CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: judicata

[Tempatan] Bayi didera kritikal di hospital johor (update : da meninggal)

[Copy link]
Post time 11-7-2017 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg budak 14 thn tu boleh masuk juvana jail kan..
Mereput ko kat situ.. baby pun ko nak buli..
Kat sekolah mesti samseng taik kucing..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2017 03:21 PM | Show all posts
siasat setelus2nya ape punca. kes dera bmula dari siapa.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 03:26 PM | Show all posts
Maybe budak 14 tahun tu psychopath. mane ada empati bagai. Banyak jugak kes2 oversea cmni.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 03:39 PM | Show all posts
mejaputih replied at 11-7-2017 01:49 PM
ntah la iols dlm teksi tadi dgr...geramnya mak bapak angkat ni kalau xnak pelihara pulangkanlah se ...

sis...sbb tulh JKM payah nk bg kt pasangan y nk ank angkat coz pihaknya xnak blaku pnganiayaan pd anak2 y xbdosa...baik pihak diorg jaga lg trjamin...nih anak angkat y mati kna dera, anak sndri pn ade y mati kna dera kt mak bapak sdri...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
3 kali msk spital..x menimbulkan 'keraguan munasabah' ke doktor2 tu semua???
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Menjawab la jkm..nape pulang balik pada kelurga pembunuh tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2017 04:40 PM | Show all posts
semoga adik tenang di sana...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 05:15 PM | Show all posts
Penjelasan JKM

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/07/244181/siasatan-jkm-tidak-mendapati-unsur-pengabaian

JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor menegaskan bahawa pihaknya menjalankan siasatan serta pemeriksaan dan berpuas hati tiada unsur pengabaian atau penderaan sebelum menyerahkan semula Allahyarham Muhamad Al Fateh Abdullah, 21 bulan, kepada keluarga angkatnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Asiah Md Ariff berkata, siasatan dan pemeriksaan itu dilakukan terhadap fizikal bayi berkenaan, keluarga angkatnya serta tempat tinggalnya selepas ibu bapa angkat itu merayu supaya JKM tidak menghantar bayi mereka ke pusat perlindungan.

"Pada 6 April lalu, pihak hospital menghubungi JKM dan meminta kami hadir bagi menjalankan siasatan susulan seorang pesakit mereka yang disyaki didera.

"Bayi itu ditahan di wad akibat nafasnya yang laju selain didapati terdapat parut di badannya.

"JKM menjadi pegawai pelindung kepada bayi berkenaan dan sementara siasatan dijalankan, dia sepatutnya ditempatkan di rumah perlindungan kanak-kanak di Johor Bahru.

"Bagaimanapun, pada 9 April lalu, ibu bapa angkatnya berjumpa dan merayu supaya tidak menempatkan bayi itu di sana dan berjanji tidak akan berlaku lagi perkara yang tidak diingini," katanya ketika sidang media di Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor, hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan dan pemeriksaan dijalankan JKM kemudian berpuas hati tiada unsur pengabaian atau penderaan berlaku ke atas bayi berkenaan sebelum memutuskan untuk menyerahkan semula bayi itu kepada keluarga angkatnya.

Asiah berkata, Muhamad Al Fateh diserahkan ibu kandungnya kepada keluarga angkat itu sejak dilahirkan pada 20 September 2015, malah ibu angkatnya juga adalah ibu susuan bayi itu.

"Hasil dapatan JKM, kita nampak keluarga angkat bayi ini amat menyayanginya dan antara sebab mereka tidak mahu bayi ini ditempatkan di rumah perlindungan juga adalah mereka tidak mahu berjauhan kerana sudah menjaganya sejak lahir," katanya.

Menurut Asiah, bayi itu sudah empat kali dimasukkan ke hospital dalam tempoh November 2016 hingga Julai 2017 bagi menjalani rawatan berhubung penyakit berjangkit iaitu tibi.

Katanya, pada November tahun lalu, pihaknya juga pernah menerima panggilan hospital bagi kes bayi itu selepas menjumpai kesan retak lama pada tangan kanannya dan ketika siasatan serta pemeriksaan dilakukan dalam tempoh itu juga tiada unsur pengabaian dipercayai berlaku.

Ibu bapa angkat bayi berkenaan mempunyai tujuh anak kandung berusia setahun hingga 14 tahun.

Bagaimanapun, Asiah berkata, pihaknya menunggu laporan bedah siasat yang dijalankan hospital pada hari ini dan akan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2017 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tujuh anak kandung??????
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 05:30 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 12-7-2017 05:15 PM
Penjelasan JKM

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/07/244181/siasatan-jkm-tidak-mendapati-uns ...

JKM makan gaji buta...

3 kali dimasukkan ke hospital siap ada suspicion didera lagi kata takda dera
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmm sedihnya baca

Abang macik ada ambil anak angkat lelaki...sejak dari lahir...ibu kandung enggan bela...selesai urusan dgn JKM...bila check dengan hospital...baby ada sejarah HIV...macik menangis dapat berita tu...luruh hati macik...kami semua dalam family masing2 dah ada anak2 besar...cuma abang saja tak dapat anak..,.kami terima anak ini dengan rasa cinta...alhamdulillah selepas anak umur 2 tahun...doktor sahkan anak angkat bebas dari hiv...walau dia cuma anak saudara angkat...kasih sayang macik xde belah bahagi...indahnya tuhan hadirkan dia dalam keluarga macik...ayah macik siap jadikan dia salah satu pewaris sah dalam bahagian harta

Sebagai ibu bapa angkat...hargai nyawa anak...jaga baik2...kalau ekau xnak jaga...ekau pergi mati sorg2...:
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 05:34 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 12-7-2017 05:15 PM
Penjelasan JKM

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/07/244181/siasatan-jkm-tidak-mendapati-uns ...

tak buat keje ke ?? ada retak lama tu igt dia dah hidup puluh2 tahun ke...

baru setahun lebih dah ada retak2 gitu tandanya apa...bongok punye pegawai jkm
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu I paling benci bila dengar orang senang2 suruh ambil anak angkat.. dia ingat angkat macam tu saja ke..bagi I biarlah dah mentally ready baru nak adopt bukan ikut cakap orang..tak mau main2kn AMANAH #asalberanakangkat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2017 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 12-7-2017 05:15 PM
Penjelasan JKM

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/07/244181/siasatan-jkm-tidak-mendapati-uns ...

Ntah bebetul cek ke tak... nak keje senang. Mak bapak merayu.. malas nak buat paperwork melambak kalau amik anak tu balik, so decide kata takde apa.  :  :
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Jorja replied at 12-7-2017 06:09 PM
Sebab tu I paling benci bila dengar orang senang2 suruh ambil anak angkat.. dia ingat angkat macam t ...

biasa org percaya lepas amik anak angkat, rezeki ada anak sendiri dtg
kak aku pun takde anak, mak aku sound suruh amik anak angkat
aku kata kat mak aku benda mcm ni tak bole push2
bukan mcm anak kucing, anak org beb. Perasaan suami isteri mesti seiring, kalau sorang je rasa nak amik sorang lagi feeling takde, itupun nak amik sbb org suruh. lagi pulak suruh decide on the dot. ada baby available. sometimes org2 sibuk lebih2. Dia ingat ikut pemikiran dia baru perfect hidup org tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2017 03:41 PM | Show all posts
leylapple replied at 12-7-2017 05:30 PM
JKM makan gaji buta...

3 kali dimasukkan ke hospital siap ada suspicion didera lagi kata takda  ...
sekarang mesti JKM pening kepala cari alasan mengapa sampai boleh lepas tangan macam tu
sedangkan sah-sah mahkamah dah serah untuk bawah jagaan JKM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2017 04:04 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 12-7-2017 05:15 PM
Penjelasan JKM

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/07/244181/siasatan-jkm-tidak-mendapati-uns ...

1. ada kesan parut, kesan retak lama, dan lain2 kesan tapi masih kata takde tanda penderaan... cam shilake je...
2. anak kandung ada 7... camne boleh lepas amek anak angkat ni???

bodo JKM no... ni stok malas buat keje ni... bangang...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2017 04:07 PM | Show all posts
meow_tompok replied at 12-7-2017 06:36 PM
biasa org percaya lepas amik anak angkat, rezeki ada anak sendiri dtg
kak aku pun takde anak, mak ...

betul... amek anak angkat ni kena ikhlas hati memang nak anak... bukan sebab dok berharap lepas amek anak angkat, Allah akan bagi rezeki mengandung... dah suami isteri kena sama2 nak... takleh sorang nak sorang lagi tanak... yang jadi mangsa nanti adalah anak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2017 04:13 PM | Show all posts
eyansss replied at 13-7-2017 04:04 PM
1. ada kesan parut, kesan retak lama, dan lain2 kesan tapi masih kata takde tanda penderaan... cam ...
sakit ati ja baca berita macam ni kan ..
lagi geram rasa nya baca artikel d bawah

alhamdulillah dia dah "d ambil" kembali
tak ada lagi merasa siksaan dan deraan



JENAZAH Muhamad Al Fateh Abdullah, kanak-kanak yang disyaki menjadi mangsa dera, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Raja, Batu Pahat, Johor, jam 8.30 malam tadi.

Jenazah sebelum itu dituntut oleh ahli keluarga kandungnya di Unit Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat selepas selesai bedah siasat, jam 6.30 petang tadi.

Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Kampung Pintas Puding, Parit Raja untuk solat jenazah oleh ahli keluarga dan penduduk kampung.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, pihaknya akan menunggu laporan bedah siasat dikeluarkan terlebih dulu sebelum membuat sebarang kenyataan berkaitan.

“Dua suspek iaitu ibu dan bapa angkat mangsa direman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Dalam pada itu, ibu angkatnya yang berusia 34 tahun ada meluahkan mengenai ujian berat yang menimpa dirinya di laman sosial Facebook (FB) 11 Jun lalu.

“Ya Allah..hebat sungguh ujian mu buat hambamu..semoga aku tabah menjalaninya
,” katanya.

Suspek juga memuat naik gambar anak angkatnya itu dan luahan hatinya mengenai Muhamad Al Fateh yang dihina orang sekeliling selain dibuang ibu kandungnya, 11 Januari lalu.

Bersabarlah wahai sayang, walaupun kau dibuang ibu kandung sendiri, dihina orang sekeliling tetapi aku akan cuba melindungi kau.

Maafkan aku jika ada kekurangan yang tidak dapat aku tunaikan dalam kesibukan, padahal aku sendiri, semoga Allah SWT melindungi kau wahai anak yang tidak berdosa,” katanya.

Muhamad Al Fateh yang disyaki didera keluarga angkatnya meninggal dunia, jam 12.45 tengah hari semalam di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNI.

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2017 04:15 PM | Show all posts
alahai kesiannya
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.337639 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list