CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36603|Reply: 332

Edisi Akhirnya : Filem Dukun ke Pawagam 5 APRIL INI!! | Cipta Sejarah, Kutip 1.5

  [Copy link]
Post time 30-3-2018 10:47 AM | Show all posts |Read mode
Edited by debab76 at 7-4-2018 07:33 AM

Dukun bakal ditayangkan pada bila-bila masa?
Nadia Azam
29 Mac 2018, 12:46 tengahari (Dikemaskini 29 Mac 2018, 1:43 tengahari)









Kisah seram yang diadaptasi daripada kes bunuh berprofil tinggi, Dukun disenaraikan sebagai filem lulus oleh Lembaga Penapis Filem (LPF).

Melalui semakan pada pangkalan data LPF, filem arahan Dain Said yang sepatutnya ditayangkan pada 2006 itu mula diluluskan sejak 8 Mac lalu dengan klasifikasi P13.

Manakala trailer Dukun diluluskan pada 23 Mac lalu.

Pilihan Editor


Ini bermaksud, Dukun bakal ditayangkan di pawagam pada bila-bila masa.

Filem dibintangi aktres Datin Paduka Umie Aida yang membawa watak sebagai Diana Dahlan itu sebelum ini sering dispekulasi media sebagai tidak diluluskan atau diharamkan daripada tayangan LPF.

Bagaimanapun, menurut Pengerusi LPF, Mohd Zamberi Abdul Aziz perkara itu tidak benar sama sekali.

“Lembaga Penapis Filem selama ini memang tidak pernah mengharamkan Dukun dari ditayangkan di mana-mana pawagam,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Dalam hal ini, bagi filem yang sudah berusia melebihi 10 tahun, pemunya atau penerbit biasanya perlu memohon pengklasifikasian semula mengikut garis panduan baru yang diwujudkan pada 2010.

Untuk rekod, Dukun pernah diluluskan untuk tayangan pada 2006 dengan klasifikasi U kerana pada waktu itu pengkelasan P13 masih belum diperkenalkan.

P13 diwujudkan pada 2010 yang memerlukan penonton di bawah umur 13 tahun diberi pengawasan dan bimbingan ibu bapa atau penjaga ketika menonton.

Filem itu juga disifatkan mengandungi unsur seram, menakutkan, adegan atau aksi negatif, unsur suspen dan mengejutkan tetapi tidak berlebihan; jalan cerita yang sukar difahami dan unsur yang boleh mengganggu emosi kanak-kanak.

Dain dan Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara ini.

Bocor di internet

Bermula Januari lalu, Dukun yang turut dijayakan aktor Faizal Hussein, Bront Palare dan Adlin Aman Ramli dikesan mulai ‘bocor’ di Internet.

Melalui perkongsian di pautan beberapa akaun Facebook yang terbabit, filem itu dapat ditonton selama 1 jam 35 minit.

Dukun mengisahkan Datuk Jefri, watak dilakonkan Adlin seorang ahli dewan undangan negeri yang meminta perkhidmatan Diana untuk menjadi kebal selain meningkatkan kerjaya politiknya.

Namun, Jefri menjadi mangsa terakhir Diana apabila tubuhnya dikerat beberapa bahagian dengan bantuan suami dan juga pembantu bomoh berkenaan.

Filem berkenaan diadaptasi daripada kisah Datuk Mazlan Idris yang merupakan seorang ahli dewan undangan negeri pada tahun 1993.

Beliau menemui Mona Fandey yang didakwa mempunyai kuasa ghaib sebagai bomoh dengan hasrat tertentu.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2018 10:51 AM | Show all posts
Iols nak tgk ending je
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 10:52 AM | Show all posts
scary....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Ending nya ape eh?
Adekah anak kpd faizal husin dlm tu mewarisi saka dukun tsebut
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 11:03 AM | Show all posts
cite ni mcm menarik
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Tayang versi director's cut please!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2018 11:11 AM | Show all posts
sapa yg dh tgk...review plis.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 11:14 AM | Show all posts
ending nya si elyana la pewaris ilmu diana tuh..ada lah bahagian kedua pulak klu director nak sambung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2018 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Nk tau 10 minit terakhir je pla
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 11:17 AM | Show all posts
dah leaked, baru nak release..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Lembaga penapis potong berapa banyak scene  utk movie nih??
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 11:50 AM | Show all posts
masa ni mak hayam umie belum buat dagu kan nyah?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 11:51 AM | Show all posts
la.. ada lagi yang nak tengok ke? ntah apa2 la..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 11:58 AM | Show all posts
ini citer benar dr arwah mona fendy ke? yang tu ek....iols x tengok yg katanya bertebaran tu... seram plak kan nk tgok sorg2..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 11:59 AM | Show all posts
Edited by edoraixora at 30-3-2018 12:02 PM
Namun, Jefri menjadi mangsa terakhir Diana apabila tubuhnya dikerat beberapa bahagian dengan bantuan suami dan juga pembantu bomoh berkenaan.

rase mcam xde laki jer dlm citer yg leak aritu
soffi jikan ke hasnul rahmat tu laki diana?
ingatkan hasnul tu saka dia

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 11:59 AM | Show all posts
kalo LPF cakap tak penah banned pun, kenapa citer ni tak keluar panggung dulu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2018 12:05 PM | Show all posts
BookerT replied at 30-3-2018 11:50 AM
masa ni mak hayam umie belum buat dagu kan nyah?

rsnya start filem ni die mencucuk
nk really get into character kekdahnya
hujung2...as u can see now lah kan


Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 12:06 PM | Show all posts
edoraixora replied at 30-3-2018 11:59 AM
kalo LPF cakap tak penah banned pun, kenapa citer ni tak keluar panggung dulu?

dain atau produser blh dptkn penjelasan kenapa diperam smpi lbh sedekad

xkan sbb pru dh dekat kot

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 12:09 PM | Show all posts
release la cecepat..yg versi internet tak sempat tgk haritu
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2018 12:12 PM | Show all posts
aku ade versi copy internet tu.. tp tgk 2 minit je sbb ms lunch bukak tgh makan jd x lalu nk mkn. hahahaah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.089773 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list