CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1949|Reply: 10

Nak Ke Oversea, Tapi Blacklist PTPTN? Ini Cara Anda Akhiri Penantian Itu

[Copy link]
Post time 27-4-2018 03:40 PM | Show all posts |Read mode

Mahasiswa dan hutang pelajaran PTPTN berpisah tiada. Namun, setelah bekerja sepatutnya mereka yang berhutang harus melunaskannya. Jika tidak pernah membuat pembayaran, maka ia akan tersenarai sebagai 'blacklist'. Paling teruk pastinya tidak dibenarkan untuk ke luar negara.

Hal ini lah yang menyebabkan ramai terpaksa memendam rasa untuk menimba pengalaman di negara orang. Padanlah selebriti seperti Faizal Tahir terlepas untuk ke Anugerah Planet Muzik 2009 di Jakarta manakala Puteri Sarah pula yang sudah sampai dilapangan terbang  tidak dibenarkan terbang ke Krabi bersama keluarganya pada 2010 gara-gara soal PTPTN ini.

Nampak kejam kan? Tapi PTPTN ada alasan tersendiri.


Foto Carian internet


Berita baiknya, Maukerja Malaysia telah berkongsi di Facebook mengenai langkah-langkah membuang blacklist PTPTN yang mencapai 16 ribu perkongsian.

Ikuti langkah-langkah di bawah:

1) Semak status di laman web Jabatan Imigresen Malaysia

Hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan anda dan jika keluar ayat "SILA RUJUK KE PEJABAT IMIGRESEN", itu bermakna anda sudah kena block.


2. Semak nilai tunggakan untuk mengenalpasti berapa nilai yang anda perlu bayar.
Anda perlu buka laman web PTPTN dan cari "SEMAKAN PENYATA PINJAMAN".



Anda perlu masukkan IC dan akan keluar link "ENYATA KIRA-KIRA PEMBIAYAAN UJRAH". Tekan link tersebut serta-merta. Semak di bahagian penyata baki. Dari penyata tersebut anda akan tahu NILAI TUNGGAKAN anda. Jika mahu bersih dari senarai blacklist, wajib untuk membayar tunggakan tersebut. Tetapi jangan risau kerana anda boleh berbincang dengan pihak PTPTN dan kebanyakan boleh membayar sekurang-kurangnya 25% daripada nilai tunggakan.




3) Sekarang adalah langkah untuk membuat pembayaran. Maybank2u adalah cara termudah untuk melangsaikan hutang PTPTN anda.

Anda hanya perlu masuk ke akaun dan pergi ke "BILL PAYMENT". Tekan pada "MAKE A ONE OFF PAYMENT. Pilih "EDUCATION & EDUCATION LOANS"




4) Seterusnya ialah memilih option PTPTN - Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan






Seterusnya ialah membuat pembayaran. Diingatkan sekali lagi, anda perlu membayar sekurang-kurangnya 25% dari NILAI TUNGGAKAN atau ikut nilai yang anda dapat dari PTPTN


Itu sahaja! Sekarang anda boleh ke luar negara dan yang paling penting, jangan tangguh dan lambat membayar untuk memastikan laporan kredit anda tidak terjejas! - CARI

Kredit : Seismikx
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2018 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh pki kwsp juga bayar ptptn tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 04:51 PM | Show all posts
Tak ada jalan singkat kena buat pembayaran juga kalau tidak pasti tak lepas masa dipemeriksaan immigresen
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Saja terus cuba try test website imi tu...Alhamdulillah "tiada halangan" {:hooray
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 27-4-2018 04:47 PM
Boleh pki kwsp juga bayar ptptn tu

Betul tu.. sape2 yg dah kerja bertahun-tahun tu tapi still ada hutang ptptn tertunggak tu, guna je la kwsp. Nampak sakit tapi hutang kena bayar.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn lupa bayar balik ikut schedule baru lps tu. Kalau tak kena blacklist balik nnt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2018 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat klia ada kaunter ptptn kn. Kalau byr dpt jugsk berlepas kan? Ke amik masa nk clear jgk?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 05:56 PM | Show all posts
i bru clear kan ptptn last year...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2018 07:09 PM | Show all posts
armin replied at 27-4-2018 05:53 PM
Kat klia ada kaunter ptptn kn. Kalau byr dpt jugsk berlepas kan? Ke amik masa nk clear jgk?

Dulu katanya amik masa, sebab Puteri Sarah pernah nak bayar on d dot PTPTN kat KLIA masa dia n familynya nak ke Krabi, tapi tak lepas. Memang kena thru PTPTN gak. sekarang tak tau lah

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
armin replied at 27-4-2018 05:53 PM
Kat klia ada kaunter ptptn kn. Kalau byr dpt jugsk berlepas kan? Ke amik masa nk clear jgk?

Kt klia2 sis.24jam buka.klo byr dorg trus clearkan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2018 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah pandai pinjam tu bayar la balik. Nak berjalan oversea ade pulak duit. Tapi liat nak bayar ptptn. Mengarut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.065737 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list