CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46383|Reply: 83

Sistem Kasta (merged: Sinbad^boy)

[Copy link]
Post time 19-6-2004 01:16 PM | Show all posts |Read mode
buleh sapa kasik tau, sistem kasta dalam masarakat india tu sistem agama mereka or sistem adat mereka? sesuatu or katakan polisi yang dicipta derived dari kefahaman hinduism or dari mana? memang sukar nak bezakan agama dan adat pada apa pun kefahaman kepercayaan kan?

buleh cite skit apa itu CASTE SYSTEM..dan masihkan ianya berlaku lagi?

tq

[ Last edited by fleurzsa on 28-11-2004 at 09:58 AM ]
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Adm_Cheng_Ho This user has been deleted
Post time 19-6-2004 08:30 PM | Show all posts
Sistem kasta (Caste System) dibawa oleh kaum Aryan (bangsa Hitler) yg datang dari selatan Rusia dan Baltic ke utara barat India (hari ini pakistan). Mereka memperkenalkan  sistem varna (estates or classes) yg dipercayai menyumbangkan sistem kasta hari ini.

Sesetengah golongan sejarah berpendapat ia berkembang dari struktur 2-tier yg ringkas terdiri daripada golongan nobles di atas dan selainnya dibawah.

Golongan sejarah yg lain mengatakan diasaskan dan diamalkan oleh priests yg membahagikan masyarakat kepada 3:
-> The priests (or Brahmins)
-> The warriors (the Kshatriyas)
-> orang biasa

Sistem ini kekal bagi golongan tersebut seumur hidup & untuk generasi mereka. Oleh itu, golongan orang biasa selalunya ditindas. Penindasan bertambah buruk apabila golongan ini dipinggirkan dan tidak dibenarkan menggunakan kemudahan yg dibuat untuk golongan tertentu macam keadaan Apartheid. Pada tahun 2001, satu upacara conversion terbesar diadakan bagi penganut agama Hindu bertukar kepada agama Buddha untuk melepaskan dari dari kasta tersebut.
Reply

Use magic Report

cekpoin This user has been deleted
Post time 20-6-2004 10:05 AM | Show all posts
So ....is it true that only brahmin can be the priest?...
Reply

Use magic Report

WICKED This user has been deleted
Post time 21-6-2004 09:57 AM | Show all posts
Saya rasa sistem kasta ini tidak lagi bersesuaian dengan arus kemodenan (ini cuma pendapat saya saja)  dimana setiap mereka yang lahir dari golongan atasan perlu dihormati manakala golongan bawahan pula hanya layak menjadi hamba sebagai contoh sekiranya seorang yang lahir dari kelas bawahan misalannya dari kelas "Mallah"  tetapi mempunyai pelajaran yang tinggi adalah dia tidak layak menjadi seorang ketua syarikat dimana pekerja bawahannya pula dari kelas atasan iaitu seorang "thakur"?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2004 11:06 AM | Show all posts
by ajinomotonosuga

buleh sapa kasik tau, sistem kasta dalam masarakat india tu sistem agama mereka or sistem adat mereka? sesuatu or katakan polisi yang dicipta derived dari kefahaman hinduism or dari mana? memang sukar nak bezakan agama dan adat pada apa pun kefahaman kepercayaan kan?

buleh cite skit apa itu CASTE SYSTEM..dan masihkan ianya berlaku lagi?

Manusia digolongkan dlm 4 kategori yg berasingan berdasarkan sifat semulajadi mereka.

1. Brahmin - golongan manusia yg berpelajaran dan mereka yg sanggup mengorbankan APA sahaja demi mencari ilmu dan spiritualism.

2. Kyastria - mereka yg menjadi pemerintah dan golongan yg akan mengawal sesuatu negara dan kerajaan.

3. Golongan petani - mereka yg menjadi tulang belakang negara dgn menyediakan makanan dan bahan asas utk golongan2 lain.

4. Golongan Saudagar - mereka yg mencari kekayaan serta kemewahan serta memastikan yg keadaan ekonomi negara dlm keadaan yg stabil.

keempat2 golongan di atas menpunyai tujuan mereka dan dgn menjalankan tugas mereka dgn sempurna, negara dan kerajaan akan berada dlm keadaan yg stabil.

Golongan ke lima adalah mereka yg tidak menberikan sebarang sumbangan kpd negara dan hidup macam Parasite. ;) Golongan ini biasanya digelar Candala.

Selain dr kelima2 golongan di atas, TIADA SEBARANG GOLONGAN LAIN DI HINDUSM.

by WICKED

Saya rasa sistem kasta ini tidak lagi bersesuaian dengan arus kemodenan (ini cuma pendapat saya saja)  dimana setiap mereka yang lahir dari golongan atasan perlu dihormati manakala golongan bawahan pula hanya layak menjadi hamba sebagai contoh sekiranya seorang yang lahir dari kelas bawahan misalannya dari kelas "Mallah"  tetapi mempunyai pelajaran yang tinggi adalah dia tidak layak menjadi seorang ketua syarikat dimana pekerja bawahannya pula dari kelas atasan iaitu seorang "thakur"?

Adakah anda seorang Muslims? Sekiranya anda seorang Muslim, tahu tak yg dlm masyarakat anda sendiri ada system spt Kasta juga? ;)

Siapakah yg dipertangguhjawabkan utk mengkaji agama dan menyampaikannya kpd Rakyat? Golongan Ulama (Islam) dan Paderi (Christianity).

Siapakah yg bertanggungjawabkan utk menpertahankan Islam dan Christianity? Golongan (biasanya lelaki) yg sanggup berjihad dgn peperangan.

Siapakah yg bertanggungjawabkan utk menberikan mereka yg berperang itu dgn sumber2 yg mereka perlukan? Mereka yg tak sanggup berperang tetapi masih ingin menbantu dgn menyediakan makanan, minuman dan sumber2 lain yg mereka perlukan.
Reply

Use magic Report

WICKED This user has been deleted
Post time 21-6-2004 12:21 PM | Show all posts
Adakah anda seorang Muslims? Sekiranya anda seorang Muslim, tahu tak yg dlm masyarakat anda sendiri ada system spt Kasta juga?

Siapakah yg dipertangguhjawabkan utk mengkaji agama dan menyampaikannya kpd Rakyat? Golongan Ulama (Islam) dan Paderi (Christianity).

Siapakah yg bertanggungjawabkan utk menpertahankan Islam dan Christianity? Golongan (biasanya lelaki) yg sanggup berjihad dgn peperangan.

Siapakah yg bertanggungjawabkan utk menberikan mereka yg berperang itu dgn sumber2 yg mereka perlukan? Mereka yg tak sanggup berperang tetapi masih ingin menbantu dgn menyediakan makanan, minuman dan sumber2 lain yg mereka perlukan.

Iye ke dalam islam ada sistem kasta? adakah anda pasti? setahu aku sistem kasta tak ada pun, mungkin awak menganggap ada sedikit persamaan terutama dari segi spiritual. Kalau mengikut dari segi spiritual itu memang benar dan kedua2 agama kita juga menekankan spiritual yang amat tinggi kepada umat penganut agama masing2 misalannya dari segi Jihad kepada umat islam dimana mereka sanggup berkorban nyawa demi agama dan saya juga berasa kagum kepada penganut hindu yang kuat spiritual nya bila mereka sanggup menahan kesakitan dengan mencucuk apa saja di seluruh anggota badan demi untuk menghapuskan dosa.

Pendapat saya yang mula2 tadi berdasarkan prinsip sosiologi dan ekonomi. Disebalik kebaikan sistem kasta yang awak terangkan ada terdapat juga kelemahan pada sistem tersebut lebih2 lagi kepada faktor ekonomi negara dan termasuk faktor ekonomi setiap individu. Standard living yang tidak teratur sebab ada nya jurang diantara golongan tersebut dimana terdapat orang kaya yang terlampau kaya manakala orang miskin yang terlampau miskin hingga boleh dikatakan amat daif , ini kita dapat lihat di negara India dan indonesia. kita jarang melihat golongan pertengahan diantara golongan atasan dan golongan bawahan tersebut. Adakah jurang tersebut perlu dibiarkan sahaja dengan menganggap bahawa golongan bawahan memang layak dengan kehidupan daif dan tiada peluang untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa dan tidak berhak bergaul dgn golongan atasan manakala golongan atasan  memang berhak menjadi kaya dan golongan bawahan tidak boleh merampas kekayaan tersebut walaupun atas usaha mereka sendiri?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2004 01:10 PM | Show all posts

SEMUA masyarakat di dunia ini adalah penyusunan manusia dlm masyarakat mereka di mana mereka disusun mengikut kebolehan serta keinginan masing2. Hanya di Hindusm, ianya digelar Kasta dan telah diperolok2an oleh seseorang (biasanya Kyastria dan Brahmins) utk menguasai orang lain.

Dan tidak ... Islam dan Hindusm TIADA apa2 persamaan dr segi konsep mereka.

Pendapat saya yang mula2 tadi berdasarkan prinsip sosiologi dan ekonomi. Disebalik kebaikan sistem kasta yang awak terangkan ada terdapat juga kelemahan pada sistem tersebut lebih2 lagi kepada faktor ekonomi negara dan termasuk faktor ekonomi setiap individu. Standard living yang tidak teratur sebab ada nya jurang diantara golongan tersebut dimana terdapat orang kaya yang terlampau kaya manakala orang miskin yang terlampau miskin hingga boleh dikatakan amat daif , ini kita dapat lihat di negara India dan indonesia. kita jarang melihat golongan pertengahan diantara golongan atasan dan golongan bawahan tersebut. Adakah jurang tersebut perlu dibiarkan sahaja dengan menganggap bahawa golongan bawahan memang layak dengan kehidupan daif dan tiada peluang untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa dan tidak berhak bergaul dgn golongan atasan manakala golongan atasan  memang berhak menjadi kaya dan golongan bawahan tidak boleh merampas kekayaan tersebut walaupun atas usaha mereka sendiri?

Kenyataan anda begitu ... (maaf kalau tersinggung) bodoh bunyinya. ;)

Adakah takdir penentu kejayaan seseorang? Tidak.
Adakah Kasta seseorang itu penentu kejayaan seseorang? Tidak.
Adakah dilahirkan sbg orang yg kaya bermakna seseorang itu baru mampu berjaya manakala yg miskin tidak akan berjaya selama2nya? Tidak.

Adakah kamu merasa orang miskin di India akan terus dihina dan akan dipaksa oleh orang berkasta tinggi supaya berada di bawah mereka? Tidak.

Contoh - President Abdul Kalam di India. Beliau menpunyai SEMUA kelemahan2 di atas - dilahirkan di keluarga miskin, dilahirkan dlm masyarakat Muslims (yg ada orang akan menganggap sbg Kasta Rendah) dan mengalami pelbagai kesukaran hidup.

Beliau adalah contoh Masyarakat Hindu di India tidak memandang kpd kasta/keturunan serta kedudukan financial seseorang hingga boleh buat orang tesebut mundur.
Reply

Use magic Report

Adm_Cheng_Ho This user has been deleted
Post time 21-6-2004 01:23 PM | Show all posts
Sephiroth, walaupun golongan tengah dan atasan dah bubarkan sistem kasta dalam pentadbiran politik, namun mentaliti kasta masih wujud yg menghalang keadilan dalam masyarakat.

Jalan penyelesaian untuk diskriminasi ini harus melalui golongan agama Hindu itu sendiri mengistiharkan sistem kasta dibubarkan. Ini kerana pada pendapat saya, walaupun golongan agama Hindu mengekalkan sistem kasta dan mengubah ciri ia disusun pun takkan berjaya. Jika ada pilihan, siapa nak jadi golongan bawahan? Sistem ini mungkin boleh jalan untuk masa silam tapi sudah tidak sesuai untuk sekarang.

Semua masyarakat memang ada parasit yg tak berguna. Tapi disetiap negara golongan ini amat kecil macam pengemis dan penjenayah. Tetapi di India bilangannya amat ketara kerana mereka telah ditentukan, dipaksa dan ditindas mengikut takdir yg ditentukan terhadap moyang mereka di zaman silam.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 21-6-2004 01:51 PM | Show all posts
by Adm_Cheng_Ho

Jangan salahkan golongan agama Hindu kerana keegoan manusia. Dlm agama Hindusm (mereka yg memuja Vishnu dan Shiva), sudah pun terdapat pelbagai teladan serta contoh yg ditulis yg mengatakan manusia yg ada ego yg mereka lebih baik dr manusia lain tidak akan dapat menhampiri Tuhan walaupun mereka beribadat beribu2 tahun.

Dan anda silap sekirannya system ini tidak ada kesesuaian di zaman moden. Ianya ada kelebihan tersendiri tetapi hanya sekiranya ia dipratikan oleh manusia yg tiada ego.

Anda fikir system ini sudah lupus? Itu kerana mata anda hanya mampu melihat benda yg didepan mata sahaja. ;)

Melalui Sistem ini, masyarakat Brahmin hanya perlu menghabiskan masa mengkaji cara2 mendekati diri dgn Tuhan dan mengajarnya kpd manusia lain. Tetapi kini, mereka gagal dlm tugas tersebut dan menganggap yg dilahirkan Brahmin sudah cukup utk mereka diiktiraf lebih baik dr yg lain.

Brahmin adalah "guru" - mereka yg menpunyai niat mencari ilmu kpd orang lain. Sebab itu, tugas guru dipandang tinggi di masyarakat India. Mereka yg berkerja sbg guru, penyelidik, saintis dll yg mencari ilmu utk masyarakat adalah Brahmins.

Golongan Kystria MASIH wujud sekarang, di negara ini pun. Siapakah mereka? Golongan askar yg sanggup tinggalkan anak isteri utk masuk hutan, golongan polis, tentera laut dll yg sanggup gadaikan nyawa utk negara dan masyarakat. Merekalah Kysteria.

Golongan petani dan pedagang adalah spt yg diperkatakan itu, jadi sendiri fahamlah.

Apakah akan jadi sekiranya seorang kysteria jadi Brahmin? Dia tidak akan menpunyai sifat sabar yg diperlukan utk mengkaji ilmu dunia dan Tuhan. Mereka akan menbuat andaian sesuka hati mereka kerana ketidaksabaran dan akhirnya mereka akan menjadi punca agama dan masyarakat mereka punah. Masyarakat Islam dan golongan ulama adalah contoh terbaik kerana menbenarkan golongan militant mengambilalih tugas Ulama.

Doktor yg ditugaskan menyelamatkan nyawa manusia lebih mengambil berat mengenai duit dr tanggungjawabnya. itu lagi satu contoh.

Apakah akan terjadi sekiranya seorang pedagang menjadi Kystaria? Dia akan menggunakan kuasanya utk mengaut keuntungan dan tidak akan melakukan tugas dia dgn sempurna. Itulah yg terjadi dgn kes2 rasuah dan menyalahgunaan kuasa di kalangan tentera dan polis sekarang.

Semua masyarakat memang ada parasit yg tak berguna. Tapi disetiap negara golongan ini amat kecil macam pengemis dan penjenayah. Tetapi di India bilangannya amat ketara kerana mereka telah ditentukan, dipaksa dan ditindas mengikut takdir yg ditentukan terhadap moyang mereka di zaman silam.

Tak ada orang yg memaksa mereka sedemikian. Siapa suruh mereka jadi pengemis? Seorang pengemis boleh berusaha dgn pelbagai cara utk memajukan diri sendiri. Yg diperlukan hanyalah keyakinan diri.

Penjenayah dan sampah masyarakat memang Candalas ... itu saya setuju. Mereka ada peluang dan tenaga yg mereka boleh sumbangkan kpd orang lain tetapi tidak mahu berbuat demikian. Mereka yg terlibat dlm najis dadah adalah dlm golongan ini.
Reply

Use magic Report

Adm_Cheng_Ho This user has been deleted
Post time 21-6-2004 02:15 PM | Show all posts
Ok. Soalan seterusnya.

Berkenaan dengan sifat semulajadi, ada terbaca buku Deepak Chopra yg menjelaskan badan manusia ada 3 jenis: vata dosha, pitta dosha dan kapha dosha. Oleh itu, manusia dipengaruhi oleh ciri2 dosha sejak lahir. Itu merupakan takdir mereka yg mengikut perbuatan mereka dalam hidup lepas.

Tetapi, ciri2 ini adalah secara semula jadi. Manusia tidak memilih ataupun ditentukan oleh sesiapa. Orang vata kahwin pitta boleh melahirkan anak kapha dan sebagainya.

Dalam konsep sistem kasta, golongan petani & saudagar melahirkan anak petani & saudagar. Tidakkah adanya mereka yg dilahirkan berciri seorang Brahmin? Bolehkan seorang kelas bawahan menjadi kelas Brahmin bekerja sebagai saintis? Seph menyatakan golongan berciri petani tak leh jadi pemimpin, keagamaan atau saintis. Itu mungkin ayah dia tapi anak bukan. Bukankah anak si petani telah ditentukan? Ada kejadian lelaki bawahan nak kahwin perempuan Brahmin tapi masyarakat tak kasi. Adakah secara betul, orang yg mempunyai ciri Brahmin ditingkatkan statusnya kepada Brahmin? Soalan lagi satu mengapa orang bawahan tak boleh kahwin ngan orang atasan?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2004 02:34 PM | Show all posts
by Adm_Cheng_Ho

Berkenaan dengan sifat semulajadi, ada terbaca buku Deepak Chopra yg menjelaskan badan manusia ada 3 jenis: vata dosha, pitta dosha dan kapha dosha. Oleh itu, manusia dipengaruhi oleh ciri2 dosha sejak lahir. Itu merupakan takdir mereka yg mengikut perbuatan mereka dalam hidup lepas.

Ini bukan kastalah, kawan ... ianya sudah termasuk dlm bab Ayurveda.

Dlm bidang Ayurveda, terdapat 3 jenis unsur yg dilahirkan bersama manusia dan mereka akan mengikut sifat2 unsur tersebut. Vata dosha kalau tak salah unsur air, pitta dosha itu unsur api dan kapha dosha itu unsur tanah.

Dr segi fizikalnya pun, mereka akan berlainan. Mereka yg unsur api akan dilahirkan dgn badan yg tegap dan kuat dan dia tak begitu laju, unsur air akan dilahirkan dgn badan yg lebih dan kaki yg kuat dan unsur tanah akan dilahirkan dgn badan yg gemuk dan bulat.

Tetapi, ciri2 ini adalah secara semula jadi. Manusia tidak memilih ataupun ditentukan oleh sesiapa. Orang vata kahwin pitta boleh melahirkan anak kapha dan sebagainya.

Unsur dlm badan manusia tidak menentukan takdir seseorang. Mereka yg berunsurkan api akan menpunyai sifat tidak sabar dan mudah bengang (macam saya lah ) tetapi mereka boleh berusaha mengawalnya.

Unsur tanah adalah jenis pendiam dan banyak sangat bersabar. Tetapi sekiranya dia meradang, kemarahannya tidak menentu dan akan berpanjangan.

Unsur air pula sukar menyimpan masalah dlm diri sendiri dan begitu juga masalah2. Dia juga banyak menbantu dgn orang lain. Sifat suka simpan rahsia dan tidak tahu bersuara bila diperlukan akan menyebabkan dia sering diperbodohan dan juga menyebabkan dia menyimpan dendam yg berlebihan sampai memudaratkan diri.

Dalam konsep sistem kasta, golongan petani & saudagar melahirkan anak petani & saudagar. Tidakkah adanya mereka yg dilahirkan berciri seorang Brahmin? Bolehkan seorang kelas bawahan menjadi kelas Brahmin bekerja sebagai saintis? Seph menyatakan golongan berciri petani tak leh jadi pemimpin, keagamaan atau saintis. Itu mungkin ayah dia tapi anak bukan. Bukankah anak si petani telah ditentukan? Ada kejadian lelaki bawahan nak kahwin perempuan Brahmin tapi masyarakat tak kasi. Adakah secara betul, orang yg mempunyai ciri Brahmin ditingkatkan statusnya kepada Brahmin? Soalan lagi satu mengapa orang bawahan tak boleh kahwin ngan orang atasan?

Sifat masing2 yg menentukan takdir masing2. Seorang yg banyak sabar dan tekun melakukan penyelidikan demi utk masyarakat adalah seorang Brahmin. samada dia dr golongan miskin ataupun golongan berpelajaran. Sekiranya dia menpunyai niat utk mengubah keadaan, dia akan dpt berbuat demikian.

Sama juga seorang Brahmin yg dilahirkan dgn sifat panas baran dan tidak suka melihat ketidakadilan di masyarakat. Mereka yg berani bersua muka dgn masalah spt ketidakadilan ini adalah seorang Kysteria kerana dlm badan mereka terdapat keinginan utk melakukan sesuatu yg betul dan adil.

Seorang Kysteria tidak perlu bertarung utk menang, cukup dgn hanya bersuara, terutamanya Brahmin yg bersifat sedemikian.

Biasanya mereka yg beregoistik je akan menghalang orang lain yg mereka anggap rendah taraf dr mereka dr mengahwini dlm keluarga mereka. Ego manusia mana2 pun sama juga. Dlm masyarakat Muslim pun ada walaupun ditegah oleh Islam. Tak percaya, pergi tonton film2 spt Antara dua Darjat dan Juita. :bgrin:
Reply

Use magic Report

WICKED This user has been deleted
Post time 22-6-2004 10:13 AM | Show all posts
Contoh - President Abdul Kalam di India. Beliau menpunyai SEMUA kelemahan2 di atas - dilahirkan di keluarga miskin, dilahirkan dlm masyarakat Muslims (yg ada orang akan menganggap sbg Kasta Rendah) dan mengalami pelbagai kesukaran hidup.

Beliau adalah contoh Masyarakat Hindu di India tidak memandang kpd kasta/keturunan serta kedudukan financial seseorang hingga boleh buat orang tesebut mundur.

alhamdullilah - itulah pengucapan saya bila awak terangkan bahawa President Abdul Kalam itu adalah seorang muslim dimana awak telah membuktikan kebenaran berpihak disebelah saya kerana ini menunjukkan bahawa Sistem Kasta tidak berlaku di dalam dunia islam maka menyebabkan beliau seorang pemimpin yang tidak memang kasta/keturunan sehingga membuat masyarakat menjadi mundur dan sebagai seorang Muslim sudah tentulah beliau mengikut kehidupan sebagai seorang muslim yang tidak memandang kepada sistem kasta. Sekiranya beliau seorang Hindu, samada beliau suka atau tidak terhadap sistem tersebut beliau terpaksa patuh kepada sistem kasta.

[ Last edited by WICKED on 22-6-2004 at 10:15 AM ]
Reply

Use magic Report

WICKED This user has been deleted
Post time 22-6-2004 10:27 AM | Show all posts
Biasanya mereka yg beregoistik je akan menghalang orang lain yg mereka anggap rendah taraf dr mereka dr mengahwini dlm keluarga mereka. Ego manusia mana2 pun sama juga. Dlm masyarakat Muslim pun ada walaupun ditegah oleh Islam. Tak percaya, pergi tonton film2 spt Antara dua Darjat dan Juita.

Tidak dinafikan bahawa mereka yang lahir dari golongan atasan mempunyai sifat egoistic yang amat tinggi dan mereka memandang rendah kepada golongan bawahan. Ini adalah lumrah sifat semulajadi manusia seperti juga sifat2 positif dan negatif yang dimiliki oleh setiap individu sedangkan kita tahu tidak semua manusia dilahirkan dengan sifat sempurna. sebagai contoh sifat hasad dengki atau cemburu ataupun sifat benci awak kepada orang muslim.  Seharusnya sifat negatif ini harus dikikis oleh setiap individu kalau hendak menjadi seorang individu yang baik. Kebanyakkan agama mengajar kita menghindari sifat2 buruk dan mengajar kita mengamalkan sifat2 mulia. Tidak dinafikan ada juga dikalangan masyarakat melayu seperti yang awak katakan ditonjol dalam film2 antara dua darjat dan juita kerana paparan tersebut adalah memang lumrah sebenar dalam kehidupan masyarakat kita tapi sekurang2nya agama kami tidak menggalakkan mereka bersifat demikian sedangkan agama awak lebih menggalakkan sifat2 ego tersebut wujud dengan adanya sistem kasta.

[ Last edited by WICKED on 22-6-2004 at 10:29 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2004 10:30 AM | Show all posts
by WICKED

alhamdullilah - itulah pengucapan saya bila awak terangkan bahawa President Abdul Kalam itu adalah seorang muslim dimana awak telah membuktikan kebenaran berpihak disebelah saya kerana ini menunjukkan bahawa Sistem Kasta tidak berlaku di dalam dunia islam maka menyebabkan beliau seorang pemimpin yang tidak memang kasta/keturunan sehingga membuat masyarakat menjadi mundur dan sebagai seorang Muslim sudah tentulah beliau mengikut kehidupan sebagai seorang muslim yang tidak memandang kepada sistem kasta. Sekiranya beliau seorang Hindu, samada beliau suka atau tidak terhadap sistem tersebut beliau terpaksa patuh kepada sistem kasta .

Hmph ... kenyataan diatas menunjjukan pertapa sempitnya fikiran anda, sampai anda hanya dpt melihat dan menbaca apa yg ada inginkan sahaja.

Kamu kata Sistem Kasta tidak wujud di dunia Islam, kalau begitu, kenapa hanya orang yg digelar Ulama sahaja boleh buat andaian mengenai agama kamu?

Di Masyarakat Hindu yg berpegang teguh kpd Sistem Kasta yg korup, mereka menganggap yg HANYA golongan Brahmins sahaja berkebolehan mendekati Tuhan dan boleh menerangkan sebarang usul mengenai keagamaan. Sama macam konsep Ulama dlm Islam.

Dan kamu anggap mentang2 Abdul Kalam adalah seorang Muslim, beliau mampu mengatasi semuanya? Bukankah saya pernah berkata yg ada setengah golongan memandang golongan Muslims di India sbg Kasta Rendah?

Sekiranya Hindusm mengalakan Sistem Kasta yg korup, bolehkah seorang Muslim dr sebuah keluarga yg miskin yg dianggap golongan rendah maju sampai menjadi seorang President bagi sebuah negara yg majoritinya adalah Hindu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2004 10:36 AM | Show all posts
by WICKED

Tidak dinafikan bahawa mereka yang lahir dari golongan atasan mempunyai sifat egoistic yang amat tinggi dan mereka memandang rendah kepada golongan bawahan. Ini adalah lumrah sifat semulajadi manusia seperti juga sifat2 positif dan negatif yang dimiliki oleh setiap individu sedangkan kita tahu tidak semua manusia dilahirkan dengan sifat sempurna. sebagai contoh sifat hasad dengki atau cemburu ataupun sifat benci awak kepada orang muslim.  

Habis, kalau saya merendahkan diri dan tahap kepandaian aku semata2 utk melayan kebodohan setengah pihak dlm masyarakat kamu, kamu akan menganggap saya tidak menpunyai hasad dengki dan cemburu?

Seharusnya sifat negatif ini harus dikikis oleh setiap individu kalau hendak menjadi seorang individu yang baik. Kebanyakkan agama mengajar kita menghindari sifat2 buruk dan mengajar kita mengamalkan sifat2 mulia. Tidak dinafikan ada juga dikalangan masyarakat melayu seperti yang awak katakan ditonjol dalam film2 antara dua darjat dan juita kerana paparan tersebut adalah memang lumrah sebenar dalam kehidupan masyarakat kita tapi sekurang2nya agama kami tidak menggalakkan mereka bersifat demikian sedangkan agama awak lebih menggalakkan sifat2 ego tersebut wujud dengan adanya sistem kasta.

Beza antara agama kamu dan Hindusm adalah, di Hindusm, mereka telahpun diberitahu yg mengamalkan sesuatu yg egoistik spt System Kasta yg korup tidak akan menbawa mereka kpd Tuhan.

Dlm agama kamu pula, sama juga tetapi tak ada orang yg ingin menguatkan agama kamu. Kamu kata mereka yg beragama Islam itu bersaudara, tetapi adakah itu yg berlaku di dunia? Tidak, saudara menbunuh antara saudara semata2 kerana kuasa dan minyak. ;)
Reply

Use magic Report

WICKED This user has been deleted
Post time 22-6-2004 10:37 AM | Show all posts
Dan kamu anggap mentang2 Abdul Kalam adalah seorang Muslim, beliau mampu mengatasi semuanya? Bukankah saya pernah berkata yg ada setengah golongan memandang golongan Muslims di India sbg Kasta Rendah?

Abdul Kalam mungkin seorang muslim, beliau mungkin tidak mampu mengatasi semuanya misalnya mengubah sistem kasta cuma yang beliau mampu ubah fikiran masyarakat atau menyakini dirinya bahawa beliau tidak perlu memandang sistem kasta kerana sistem kasta itu bukan diamal oleh beliau sebagai muslim tetapi oleh orang2 yang beragama hindu.  Mungkin ada setengah golongan memandang masyarakat muslim di india sebagai berkasta rendah tetapi yang pasti beliau sendiri tidak merasakan begitu maka itu lah beliau tidak memandang sistem kasta tersebut.

[ Last edited by WICKED on 22-6-2004 at 10:40 AM ]
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

WICKED This user has been deleted
Post time 22-6-2004 10:43 AM | Show all posts
Bagaimana pula dengan awak sendiri Seph? adakah awak mengamalkan sistem kasta walaupun awak bukannya berada di India? Adakah amalan sistem kasta di kalangan orang2 hindu di Malaysia sama kuatnya dengan amalan sistem kasta di India? Adakah awak datang dari golongan atasan atau bawahan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2004 10:54 AM | Show all posts
by WICKED

Abdul Kalam mungkin seorang muslim, beliau mungkin tidak mampu mengatasi semuanya misalnya mengubah sistem kasta cuma yang beliau mampu ubah fikiran masyarakat atau menyakini dirinya bahawa beliau tidak perlu memandang sistem kasta kerana sistem kasta itu bukan diamal oleh beliau sebagai muslim tetapi oleh orang2 yang beragama hindu.  Mungkin ada setengah golongan memandang masyarakat muslim di india sebagai berkasta rendah tetapi yang pasti beliau sendiri tidak merasakan begitu maka itu lah beliau tidak memandang sistem kasta tersebut.

Kalau saya seorang Muslims, saya mungkin mengucap Alhamuillah juga kerana kamu telah menbuktikan kenyataan yg saya ingin katakan.

Orang (Hindu) yg tidak memandang orang lain sbg rendah atau tinggi dr mereka, tidak akan memandang sangat kpd sistem kasta yg korup. Meraka akan menunaikan tanggungjawab mereka mengikut kemampuan mereka (samada seorang Brahmin - guru, Pahlawan, petani ataupun peniaga). Sama spt Abdul Kalam menunaikan tanggungjawab beliau kpd semua penduduk India tanpa mengira bangsa dan agama.

Bagaimana pula dengan awak sendiri Seph? adakah awak mengamalkan sistem kasta walaupun awak bukannya berada di India? Adakah amalan sistem kasta di kalangan orang2 hindu di Malaysia sama kuatnya dengan amalan sistem kasta di India? Adakah awak datang dari golongan atasan atau bawahan?

Apa benda yg kamu merepak? ;)

Tetapi persoalan samada sistem kasta di Malaysia sama kuat spt di India atau tidak, saya rasa tidak. Di Malaysia, masyarakat India di sini agak liberal sikit dan tidak menyekat orang lain semata2 kerana kasta mereka.

Sehingga kini, tiada kes yg saya tahu mengenai mana2 Hindu "golongan rendah" tidak dibenarkan masuk ke kuil mana2 kerana kasta mereka spt yg berlaku di India.
Reply

Use magic Report

WICKED This user has been deleted
Post time 22-6-2004 11:17 AM | Show all posts
thanks sept for your info regarding caste system in india and i'll never know that such system is not being practised in Malaysia if you didnt tell me. That was a good info.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2004 12:26 PM | Show all posts
tumpang tanya;
sebelum HLX minta ampun maaf  & bukan berniat mengeji sesuatu bangsa

bagaimanapula dengan definasi 'pariah' & dimanakah letaknya mereka ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.626784 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list