CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Cari-Saiful

Hampir Dipatuk Ular Tedung Selar, Hairul Azreen Benar-Benar Insaf

  [Copy link]
Post time 2-9-2018 11:41 AM | Show all posts
OT jap.

HA nie close with Hafizul Kamal.

Suke tgk Hafizul Kamal and his family.

Wife die nmpk kemas and tak over.

And pandai too.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2018 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
bungarose replied at 2-9-2018 08:32 AM
Herol kan spesis manusia yg nampak semut dikatanyer dinasor
Dengar bley tp nak pecaya tuh kena kura ...

Gini la cara dia sembang
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2018 12:24 PM | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 2-9-2018 03:04 AM
andromeda84623 replied at 1-9-2018 11:20 PM
Kurang hajar punya reputz cari.
Tak reti-reti cari content sendiri ke.
Buang je la title repor ...

@admin6 @AceHand @lonely_surina @teky @xpdckelate @nazadiyah

Kepada Admin,

Saya mahu tahu status hasil siasatan yang Admin janji akan lakukan berhubung thread saya yang digodam oleh wartawan CARI. Apakah perkembangan dan status siasatan tersebut?

Perkembangan kes ini harus di war-warkan untuk pengetahuan caritizen, terutama kepada bakal-bakal pembuka thread, agar mereka tahu risiko yang bakal/ boleh mereka hadapi.

Rakan forumer sekalian, jadikan kes saya ini sebagai peringatan, iktibar, dan pengajaran untuk anda semua. Tolong jangan pandang remeh kes ini. Ketahuilah bahawa sesiapa sahaja boleh mengodam thread anda dengan memasuk dan/ atau mengeluarkan input sesuka hati tanpa pengetahuan anda.

Dalam jawapan balas Admin terhadap aduan yang saya kemukakan berhubung kes pengodaman ini, Admin menyatakan bahawa semua wartawan mempunyai hak dan kuasa sama seperti yang dimiliki oleh Moderator dan Super Moderator untuk mengakses setiap thread dan melakukan pengeditan/ pengubahsuaian terhadap isi kandungan thread tersebut.

Wartawan mempunyai kuasa untuk melakukan semua ini atas nama membuat 'penambahbaikan' terhadap thread tersebut. Dan kerja-kerja pengubahsuaian/ pengeditan ini boleh dilakukan tanpa perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada author/ TT thread tersebut.

Bahasa mudahnya, segala input yang dimasuk atau dikeluarkan oleh wartawan itu tadi dilakukan di luar pengetahuan TT.     

Admin, sila tunjuk kepada saya klausa yang menyatakan bahawa semua wartawan mempunyai hak dan kuasa untuk mengakses dan melakukan pengubahsuaian ke atas sesebuah thread.

Dan beritahu dengan jujur, adakah semua warga kerja CARI mempunyai hak dan kuasa seperti ini?

Adakah CARI ada jabatan Editorial untuk memantau kerja-kerja pengeditan/ pengubahsuaian seperti ini? Atau semuanya boleh dilakukan ikut konsep suka hati tanpa pemantauan?

Dalam kes pengodaman yang saya alami, penulisan saya di intro thread telah dipadam sepenuhnya, dan hanya ditinggalkan gambar-gambar tanpa sebarang kapsyen penerangan.

Penulisan intro saya adalah mengenai isu tandas. Kebanyakan gambar-gambar tersebut adalah gambar tandas, litter box kucing, dan paling sadis ada gambar yang 'tidak sesuai' melibatkan ahli keluarga artis terbabit.

Dalam artikel saya, setiap gambar itu ada penerangannya yang saya olah dalam versi cerita, plot demi plot, beserta bukti serta sumber yang nyata. Dan di akhir penulisan saya, saya nyatakan konklusinya.

Namun apabila penulisan saya dipadam, dibimbangi akan mendatangkan masalah kepada saya sebagai author thread tersebut. Saya mungkin boleh dikenakan lawsuit, atau di-charge sebagai pedo, dan banyak lagi kemungkinan buruk yang boleh timbul.

Pada intro thread tersebut, setelah memadam artikel penulisan saya, wartawan telah menepek pula artikel mereka. Artikelnya seperti di bawah:





Sumber: https://bm.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=42344

Tajuk thread saya turut ditukar ke "Dakwaan Hairul Azreen Nyaris Diculik Lanun Tidak Berasas-Komander ESSCOM".

Tajuk thread sebelum pengodaman berlaku:

"BREAKING NEWS: Dakwaan Hairul Azreen Dirinya Hampir Diculik Lanun Di Perairan Sabah Hanya Gimik Cari Publisiti Murahan - ESSCom. Penerbit Filem Paskal Sangkal Dakwaan Hairul (Post #907 and Above)".

Saya selalu mengemaskini tajuk thread mengikut 'flow' perbincangan para forumer.

Jumlah views thread saya ketika pengodaman berlaku adalah lebih kurang 87k, dan jumlah komen lebih kurang 1150. Muka surat thread berada di antara nombor 45-50.

Maknanya wartawan melakukan pengodaman ke atas thread yang sudah separuh jalan, dan sudah berada di ruangan bodgos melebihi tempoh sebulan.

Bagaimana saya tahu thread saya sudah digodam?

Bila saya menerima pesanan di bawah:




Bila saya tekan "click here to view", ia pergi ke Portal Semasa CARI. Linknya seperti di bawah:

https://bm.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=42344


Namun yang kelihatan adalah artikel wartawan.


Di ruangan komen, tertayang post nombor 2 saya iaitu snippets untuk 4 thread yang terdahulu. Ketika menghasilkan snippets tersebut, ianya adalah untuk paparan secara tertutup di bodgos, bukannya untuk paparan secara terbuka di Portal Semasa CARI.

Di ruangan komen tersebut juga memaparkan komentar-komentar forumer berdasarkan artikel intro saya yang berkisar tentang tandas.

Selepas itu, saya masuk ke thread saya. Saya terkejut melihat hasil godaman wartawan tersebut.

Di bahagian atas adalah artikel wartawan, manakala penulisan saya dipadam sepenuhnya, dan bahagian bawahnya ditinggalkan gambar-gambar berkaitan tandas yang saya nyatakan seperti di awal tadi.

Anda semua boleh gambarkan tak betapa huru-haranya kerja-kerja 'penambahbaikan' yang dilakukan oleh wartawan tersebut.

Saya dikira bernasib baik kerana wartawan mengodam dengan menepek artikel yang berbentuk rencana.

Bagaimana pula jika wartawan tersebut melakukan 'penambahbaikan' dengan menepek artikel berbentuk fitnah, berita palsu, spekuan, provokasi, gosip murahan, dan sebagainya yang boleh menjejaskan reputasi individu lain.

Pasti individu yang terjejas reputasinya dengan berita palsu dan fitnah tersebut akan merasa marah, dan mereka akan membuat laporan ke pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Anda boleh teka siapakah pihak defendan jika perkara di atas terjadi?

Saya, Kangkung, kerana nama saya tertera sebagai Author thread tersebut.

Saya boleh dikenakan saman fitnah under Defamation Act kerana menyebarkan fitnah yang boleh menjejaskan reputasi seseorang.

Saya juga boleh di-charge kerana menyebarkan berita palsu di bawah Akta:




Dan entah apa lagi tindakan dan Akta yang terguna pakai ke atas saya kesan daripada penyiaran artikel yang tidak sepatutnya hasil godaman wartawan yang tidak bertanggungjawab dan tidak beretika itu tadi.

Masa itu pasti pihak CARI akan cuci tangan dan tidak akan memikul tanggungjawab walaupun godaman tersebut dilakukan oleh warga kerjanya. Kerana ada klausa yang menyatakan segala tindakan undang-undang yang bakal dikenakan akan ditanggung oleh author/ TT sepenuhnya.

Saya telah mengarahkan Admin agar melupuskan thread tersebut. Ok, thread tersebut telah pun dipadam di bodgos.

Tapi kenapa di Portal Semasa CARI, ia masih ada? Kenapa salinan tersebut masih tidak dilupuskan? Saya arahkan salinan artikel di Portal Semasa CARI juga dilupuskan secepat mungkin.

Dan Admin, jangan menggunakan masalah teknikal sebagai alasan berlakunya godaman ini. Mesin dan teknologi tidak bergerak sendiri, tanpa arahan tangan manusia.

Berikan jawapan anda, Admin, dengan penuh integriti, jujur dan bernas.

Dan jangan cuba memadam mesej pertanyaan saya ini. Saya mahu para forumer tahu perjalanan kes ini.

Sekian, terima kasih.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2018 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Foxey replied at 29-8-2018 11:28 AM
"Ular itu ada dalam longkang dan betul-betul berada di celah kangkang saya."

kalau kena patuk, ad ...

Mgkin kalu patuk dictu dan he olls survive.. Sure bini she olls akan buat produk baru yakni cawat besi dan bakalan howt dipasaran.. Hihi
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2018 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodo betul g delete artikel kekkung.. senua org setuju tulisan kekkung gred A++++. Benda2 mcm ni patut admin appreciate la.. ataupun upah kekkung jadi wartawan cari.. ni pegi delete n tinngal gambar.. mcm dengki je? Tak bole tengok forumer lebih sikit???
Solidarity for kekkung.

Anyway, depa dah bg keterangan ke belum dkt esscom?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2018 12:15 PM | Show all posts
syidasaleh replied at 1-9-2018 03:26 PM
Press pun purcaya je ke. Takde doubt apa2

takut press dibayor jer.. hehehe.. mana la tau kan.. yer la.. contoh yer.. contoh laa..aku artis.. aku nmpak ular lalu tepi.. org lain x nmpak.. so, aku panggil press ckp ular nak attack aku.. aku bukak bunga silat, ular lari sebab aura aku..walhal xde pun.. kalau x ulur x kan la press nak sesuka je kan.. kan.. tu aku rasa cam dibayor je.. hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2018 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kangkung1M replied at 2-9-2018 12:24 PM
@admin6 @AceHand @lonely_surina @teky @xpdckelate @nazadiyah

Kepada Ad ...

Harap @AceHand tolong jelaskan pada forumer on behalf management .. dan juga boundaries kepada wartawan cari..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Huhu.. don play2 ok!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2018 12:36 PM | Show all posts
die igt die tarap shah rukh khan ke org nak culik?? ade harga ke  nak jual
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2018 03:02 PM | Show all posts
hamis xsegan ke laki samdol gini?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2018 09:17 AM | Show all posts
mana thread dorang arituuu

HZ ni aku tengok hampir setiap hari g tgk Paskal. bape puluh kali nak tgk. ke belanja semua orang sekali hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2018 09:39 AM | Show all posts
mlm td aq tgk paskal....
ok jugala dia berlakon...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2018 09:47 AM | Show all posts
Kangkung1M replied at 2-9-2018 12:24 PM
@admin6 @AceHand @lonely_surina @teky @xpdckelate @nazadiyah

Kepada Ad ...

padu
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2018 10:01 AM | Show all posts
ada je lah kau ni hairul... ntah2 ular lidi je dickpnya ular tedung selar.. dlm 10 patah ayat dia ni rasanya 2 je boleh pakai
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2018 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni kan....tak taulah. Aku takdelah nak membenci org or retis sesuka hati sebab yelah bukan luak pun duit aku and tak kenal pun depa ni..tapi mamat ni...ada sesuatu kat diri dia yg menyebabkan aku menyampah gila2 ngan dia. Termasuklah bini dia tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2018 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Telolet replied at 29-8-2018 03:15 PM
haritu nak kena culik, ni nak kena patuk pulak. kekadang rasa cerita heols ni macam cite budak sekol ...

Bukan dia ni mmg mental budak sekolah rendah ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2018 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
pitera replied at 29-8-2018 08:55 PM
Faker ni ckp dia dengan Ammar almost nak kene culik waktu dorang kat pelantar during the timw dora ...

Dia ni mcm tak reti bezakan dunia filem dgn realiti...bodoh bertubi2. Kalau laki aku dah lama kena hempuk dgn selipar. Patutnya kes konon2 nak kene culik tu sumbat dia dlm penjara seminggu dua biar padan muka. Senang2 hati reka cerita bukan2 tak fikir consequences. Igt negara malaysia ni cam ala2 dunia toy stoey ke hape? Eh geram aku ngan budak lembam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2018 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
rayray28 replied at 1-9-2018 09:07 PM
Hahaha kann mvm x le caya je cite ni..cm bebudak punya sembang

Ni jenis bdk suka gebang.. Cite nak up je.. Hahahaha...tapi nan hado.. Kalau i, i ignore jdle
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2018 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sembang tara bimbang punya olang ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 12:02 AM GMT+8 , Processed in 1.896308 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list