Tidak dinafikan, ibu-ibu memang suka pakaikan bedak talkum pada bayi atau anak-anak supaya mereka sentiasa berbau wangi dan sedap dicium. Bedak tersebut bukan sahaja di sapu pada muka, tetapi seluruh badan termasuk tempat alat sulit untuk mengelak ruam lampin.
Tetapi, rupanya ada kesan buruk jika memakai bedak talkum berlebihan atau dengan cara yang salah. Nampaknya, penggunaan bedak talkum perlu dikawal dan dipantau agar anak-anak tidak lagi bermain bedak atau istilah ‘mandi bedak’.
Seorang pengguna Facebook bernama Faridzul Asyraf Mat Arifin berkongsi cerita tentang penggunaan bedak talkum yang salah sehingga menyebabkan anaknya selalu demam dan lambat sembuh daripada batuk.
Sejak daripada itu, dia berhati-hati memilih kandungan bedak yang selamat dan sudah tidak membenarkan anaknya memakai bedak talkum jenama Johnson & Jonhson.
Bukannya tak nak bagi pakai bedak, tetapi pastikan cara pemakaiannya betul. Tapi kalau dapat elak, itu lagi bagus.
Ramai netizen yang risau kerana mereka masih menggunakan bedak jenama tersebut pada anak-anak dan ada yang baru sahaja membelinya. Nampaknya, mereka ingin memberhentikan pemakaian bedak tersebut kerana ada antara anak yang cepat demam dan selesema.
Netizen juga ingin memberitahu bahaya penggunaan bedak Johnson & Jonhson kepada ibu bapa mereka. Maklumlah, orang tua yang bergelar nenek ramai yang tidak tahu dan masih pakaikan bedak pada cucu-cucu mereka. Kadang-kadang tu, anak dan menantu dimarahinya kerana cucunya tidak dipakaikan bedak.
Jika masih nak pakaikan bedak pada bayi dan anak-anak, pastikan ia dipakai dengan cara yang betul. Jangan berikan botol bedak talkum pada bayi sebagai mainan ketika ingin pakaian lampin kerana ada bayi yang suka memasukkan botol bedak pada mulut.
Kalau tidak pakaikan terus bedak talkum lagi bagus kan? Apa pendapat kalian? - CARI |