerana ia tidak kukuh, longgar serta tidak mempunyai ketahanan.
Habibah berkata batuan granite yang telah terluluhawa pula sememangnya cenderung untuk berlakunya tanah runtuh disebabkan ia tidak kohesif (tanah tidak melekat antara satu dengan yang lain) yang seterusnya boleh membawa kepada ketidakstabilan cerun.
Beliau berkata sepatutnya kajian terperinci perlu dijalankan dari segi topografi sebelum pembinaan projek itu dan jika ia dibina juga, perlu mengikut garisan kontur dari segi ketahanan tanah sama ada sesuai atau sebaliknya dan keupayaan cerun yang dipotong kerana ia akan menjadi lebih curam.
"Apabila saya pergi dekat situ dan buat pemantauan tanah asal dan tanah yang ditambak itu memang langsung tidak sesuai...saya bercakap sebagai ahli akademik," katanya.
Beliau berkata jika projek itu mahu diteruskan, pihak terlibat perlu membuat kajian terperinci, penelitian dan perbincangan semula mengenai beberapa faktor terutama membabitkan jenis tanah yang peroi.
Habibah turut mencadangkan agar Kerajaan Negeri mendapatkan pandangan daripada pakar atau ahli akademik jika mahu membuat sebarang pembangunan terutama membabitkan projek di lereng bukit pada masa hadapan.
"Dari segi perancangan dan struktur yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang memang cantik seperti yang termaktub dalam syarat iaitu tidak boleh bina di kawasan melebihi ketinggian 76 meter, tak boleh dibina di kawasan cerun yang melebihi 26 meter... namun pelaksanaannya siapa yang pantau... bila tidak pantau macam inilah jadinya.
"Kalau tanah runtuh itu berlaku disebabkan faktor semula jadi kita mungkin boleh terima tapi jika membabitkan faktor kemanusiaan ia perlu diambil kira dan tidak diulangi pada masa hadapan. Kita tidak belajar dari kesilapan lalu (tanah runtuh di Tanjung Bungah tahun lepas) patut kita kena kaji apa yang telah berlaku sebelum meneruskan projek ini," katanya.
Beliau berkata kedudukan kontena yang didiami pekerja asing di situ juga terletak di kawasan cerun yang didapati terdapat banyak aliran air mengalir dengan tanah yang peroi serta agak longgar yang sudah tentu boleh jatuh dengan mudah.
Kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus pada pukul 1.56 tengah hari Jumaat lepas itu menimbus 13 kontena dan rumah kongsi petempatan pekerja projek.
Sehingga ini, sembilan mayat telah ditemui, empat cedera dan seorang masih hilang dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan tanah itu.
-- BERNAMA


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2018 11:58 PM | Show all posts
belum siap, pekerja asing ramai yang maut tertimbus tanah. dah siap kang, rakyat local pulak jadi mangsa.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2018 12:13 AM | Show all posts
mata menteri sepet...tak nampak nak baca eia tapi mungkin percaya dengan bangsa sama sepet teruih luluihkan projek...wakakakakakkakakaka

mana sotong ju fazli tu.....sebagai ahli roket boleh la sembang sikit bela apa yang patut...wakakakakakakkakakaka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2018 12:24 AM | Show all posts
JohnnySins replied at 24-10-2018 12:13 AM
mata menteri sepet...tak nampak nak baca eia tapi mungkin percaya dengan bangsa sama sepet teruih lu ...

ni benda serius ni. kang dah siap bypass tu, hujan renyai, runtuh. kereta bas truck lori grab teksi almarhum semua masuk gaung. sapa nak jawab?





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2018 02:57 AM | Show all posts
Kenapa laba? Anak kalimuthu bergaduh dengan anak balasundram ka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.075221 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list